Anda boleh mengerat bahagian permulaan, pertengahan atau penghujung video anda pada komputer. Anda tidak perlu memuat naik semula video untuk dipangkas. URL video, kiraan tontonan dan ulasan tidak akan berubah. Ciri ini tersedia untuk video yang lebih pendek daripada enam jam.
How to Trim & Cut Your Videos with the Video Editor in YouTube Studio
Buka editor video untuk memangkas atau mengalih keluar sebahagian video anda.
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Kandungan
.
- Klik tajuk atau lakaran kecil video yang mahu diedit.
- Dalam menu kiri, pilih Editor.
Pangkas permulaan atau penghujung video anda
- Pilih Pangkas & kerat
. Kotak biru akan dipaparkan dalam editor.
- Seret bahagian tepi kotak biru. Berhenti apabila kotak meliputi bahagian video yang mahu disimpan. Bahagian yang tiada dalam kotak akan dialih keluar daripada video.
- Klik Simpan.
Keluarkan sebahagian daripada video anda
- Pilih Pangkas & kerat
Keratan Baharu
. Kotak merah akan dipaparkan dalam editor.
- Seret bahagian tepi kotak merah. Berhenti apabila kotak merah meliputi bahagian video yang mahu dialih keluar. Bahagian yang tiada dalam kotak merah akan kekal berada dalam video.
- Untuk mengesahkan pengeditan anda, pilih
.
- Klik Simpan.
Jika anda mahu memangkas atau mengerat video anda pada masa tertentu, anda boleh memasukkan masa dalam kotak masing-masing. Untuk menyemak pengeditan anda, pilih Pratonton. Untuk membuat asal keratan bagi bahagian itu, klik Buat Asal atau klik ikon sampah untuk mengalih keluar keratan. Anda boleh mengklik Buang perubahan pada bila-bila masa untuk membatalkan perubahan anda.