Selesaikan permintaan pemindahan pemilikan

Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.

Konflik pemilikan aset berlaku apabila berbilang pemilik kandungan membuat penegasan terhadap pemilikan 100% aset di wilayah tertentu.

Kemukakan permintaan pemindahan pemilikan

Jika maklumat pemilikan aset anda tidak tepat, anda boleh mengemukakan permintaan pemindahan pemilikan daripada pemilik kandungan yang menghadapi konflik pemilikan:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Masalah .
  3. Klik bar penapis  dan pilih Jenis masalah kemudian Konflik pemilikan kemudian GUNAKAN.
  4. Dalam lajur Masalah, klik pautan Konflik pemilikan bersebelahan tajuk aset.
    • Halaman Konflik pemilikan akan dibuka. Halaman ini memaparkan butiran tentang wilayah dengan konflik pemilikan aset.
    • Anda boleh menapis senarai mengikut Wilayah atau Pihak lain.
  5. Jika anda telah mengesahkan ketepatan pemilikan wilayah anda, klik kotak pilihan bersebelahan wilayah atau berbilang wilayah dan pilih KEMUKAKAN PERMINTAAN PEMILIKAN.
  6. Tulis mesej (minimum 10 aksara) yang menyatakan sebab permintaan pemilikan di wilayah yang dipilih. Mesej itu akan dihantar kepada pemilik kandungan yang lain yang menghadapi konflik pemilikan aset tersebut.
    • Jika anda meminta pemilikan daripada beberapa pemilik kandungan, anda boleh memilih Hantar mesej yang sama kepada semua pihak atau Hantar mesej berbeza kepada setiap pihak.
      • Tindakan memilih Hantar mesej berbeza kepada setiap pihak akan memberikan kotak teks berbilang tab, setiap tab dilabelkan dengan nama pemilik kandungan. Klik nama untuk beralih antara mesej berbeza.
  7. Apabila anda selesai menulis, klik HANTAR. Kemudian, pemilik kandungan yang lain akan melihat Pemindahan pemilikan pada halaman Masalah mereka.
Nota:
  • Untuk melihat permintaan pemindahan yang telah anda hantar namun belum diselesaikan lagi, kembali kepada halaman Masalah dan tapis mengikut Status: Sedang menunggu.
  • Anda boleh mengemukakan pemindahan pemilikan untuk maksimum 100 konflik pemilikan yang sedia ada setiap hari.
  • Hanya satu pemilik kandungan (untuk aset yang sama di wilayah yang sama) boleh menghantar permintaan pemindahan pada satu-satu masa.
  • Permintaan pemindahan hanya boleh dibuat pada aset berasingan, bukan secara pukal untuk banyak aset sekali gus.

Semak permintaan pemindahan masuk

Untuk menyemak dan memilih tindakan untuk diambil terhadap permintaan pemindahan pemilikan yang dihantar kepada anda:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, klik Masalah .
  3. Klik bar penapis  dan pilih Jenis masalah kemudian Pemindahan pemilikan kemudian GUNAKAN.
    • Anda juga boleh mengakses bahagian ini daripada halaman Papan pemuka dengan mengklik pautan Pemindahan pemilikan.
    • Untuk mengisih senarai, klik lajur nama. Anda boleh mengisih mengikut: tarikh tamat tempoh, tajuk aset, tarikh pembuatan aset, tontonan harian yang terjejas, tontonan sepanjang hayat, bilangan video yang dituntut yang terjejas atau tempoh.
    • Untuk mengecilkan carian anda, klik bar penapis lagi dan tambahkan lebih banyak penapis.
  4. Dalam lajur Masalah, klik Pemindahan pemilikan pada permintaan pemindahan pemilikan yang mahu anda semak.
  5. Semak permintaan dan pilih tindakan untuk diambil:
    • TERIMA PEMINDAHAN: Pilih pilihan ini untuk menerima permintaan pemindahan dan mengalih keluar pemilikan anda daripada aset.
    • TOLAK PEMINDAHAN: Pilih pilihan ini untuk menolak permintaan pemindahan dan mengesahkan pemilikan aset anda.
      Jika anda tidak mengambil tindakan dalam tempoh 30 hari, pemilikan aset akan secara automatik dipindahkan kepada pemilik kandungan yang menghantar permintaan pemindahan kepada anda.
  6. Jika anda mempunyai pertanyaan untuk pemilik kandungan, anda boleh mengklik E-mel pemilik  bersebelahan nama mereka. Apabila anda selesai menulis mesej, klik HANTAR.
Untuk menyemak status pemindahan pemilikan anda, klik Status dan pilih Tindakan diperlukan, Sedang menunggu atau Selesai.

Terima atau tolak permintaan pemindahan secara pukal

Daripada halaman Masalah  dalam Pengurus Kandungan Studio, anda boleh menerima atau menolak banyak permintaan pemindahan pemilikan yang masuk sekali gus:

  1. Klik bar penapis dan pilih Jenis masalah kemudian Pemindahan pemilikan kemudian GUNAKAN.
  2. Klik kotak pilihan bersebelahan permintaan pemindahan yang mahu anda edit.
  3. Klik TERIMA PEMINDAHAN PEMILIKAN atau TOLAK PEMINDAHAN PEMILIKAN.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15925712242214846054
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false