Gunakan IFTTT apabila anda membuat pengewangan

Jika anda menyertai Program Rakan Kongsi YouTube, anda boleh menyediakan pengalaman yang menyeronokkan untuk penonton anda menggunakan IFTTT. IFTTT ialah perkhidmatan berasaskan web pihak ketiga yang menghubungkan apl, perkhidmatan dan peranti yang berbeza-beza.

Anda boleh menggunakan applet IFTTT untuk mencetuskan tindakan masa nyata secara automatik semasa strim langsung. IFTTT boleh mengenal pasti peminat berbayar dan mengurus komuniti anda. IFTTT mengandungi banyak interaksi yang unik serta menyeronokkan dan pada masa ini berfungsi dengan ciri pengewangan YouTube yang berikut:

  • Super ChatTindakan tercetus apabila penonton membeli mesej Super Chat.
  • Keahlian saluranTindakan tercetus apabila penonton menyertai saluran sebagai ahli saluran.

Soalan Lazim IFTTT​

Apakah penyepaduan ini?

Setelah anda menyambungkan saluran YouTube anda dengan IFTTT, anda boleh memautkan apl, perkhidmatan dan peranti yang disambungkan dengan Super Chat dan keahlian saluran. Penonton yang membeli Super Chat atau menyertai saluran sebagai ahli saluran semasa strim langsung boleh mencetuskan tindakan masa nyata.
Applet memautkan Super Chat dan keahlian saluran dengan:
  • Perkhidmatan dalam talian seperti Google Drive dan platform media sosial.
  • Peranti yang disambungkan kepada Internet seperti lampu pintar atau suis pintar.
Semak applet Super Chat dan applet keahlian saluran yang tersedia dan ketahui lebih lanjut tentang IFTTT.

Adakah saya perlu membeli apa-apa?

Hal ini bergantung pada jenis interaksi yang mahu anda buat untuk penonton anda. Bagi sesetengah interaksi, anda perlu membeli peranti yang disambungkan kepada Internet. Kebanyakan peranti milik anda yang disambungkan kepada Internet juga boleh digunakan.
Anda boleh menggunakan sesetengah interaksi berkaitan yang disenarai pendekkan untuk Super Chat atau keahlian saluran. Anda juga boleh membuat interaksi sendiri. Pastikan apl, perkhidmatan atau peranti berfungsi dengan IFTTT.

Bagaimanakah cara menyediakan IFTTT?

Mula-mula, anda perlu menyambungkan saluran YouTube anda dengan IFTTT.
  1. Buat akaun IFTTT jika anda belum mempunyai akaun ini.
  2. Sambungkan kepada YouTube dengan akaun dan saluran YouTube yang sama yang anda gunakan untuk ciri pengewangan.
Setelah akaun anda disambungkan, anda boleh membuat interaksi dengan membuat Applet yang mencetuskan tindakan dalam IFTTT atau menggunakan applet sedia ada yang telah diterbitkan.

Dapatkan atau buat applet IFTTT untuk Super Chat

Kelayakan

Untuk menghidupkan ciri ini, anda perlu:

Gunakan applet yang telah disediakan

Anda boleh memilih daripada pelbagai applet yang telah disediakan. Anda akan menemukan applet yang membolehkan penonton anda mencetuskan tindakan masa nyata semasa strim langsung. Applet membantu anda mengenal pasti peminat berbayar, mengurus komuniti anda dan pelbagai lagi.

Buat applet anda sendiri

Anda boleh menyesuaikan pengalaman untuk pengguna anda dan membuat applet anda sendiri. Ikut arahan ini untuk membuat applet anda sendiri:
  1. Akses ifttt.com/create.
  2. Klik +This.
  3. Pilih logo YouTube.
  4. Ikut arahan untuk menyambungkan saluran YouTube anda.
  5. Pilih "New Super Chat message" sebagai pencetus dan pilih peringkat warna yang mahu anda jadikan pencetus.
  6. Klik +That dan pilih mana-mana perkhidmatan tindakan.
  7. Ikut arahan untuk menyambungkan perkhidmatan itu dan pilih tindakan.
  8. Semak applet anda dan klik Finish.

Cara menguji applet Super Chat

Setelah anda membuat applet, anda perlu menguji applet tersebut. Cara paling mudah untuk menguji applet anda adalah melalui e-mel. Untuk menguji:
  1. Akses ifttt.com/create.
  2. Klik +This.
  3. Cari dan klik logo YouTube.
  4. Ikut arahan untuk menyambungkan saluran YouTube anda.
  5. Pilih "email" sebagai pencetus dan “Send IFTTT any email” sebagai pencetus.
  6. Klik +That dan pilih mana-mana perkhidmatan tindakan.
  7. Ikut arahan untuk menyambungkan perkhidmatan itu dan pilih tindakan.
  8. Semak applet anda dan klik Finish.
  9. Untuk menguji, hantar e-mel kepada akaun e-mel IFTTT. Applet anda sepatutnya dicetuskan dalam masa beberapa saat.

​Pencipta dan penonton perlu mematuhi Syarat Perkhidmatan dan Garis Panduan Komuniti YouTube. Mereka juga perlu mematuhi peraturan Hak Cipta dan melindungi hak privasi orang lain.

Menyelesaikan Masalah

Jika applet anda tidak berfungsi, masalah mungkin berpunca daripada pencetus atau tindakan. Masalah juga mungkin berkaitan dengan IFTTT itu sendiri. Jika anda menghadapi masalah, cuba langkah yang berikut:
  • Pastikan peranti anda dihidupkan dan disambungkan kepada Internet.
  • Semak suapan Aktiviti anda pada IFTTT, yang memberikan status setiap pelaksanaan pencetus pada applet anda. Suapan ini juga menyatakan sebarang ralat.

Dapatkan lebih banyak petua penyelesaian masalah pada laman web IFTTT.

Dapatkan atau buat applet IFTTT untuk keahlian

Kelayakan

Untuk menghidupkan ciri ini, anda perlu:

Gunakan applet yang telah disediakan

Anda boleh memilih daripada pelbagai applet yang telah disediakan. Anda akan menemukan applet yang membolehkan penonton anda mencetuskan tindakan masa nyata semasa strim langsung. Applet boleh membantu anda mengenal pasti peminat berbayar, mengurus komuniti anda dan pelbagai lagi.

Buat applet anda sendiri

Anda boleh menyesuaikan pengalaman untuk pengguna anda dan membuat applet anda sendiri. Ikut arahan ini untuk membuat applet anda sendiri:
  1. Akses ifttt.com/create.
  2. Klik +This.
  3. Pilih logo YouTube.
  4. Ikut arahan untuk menyambungkan saluran YouTube anda.
  5. Pilih "New channel membership" sebagai pencetus.
  6. Klik +That dan pilih mana-mana perkhidmatan tindakan.
  7. Ikut arahan untuk menyambungkan perkhidmatan itu dan pilih tindakan.
  8. Semak applet anda dan klik Finish.

Cara menguji applet Keahlian

Setelah anda membuat applet, anda perlu menguji applet tersebut. Cara paling mudah untuk menguji applet anda adalah melalui e-mel. Untuk menguji:
  1. Akses ifttt.com/create.
  2. Klik +This.
  3. Pilih logo YouTube.
  4. Ikut arahan untuk menyambungkan saluran YouTube anda.
  5. Pilih "email" sebagai pencetus dan “Send IFTTT any email” sebagai pencetus.
  6. Klik +That dan pilih mana-mana perkhidmatan tindakan.
  7. Ikut arahan untuk menyambungkan perkhidmatan itu dan pilih tindakan.
  8. Semak applet anda dan klik Finish.
  9. Untuk menguji, hantar e-mel kepada akaun e-mel IFTTT. Applet anda sepatutnya dicetuskan dalam masa beberapa saat.

Pencipta dan penonton perlu mematuhi Syarat Perkhidmatan dan Garis Panduan Komuniti YouTube. Mereka juga perlu mematuhi peraturan Hak Cipta dan melindungi hak privasi orang lain.

Menyelesaikan Masalah

Jika applet anda tidak berfungsi, masalah mungkin berpunca daripada pencetus atau tindakan. Masalah juga mungkin berkaitan dengan IFTTT itu sendiri. Jika anda menghadapi masalah, cuba langkah yang berikut:
  • Pastikan peranti anda dihidupkan dan disambungkan kepada Internet.
  • Semak suapan Aktiviti anda pada IFTTT, yang memberikan status setiap pelaksanaan pencetus pada applet anda. Suapan ini juga menyatakan sebarang ralat.

Dapatkan lebih banyak petua menyelesaikan masalah daripada IFTTT.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
13116189449444980543
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false