Sekat saluran pada YouTube

Anda boleh menyekat saluran seseorang jika anda tidak mahu melihat mesej mereka pada sembang langsung atau menerima sebutan mereka lagi. Saluran yang anda sekat tidak akan dapat melihat mesej anda pada sembang langsung atau menerima sebutan anda lagi.

Nota: Mana-mana penonton atau pencipta boleh menyekat seseorang untuk berhenti melihat mesej mereka pada sembang langsung atau berhenti menerima sebutan mereka. Pencipta dan moderator boleh menyembunyikan penonton daripada saluran mereka pada YouTube Studio, berdasarkan ulasan yang ditinggalkan oleh penonton, atau dengan menyaringkan sembang langsung.

Cara menyekat seseorang pada sembang langsung

Sekat seseorang pada sembang langsung

Anda perlu log masuk ke apl YouTube untuk menyekat orang semasa sembang langsung.

  1. Semasa sembang langsung, ketik mesej penonton yang mahu anda sekat.
  2. Ketik Sekat pada mesej tetingkap timbul.

Sekat seseorang daripada pemberitahuan sebutan

  1. Log masuk ke apl YouTube.
  2. Pada penjuru atas sebelah kanan skrin Utama, ketik Pemberitahuan .
  3. Ketik Sebutan.
  4. Bersebelahan pemberitahuan sebutan orang yang mahu anda sekat, ketik Lagi Lagi.
  5. Ketik Sekat pengguna ini.
  6. Tetingkap timbul akan dipaparkan, ketik Sekat.

Nyahsekat seseorang

  1. Akses myaccount.google.com/blocklist.
  2. Ketik bersebelahan orang yang mahu anda nyahsekat.

Soalan Lazim

Bagaimanakah cara menyembunyikan pengguna daripada saluran saya?

Anda boleh menyembunyikan penonton tertentu daripada khalayak saluran anda yang lain. Tindakan menyembunyikan seseorang akan menyebabkan ulasan mereka tidak dipaparkan pada saluran anda. Ketahui cara menyembunyikan pengguna.

Bagaimanakah cara menyekat atau menyahsekat akaun orang lain?

Untuk mengelakkan interaksi yang tidak diingini, anda boleh menyekat pengguna. Apabila anda menyekat seseorang pada YouTube, akaun orang tersebut akan disekat pada produk Google yang lain. Ketahui cara menyekat atau menyahsekat akaun orang lain.

Bagaimanakah cara menyaringkan sembang langsung saya?

Anda boleh menyesuaikan pengalaman Strim langsung anda dan berinteraksi dengan khalayak anda dengan menyaringkan sembang langsung anda. YouTube menyediakan alatan untuk memastikan keselamatan anda dan penonton anda. Ketahui cara menyaringkan sembang langsung.

Bolehkah saya menggunakan kawalan ibu bapa untuk menyekat kandungan dan saluran?

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengurus kawalan ini. YouTube Kids menawarkan pengalaman yang lebih selamat dan ringkas untuk kanak-kanak. Ketahui kawalan ibu bapa untuk profil YouTube Kids.

Bagaimanakah cara mengurus syor dan hasil carian saya?

Terdapat beberapa cara mempengaruhi syor dan hasil carian YouTube anda. Urus syor dan hasil carian anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1046202143112026463
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false