Trafik terhad untuk tempoh masa tertentu
Jika trafik video atau saluran anda tidak mencukupi untuk tempoh masa yang dipilih. Mesej dalam Analytics akan memberitahu anda bahawa anda tidak dapat mengakses laporan penuh, seperti, "Data demografi tidak mencukupi".
Data adalah terhad disebabkan oleh penapis atau dimensi yang dipilih
Jika anda telah memilih penapis atau dimensi tertentu, seperti geografi atau jantina dengan nilai yang tidak memenuhi ambang tertentu. Dalam keadaan apabila data adalah terhad, mungkin terdapat perbezaan antara jumlah yang dilaporkan dalam laporan yang berbeza bergantung pada cara laporan tersebut mengagregatkan data. Ini akan menyebabkan perbezaan antara “Jumlah” untuk laporan atau kad dengan jumlah baris individu dalam laporan atau kad tersebut. Kejadian ini berlaku apabila baris data tidak tersedia, tetapi masih dimasukkan dalam jumlah untuk pengiraan yang tepat. Anda akan melihat nota pada bahagian bawah jadual yang hanya menyediakan hasil carian teratas.
Jika anda mahu melihat lebih lanjut, cuba lanjutkan tempoh masa atau alih keluar penapis dan pecahan. Penukaran tetapan ini boleh meningkatkan jumlah data dalam laporan penuh.
Contoh data terhad
Sebagai contoh, jika anda menggunakan Mod Lanjutan pada YouTube Studio bagi membuka laporan geografi untuk melihat jumlah tontonan bagi video mengikut negara. Dalam tempoh masa yang ditentukan, andaikan bahawa video telah ditonton 1000 kali dan 500 daripada tontonan itu berlaku di Amerika Syarikat, 498 tontonan berlaku di Kanada dan dua tontonan berlaku di Perancis.
Dalam contoh ini, jumlah baris akan menunjukkan bahawa video telah ditonton sebanyak 1000 kali. Baris lain akan menunjukkan bahawa video itu hanya ditonton 500 kali di Amerika Syarikat dan ditonton 498 kali di Kanada. Oleh hal yang demikian, akan terdapat perbezaan antara jumlah kiraan tontonan dengan jumlah baris. Senarai mengikut kaunti tidak akan menunjukkan bahawa dua tontonan lain juga telah berlaku atau bahawa sebarang tontonan telah berlaku di Perancis.
Jenis data terhad
Maklumat yang berikut mungkin dihadkan:
Data demografi
Data demografi, seperti umur dan jantina, mungkin dihadkan pada YouTube Analytics. Sebagai contoh, anda mungkin menerima mesej semasa melihat metrik demografi untuk video atau negara yang berasingan jika data untuk dipaparkan tidak mencukupi.
Anda tidak akan melihat data demografi untuk video peribadi atau tidak tersenarai, tanpa mengira jumlah trafik pada saluran anda.
Data khalayak
- Saluran anda tiada data berkaitan yang mencukupi untuk dipaparkan.
- Khalayak anda sedang menonton kandungan Dihasilkan untuk Kanak-kanak.
- Kandungan tersebut melanggar Garis Panduan Komuniti kami.
Data geografi
Metrik atau dimensi yang berkaitan dengan negara atau wilayah penonton berada mungkin terhad. Walau bagaimanapun, data hasil mengikut geografi tidak terhad.
Anda tidak akan melihat sebarang data geografi untuk perkara yang berikut, tanpa mengira jumlah trafik pada saluran anda:
- Laporan masa nyata
- Video peribadi atau tidak tersenarai