Anda boleh menyekat saluran seseorang jika anda tidak mahu melihat mesej mereka pada sembang langsung atau menerima sebutan mereka lagi. Saluran yang anda sekat tidak akan dapat melihat mesej anda pada sembang langsung atau menerima sebutan anda lagi.
Nota: Mana-mana penonton atau pencipta boleh menyekat seseorang untuk berhenti melihat mesej mereka pada sembang langsung atau berhenti menerima sebutan mereka. Pencipta dan moderator boleh menyembunyikan penonton daripada saluran mereka pada YouTube Studio, berdasarkan ulasan yang ditinggalkan oleh penonton, atau dengan menyaringkan sembang langsung.
Cara menyekat seseorang pada sembang langsung
Sekat seseorang pada sembang langsung
Petua: Anda juga boleh menyembunyikan pengguna sebagai pencipta. Ketahui cara menyembunyikan pengguna.
- Klik mesej pengguna atau menu
.
- Klik Sekat
.
- Tetingkap timbul akan dipaparkan, klik Sekat.
Nyahsekat seseorang
- Akses myaccount.google.com/blocklist.
- Klik
bersebelahan orang yang mahu anda nyahsekat.
Soalan Lazim
Bagaimanakah cara menyembunyikan pengguna daripada saluran saya?
Anda boleh menyembunyikan penonton tertentu daripada khalayak saluran anda yang lain. Tindakan menyembunyikan seseorang akan menyebabkan ulasan mereka tidak dipaparkan pada saluran anda. Ketahui cara menyembunyikan pengguna.
Bagaimanakah cara menyekat atau menyahsekat akaun orang lain?
Untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini, anda boleh menyekat pengguna. Apabila anda menyekat seseorang pada YouTube, akaun orang tersebut akan disekat pada produk Google yang lain. Ketahui cara menyekat atau menyahsekat akaun orang lain.
Bagaimanakah cara menyaringkan sembang langsung saya?
Anda boleh menyesuaikan pengalaman Strim langsung anda dan berinteraksi dengan khalayak anda dengan menyaringkan sembang langsung anda. YouTube menyediakan alatan untuk memastikan keselamatan anda dan penonton anda. Ketahui cara menyaringkan sembang langsung.
Bolehkah saya menggunakan kawalan ibu bapa untuk menyekat kandungan dan saluran?
Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengurus kawalan ini. YouTube Kids menawarkan pengalaman yang lebih selamat dan ringkas untuk kanak-kanak. Ketahui kawalan ibu bapa untuk profil YouTube Kids.
Bagaimanakah cara mengurus syor dan hasil carian saya?
Terdapat beberapa cara mempengaruhi syor dan hasil carian YouTube anda. Urus syor dan hasil carian anda.