Bahagian Saluran Rasmi Artis

Saluran Rasmi Artis menawarkan pilihan baharu untuk reka letak saluran anda. Selain bahagian saluran standard, anda boleh menyertakan bahagian yang berikut pada Saluran Rasmi Artis anda:

Video yang ditampilkan

Anda boleh memilih video yang mahu dipaparkan pada bahagian atas Saluran Rasmi Artis anda—walaupun video tersebut bukan video yang anda muat naik. Pilih video yang berbeza untuk pelawat baharu dan pelanggan berulang.

Keluaran

Bahagian Keluaran ialah bahagian yang dijana secara automatik yang merangkumi semua keluaran anda. Bahagian ini memudahkan penonton anda menemukan muzik anda dengan lebih cepat.

Keluaran biasanya disusun seperti yang berikut:

  1. Keluaran terbaharu (album, rekod single atau EP)
  2. Album penuh
  3. EP
  4. Rekod single, dari tarikh keluaran yang terkini hingga yang paling lama

Jika terdapat beberapa versi pada keluaran anda, hanya satu versi akan ditampilkan dan versi tersebut hanya akan memaparkan keluaran yang menyenaraikan anda sebagai artis utama. Keluaran karaoke tidak akan dipaparkan pada tab Keluaran anda.

Video muzik

Bahagian Video muzik ialah bahagian yang dijana secara automatik yang menghimpunkan kandungan video muzik rasmi anda daripada semua saluran YouTube anda. Senarai video ini disusun mengikut:

  • Tarikh muat naik
  • Kepopularan

Bunyian popular daripada Shorts

Bahagian Bunyian popular daripada Shorts menyerlahkan hingga 8 lagu paling popular yang anda gunakan dalam Shorts dalam tempoh 7 hari. Peminat boleh beralih daripada rak ini kepada bunyi dalam Shorts untuk menonton Shorts yang mengadun semula bunyi atau membuat Shorts yang menampilkan lagu anda.

Video

Bahagian Video mengambil semua kandungan video terbaharu anda daripada tab Video pada Saluran Rasmi Artis anda secara automatik.

Bahagian Boleh suai

Dalam bahagian "Video muzik", “Keluaran” dan "Bunyian popular daripada Shorts" yang dijana secara automatik, anda boleh menambahkan rak tambahan untuk senarai main dan saluran yang telah anda pilih susun.

Soalan Lazim

Bagaimanakah cara menambahkan saluran Vevo saya pada Saluran Rasmi Artis saya?

Jika anda mempunyai saluran Vevo yang mahu digabungkan dengan Saluran Rasmi Artis anda, gunakan borang ini untuk menghubungi kami.

Bolehkah saya melaporkan masalah yang berkaitan dengan kandungan pada saluran Vevo saya?

Jika anda menemukan masalah yang berkaitan dengan kandungan pada saluran Vevo anda, sila hubungi Vevo secara terus menerusi [email protected]

Bagaimanakah cara mengemaskinikan diskografi saya?

Jika anda menemukan ralat dalam diskografi anda, seperti keluaran yang salah atau tiada, ketahui cara menyerahkan maklum balas untuk mengemaskinikan diskografi anda.

Bagaimanakah cara mengemaskinikan imej artis saya?

Untuk mengemaskinikan Imej Artis anda, sila minta Saluran Rasmi Artis (OAC) melalui label / pengedar anda. Setelah OAC anda aktif, anda boleh mengemaskinikan imej anda terus pada YouTube Studio.

Bolehkah saya mengedit bahagian “Bunyian popular daripada Shorts”?

Bunyian popular daripada Shorts dijana secara automatik dan disusun berdasarkan kekerapan lagu digunakan dalam Shorts sepanjang 7 hari yang lalu, maka anda tidak boleh mengedit lagu yang dipaparkan dalam rak tersebut.

Anda boleh mengalih keluar, menyusun semula atau menambahkan semula rak ini dalam bahagian Penyesuaian pada YouTube Studio.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16386827176143518254
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false