Apabila anda menonton video yang mengandungi muzik, mungkin terdapat bahagian dalam perihalan video yang dipanggil “Muzik”. Bahagian ini memaparkan maklumat tentang muzik yang kedengaran dalam video, seperti nama lagu dan artis.
YouTube menambahkan maklumat ini pada beberapa video secara automatik:
- Video dituntut oleh salah satu alatan pengurusan hak cipta YouTube, seperti Content ID.
- Video mengandungi muzik daripada Pustaka Audio YouTube.
Soalan Lazim
Mengapakah beberapa maklumat tiada pada bahagian “Muzik"?
Jika maklumat dalam bahagian “Muzik” tiada atau mengandungi ralat, hubungi label atau pengedar anda. Mereka boleh menghantar kemaskinian metadata kepada kami dengan maklumat yang betul.
Kami sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi industri muzik kami untuk menambahkan lebih banyak data dan meningkatkan kualiti serta ketepatan maklumat yang kami miliki.
Bagi video yang mengandungi banyak lagu, maklumat tentang sepuluh lagu pertama akan dipaparkan dalam bahagian “Muzik”.
Bagaimanakah jika saya mendengar lagu saya dalam video tetapi tidak dapat melihat maklumat “Muzik”?
Bahagian “Muzik" mungkin tidak dipaparkan kerana pelbagai sebab, termasuk:
- YouTube tidak memiliki data yang mencukupi daripada pemilik hak cipta.
- Muzik anda belum dikenal pasti lagi.
- Video telah dituntut baru-baru ini dan maklumat belum diisi lagi.
- Video telah ditandai sebagai “dihasilkan untuk kanak-kanak”.
Bagaimanakah jika lagu saya disenaraikan tetapi kredit lagu atau seni album salah?
Jika anda artis rakaman atau penulis lagu dan lagu anda telah dikenal pasti dengan maklumat yang betul atau tidak lengkap, sila pastikan anda dan lagu anda berdaftar dengan Pihak Berkuasa ISNI. Pendaftaran boleh membantu kami mengesahkan kami memiliki data terbaik untuk mewakili anda dan muzik anda.