Anda boleh mengaburkan bahagian tertentu dalam video anda pada komputer dalam YouTube Studio.
Nota: Untuk video tidak diedit dengan lebih 100,000 tontonan, anda mungkin tidak dapat menyimpan perubahan pada video, kecuali untuk mengaburkan muka. Sekatan ini tidak dikenakan pada saluran yang menyertai Program Rakan Kongsi YouTube. Mulai bulan Jun 2025, anda tidak dapat membuat asal perubahan yang dibuat dengan Editor YouTube Studio selepas menyimpan perubahan menggunakan ciri Berbalik kepada asal.
Buka editor video
Buka editor video untuk mengaburkan sebahagian daripada video anda.
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Kandungan
.
- Klik tajuk atau lakaran kecil video yang mahu diedit.
- Dalam menu kiri, pilih Editor
.
Tambahkan pengaburan muka
- Dalam bahagian “Editor video”, pilih Kabur
pilih Kaburkan muka.
- Selepas pemprosesan selesai, pilih muka yang mahu anda kaburkan
klik GUNAKAN.
- Klik dan seret kotak untuk melaraskan pengaburan.
- Klik SIMPAN.
Tambahkan pengaburan tersuai
- Dalam bahagian “Editor video”, pilih Kabur
pilih Pengaburan tersuai.
- Klik dan seret kotak untuk melaraskan pengaburan.
- Klik SIMPAN.
Lagi pilihan
- Gerakkan kotak yang dikaburkan ke tempat lain: Klik dan seret kotak.
- Tukar bentuk kabur: Pilih Segi empat tepat atau Bujur sebagai bentuk kabur anda.
- Ubah saiz kawasan yang dikaburkan: Klik dan seret mana-mana penjuru kotak untuk mengaburkan kawasan yang lebih besar atau lebih kecil.
- Tukar pemasaan bagi pengaburan: Klik dan seret penamat garis masa untuk menetapkan masa pengaburan bermula dan berakhir.
- Benarkan kawasan dikaburkan bergerak: Pilih Jejaki objek untuk memastikan kawasan dikaburkan boleh bergerak-gerak.
- Elakkan kawasan dikaburkan daripada bergerak sama sekali: Pilih Tetapkan kedudukan kabur untuk memastikan kawasan yang dikaburkan sentiasa kekal di tempat yang sama.
- Kaburkan beberapa kawasan: Klik dan seret kotak baharu ke bahagian yang mahu anda kaburkan.
- Anda boleh memuat turun video anda yang telah diedit dan memuat naik semula video untuk menerbitkan perubahan yang telah anda buat.