Pencipta merupakan nadi YouTube. Sebagai pencipta, anda juga merupakan ahli komuniti global yang besar dan berpengaruh. Anda boleh membantu kami memelihara dan melindungi kumpulan yang unik dan ceria ini.
Inisiatif Tanggungjawab Pencipta YouTube
Sebagai pencipta pada YouTube, anda bersetuju untuk mematuhi:
Anda perlu memahami garis panduan ini dan peranan garis panduan tersebut dalam tanggungjawab bersama untuk memastikan persekitaran YouTube yang sihat. Pelanggaran garis panduan ini boleh menyebabkan video anda dipadamkan, saluran anda menerima bantahan, atau bagi pelanggaran yang serius atau berulang, saluran anda boleh disekat atau ditamatkan.
Peroleh pendapatan daripada kandungan anda
Pencipta yang mahu mengewangkan kandungan perlu mematuhi lebih banyak garis panduan:
Dengan mematuhi garis panduan ini, anda dapat membantu kami menghalang video yang mungkin tidak sesuai daripada pengewangan, yang boleh menjejaskan hasil untuk semua orang.
Jika anda tidak mematuhi garis panduan ini, anda boleh dikenakan penalti, seperti pelumpuhan iklan pada kandungan anda, atau penggantungan saluran anda daripada Program Rakan Kongsi YouTube.
Ketahui lebih lanjut dasar pengewangan kami.
Lindungi komuniti YouTube
Sebagai pencipta YouTube, anda perlu kekal bertanggungjawab pada platform dan luar platform. Jika kami mendapati tingkah laku pencipta pada dan/atau luar platform membahayakan pengguna, komuniti, pekerja atau ekosistem kami, kami boleh mengambil tindakan untuk melindungi komuniti ini.
Selain kandungan yang anda muat naik pada YouTube, beberapa contoh tingkah laku pada dan/atau luar platform yang berikut boleh dianggap sebagai tidak sesuai dan boleh mengakibatkan penalti:
- Berniat untuk mendatangkan bahaya kepada orang lain.
- Terlibat dalam penderaan atau keganasan, menunjukkan kekejaman, atau terlibat dalam tingkah laku penipuan atau pemerdayaan yang membawa kepada bahaya sebenar.
Walaupun tingkah laku ini jarang berlaku, perkara ini boleh menyebabkan kemudaratan yang meluas kepada komuniti YouTube, dan berpotensi merosakkan kepercayaan dalam kalangan pencipta, pengguna, dan pengiklan.
Pelanggaran teruk yang menyebabkan kemudaratan yang meluas kepada masyarakat boleh menyebabkan tindakan yang melangkaui penguatkuasaan standard diambil. Sekatan ini mungkin termasuk:
- Pengalaman Studio YouTube: Anda mungkin kehilangan akses kepada Studio YouTube dan perjumpaan maya.
- Pengewangan, pengurusan rakan kongsi, dan peluang promosi: Saluran anda boleh hilang keupayaan untuk menyiarkan iklan, memperoleh hasil, dan berkemungkinan dialih keluar daripada Program Rakan Kongsi YouTube, termasuk kehilangan akses kepada pengurusan rakan kongsi dan sokongan pencipta. Anda juga boleh kehilangan akses kepada Pengurus Kandungan Studio. Anda juga boleh dialih keluar daripada Rangkaian YouTube Select.
Sumber tambahan
Gunakan sumber ini untuk mengetahui lebih lanjut dasar YouTube:
- Syarat Perkhidmatan: Semua kandungan yang dimuat naik pada YouTube perlu mematuhi syarat ini.
- Garis Panduan Komuniti: Semua kandungan yang dimuat naik pada YouTube perlu mematuhi garis panduan ini.
- Dasar Program AdSense: Video perlu mematuhi dasar ini untuk layak menggunakan pengewangan pada YouTube
- Dasar pengewangan YouTube: Video perlu mematuhi dasar ini untuk layak menggunakan pengewangan pada YouTube.
- Garis panduan kandungan mesra pengiklan: Video perlu mematuhi garis panduan ini untuk layak menggunakan pengiklanan. Jika anda mahu memuat naik kandungan yang tidak mematuhi garis panduan ini, matikan iklan pada video tersebut.
- Pencipta YouTube: Dapatkan petua tentang membuat kandungan mesra pengiklan, pelajari amalan terbaik untuk video mesra keluarga, dan ketahui cara memupuk komuniti yang positif dengan saluran anda.
- Kepentingan konteks: Penambahan konteks pada video anda dapat membantu kami memahami latar belakang dan tujuan video anda. Kami membenarkan video kontroversi untuk tujuan pendidikan, dokumentari, saintifik atau artistik.
- Ketahui cara melaporkan kandungan tidak sesuai.