YouTube menyemak bendera pengguna untuk menentukan sama ada video melanggar Garis Panduan Komuniti kami atau tidak. Lawati halaman Sejarah Pelaporan anda untuk menyemak status video yang telah anda laporkan pada YouTube:
- Aktif: Video yang belum disemak atau yang kami putuskan tidak melanggar Garis Panduan Komuniti YouTube.
- Dialih keluar: Video yang telah dialih keluar daripada YouTube.
- Disekat: Video yang telah diletakkan dalam keadaan disekat, seperti sekatan umur.
Sesetengah video juga mungkin memaparkan teks “Maklumat tentang video ini tidak tersedia”. Hal ini mungkin kerana pencipta telah mengalih keluar video, atau video tidak tersedia pada YouTube atas sebab yang lain. Sebagai contoh, video tidak tersedia di negara anda.
Video yang dibenderakan disenaraikan dalam susunan anda membenderakan video, daripada yang terbaharu kepada paling lama. Jika anda membenderakan video lebih daripada sekali, video hanya akan dipaparkan pada masa terbaharu anda melaporkan video itu.
Dalam sesetengah keadaan, video yang anda benderakan mungkin tiada dalam halaman Sejarah Pelaporan. Hal ini bermakna ramai pengguna lain telah membenderakan video itu, dan kami sedang menyemak video itu berdasarkan bendera tersebut. Kami akan meningkatkan ciri ini pada masa hadapan agar semua bendera anda dapat ditemukan pada halaman ini, walaupun video itu telah dilaporkan.