Tayangan Perdana YouTube membolehkan anda dan penonton anda menonton dan menikmati video baharu bersama-sama dalam masa nyata. Uar-uarkan Tayangan Perdana anda dengan berkongsi halaman tontonan supaya penonton boleh menetapkan peringatan, bersembang, dan memberikan ulasan.
Buat Tayangan Perdana
Penonton boleh menonton Tayangan Perdana pada mana-mana platform seperti komputer, iPhone, iPad, Android, dan web mudah alih.
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Pada bahagian atas, klik Buat
Muat naik video.
Nota: Video Shorts tidak disokong untuk Tayangan Perdana. - Pilih video anda untuk dimuat naik dan masukkan butiran video.
Nota: 360/vr180 atau output yang lebih besar daripada 1080p tidak disokong untuk Tayangan Perdana. - Untuk melancarkan tayangan perdana video dengan serta-merta, klik Simpan atau terbitkan
Umum
Tetapkan sebagai Tayangan Perdana segera. Video akan mula ditayangkan apabila video itu selesai diproses.
Untuk menjadualkan tayangan perdana pada masa yang lain, klik JadualMasukkan tarikh dan masa
Semak Tetapkan sebagai Tayangan Perdana.
- Untuk memilih tema hitung detik dan panjang hitung detik, klik Sediakan Tayangan Perdana.
- Klik Selesai atau Jadualkan.
Petua: Anda juga boleh membuat Tayangan Perdana apabila memuat naik video daripada apl YouTube. Pada halaman “Tetapkan keterlihatan”, pilih Tetapkan sebagai Tayangan Perdana.
Perkara yang berlaku apabila anda membuat Tayangan Perdana
Sebelum Tayangan Perdana anda dimulakan
Halaman tontonan umum dibuat untuk menyiarkan tayangan perdana video anda. Anda boleh berkongsi URL halaman tontonan memandangkan halaman tontonan ditetapkan kepada umum sebelum Tayangan Perdana bermula. Tayangan Perdana akan dipaparkan merentas YouTube seperti muat naik biasa. Anda akan menemukan tayangan perdana tersebut pada hasil carian, halaman utama, dan syor video.
Sesiapa sahaja boleh mengakses halaman tontonan dan menetapkan peringatan, memberikan ulasan, atau bersembang (selain memberikan Super Chat jika dihidupkan). Jika anda telah memuat naik treler, treler tersebut akan dimainkan.
Nota: Jika akaun anda menerima bantahan Garis Panduan Komuniti, Tayangan Perdana anda tidak akan diterbitkan sepanjang tempoh penalti. Tayangan Perdana anda ditetapkan kepada “peribadi” untuk tempoh penalti, dan anda perlu menjadualkan video tersebut semula apabila tempoh larangan tamat. Ketahui lebih lanjut tentang asas bantahan Garis Panduan Komuniti.
Ikhtisar halaman tontonan
Semasa Tayangan Perdana anda dimainkan
Tema hitung detik akan bermula apabila dijadualkan bagi tempoh yang dipilih. Jika Tayangan Perdana ditetapkan untuk dimulakan pada pukul 12 tengah hari, hitung detik akan bermula pada pukul 12 tengah hari. Apabila hitung detik tamat, penonton akan menonton video bersama-sama pada masa nyata. Penonton boleh memandir video, tetapi tidak boleh memundar video melepasi bahagian yang ditayangkan secara langsung.
Anda dan penonton anda boleh terus berinteraksi dalam ulasan dan sembang langsung.
Selepas Tayangan Perdana anda tamat
Selepas tayangan perdana video anda tamat, video tersebut akan kekal pada saluran anda sebagai muat naik biasa. Tema hitung detik tidak akan disertakan dalam video anda. Main semula sembang tersedia untuk penonton yang mahu melihat ciri sembang Tayangan Perdana selepas tayangan perdana tamat.
Daripada YouTube Studio, anda juga boleh menggunakan YouTube Analytics untuk melihat prestasi Tayangan Perdana anda. Kiraan tontonan daripada Tayangan Perdana akan dipindahkan kepada video selepas itu.
Petua
Sesuaikan Tayangan Perdana anda dengan memilih tema hitung detik yang berbeza, mengewangkan Tayangan Perdana anda, atau menunjukkan treler pada halaman tontonan sebelum Tayangan Perdana anda bermula. | |
Bimbing penonton anda kepada strim langsung anda menggunakan Live Redirect. | |
Bangkitkan keterujaan dengan menghalakan khalayak anda daripada strim langsung kepada Tayangan Perdana. | |
Kongsi URL halaman tontonan Tayangan Perdana anda pada media sosial. | |
Tetapkan Tayangan Perdana anda sebagai treler saluran anda. Ketahui cara berbuat demikian dengan menukar reka letak saluran anda. | |
Galakkan penonton anda supaya menetapkan peringatan dengan memberikan ulasan atau mesej sembang pada halaman tontonan anda. Apabila seseorang menetapkan peringatan, mereka akan menerima pemberitahuan kira-kira 30 minit sebelum Tayangan Perdana dan satu pemberitahuan lagi apabila Tayangan Perdana itu bermula. |
Mahukan lebih banyak petua untuk membuat Tayangan Perdana anda yang seterusnya? Muat turun Panduan Tayangan Perdana kami. |