Cara Log Masuk ke YouTube pada TV Anda
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui cara memautkan peranti anda kepada TV pintar anda melalui:
- Penghantaran: Gunakan telefon, tablet atau komputer anda untuk menghantar video YouTube kepada TV anda dan menonton video tersebut pada skrin yang lebih besar.
- Penggandingan: Semasa menonton YouTube pada TV anda, gandingkan telefon anda dengan TV anda untuk terus mengawal video daripada telefon anda.
- Penggunaan kod TV: Jika telefon dan TV anda disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi yang berasingan, anda boleh memautkan kedua-duanya menggunakan kod TV dan menghantar video kepada TV anda.
Jika anda tidak menggunakan kod TV atau komputer untuk membuat sambungan, pastikan anda telah memuat turun apl YouTube pada telefon atau tablet anda.
- Jika anda ahli YouTube TV yang mahu menonton YouTube TV pada televisyen anda, lawati Pusat Bantuan YouTube TV untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dengan akaun yang diawasi pada YouTube.
- Jika anda telah log masuk ke profil YouTube Kids melalui apl YouTube pada TV pintar, peranti penstriman atau konsol permainan anda, anda mungkin mendapat mesej ralat semasa cuba menghantar video. Jika anda mendapat mesej ralat, beralih kepada profil berbeza.
Hantar YouTube kepada TV pintar atau peranti penstriman anda
Ciri Hantar membolehkan anda menggunakan telefon, tablet atau komputer anda untuk mengawal pengalaman YouTube pada TV anda. Untuk menghantar daripada peranti mudah alih atau tablet, pastikan anda memuat turun apl YouTube. Anda tidak boleh menghantar daripada youtube.com pada penyemak imbas mudah alih.
Cara Menghantar YouTube kepada TV Pintar atau Peranti Penstriman Anda
Start casting
To connect to your smart TV or streaming device:
- Make sure your Android and smart TV or streaming device are on the same Wi-Fi network.
- Open the YouTube app on your smart TV or streaming device.
- Open the YouTube app on your phone or tablet.
- Select the video that you want to watch and tap Cast
in the video player.
- Choose the smart TV or streaming device that you want to cast to, and wait for it to connect. Once connected, the video will play on your TV or streaming device.
Stop casting
To disconnect from your smart TV or streaming device:
- Tap Cast
.
- Tap Stop casting to disconnect.
Gandingkan YouTube dengan telefon atau tablet anda
Penggandingan membolehkan anda memautkan YouTube pada TV pintar atau peranti penstriman anda kepada telefon atau tablet anda. Untuk menggandingkan peranti, anda mestilah log masuk dengan Google Account yang sama pada TV dan telefon atau tablet anda.
Cara menggandingkan telefon dan TV anda semasa menonton YouTube
Gandingkan
Untuk menggandingkan peranti mudah alih dengan TV pintar atau peranti penstriman anda:
- Hidupkan TV pintar atau peranti penstriman anda.
- Pada peranti mudah alih atau tablet anda, buka apl YouTube.
- Nota: Pastikan anda log masuk ke Google Account yang sama pada TV dan peranti mudah alih anda.
- Apabila diminta, ketik Sambung untuk menggandingkan peranti mudah alih dengan TV anda.
- Jika anda tidak mendapat tetingkap timbul atau anda mengetepikan tetingkap itu secara tidak sengaja, buat sambungan menggunakan Hantar atau kod TV.
- Pemain video akan dibuka dalam apl pada telefon atau tablet anda, menunjukkan bahawa anda telah disambungkan kepada TV atau peranti penstriman anda.
Nyahgandingkan
Untuk menyahgandingkan peranti mudah alih daripada TV pintar atau peranti penstriman anda:
- Ketik Hantar
.
- Kemudian ketik PUTUSKAN SAMBUNGAN.
Sambungkan YouTube kepada TV anda menggunakan kod TV
Apabila anda memautkan telefon atau tablet anda kepada TV pintar atau peranti penstriman anda menggunakan kod TV, anda boleh menonton YouTube pada peranti anda apabila anda tidak disambungkan kepada Wi-Fi. Gunakan telefon atau tablet anda untuk memainkan kandungan pada TV atau peranti penstriman anda.
Kod TV tidak tersedia dengan komputer. Jika anda menggunakan komputer untuk membuat sambungan kepada TV atau peranti penstriman anda, anda mestilah menggunakan ciri Hantar.
Cara Menyambungkan YouTube kepada TV anda menggunakan Kod
Pautkan peranti dengan kod TV
- Buka apl YouTube pada TV pintar atau peranti penstriman anda.
- Akses Tetapan
.
- Tatal kepada Pautkan dengan kod TV. Kod TV berwarna biru akan dipaparkan pada TV anda. Kod ini hanya mengandungi nombor.
- Pada telefon atau tablet anda, buka apl YouTube.
- Ketik Hantar
.
- Ketik Pautkan dengan kod TV
.
Putuskan sambungan & sambungkan semula peranti anda
Setelah anda memautkan peranti anda dengan kod TV, anda boleh memutuskan sambungan dan menyambungkan semula peranti untuk memainkan kandungan daripada peranti anda pada TV anda.
Putuskan sambungan peranti terpaut daripada TV anda
- Ketik Hantar
.
- Ketik Putuskan sambungan.
Sambungkan semula peranti terpaut kepada TV anda
- Mulakan YouTube pada TV Pintar anda.
- Pada telefon atau tablet anda, buka apl YouTube.
- Ketik gambar profil
anda.
- Ketik Tetapan
.
- Ketik Umum.
- Ketik Tonton pada TV.
- Cari peranti TV yang dipautkan sebelum ini dan klik PAUT.
Nyahpautkan peranti yang telah dipautkan dengan kod TV
Jika anda tidak mahu lagi menggunakan telefon atau tablet anda dengan TV pintar atau peranti penstriman anda, anda boleh menyahpautkan telefon atau tablet anda. Setelah peranti dialih keluar, anda perlu menggunakan kod baharu untuk memautkan semula peranti tersebut.
Anda boleh mengalih keluar peranti terpaut menggunakan:
- TV pintar atau peranti penstriman, ATAU
- Telefon atau tablet
Anda tidak boleh menyahpautkan peranti secara berasingan. Tindakan menyahpautkan satu peranti akan mengalih keluar semua peranti terpaut.
Nyahpaut pada TV pintar atau peranti penstriman anda
- Pada TV Pintar atau peranti penstriman anda, buka apl YouTube.
- Akses Tetapan
.
- Pilih Peranti terpaut.
- Pilih Nyahpaut semua peranti untuk menyahpautkan semua peranti sekali gus.
Nyahpaut pada telefon atau tablet anda
- Pada telefon atau tablet anda, buka apl YouTube.
- Ketik gambar profil
anda.
- Ketik Tetapan
.
- Ketik Umum.
- Ketik Tonton pada TV.
- Ketik Padamkan Peranti.
- Ketik PADAM untuk mengalih keluar TV Pintar atau peranti penstriman terpaut.
Semak imbas YouTube pada TV pintar atau peranti penstriman anda
Gunakan apl YouTube sebagai alat kawalan jauh
- Ketik Hantar
.
- Ketik Alat kawalan jauh
.
- Gunakan alat kawalan jauh pada skrin untuk mengawal pengalaman penghantaran anda.
Gunakan alat kawalan jauh TV pintar anda
- Cuba gunakan alat kawalan jauh TV anda untuk mengawal pengalaman penghantaran anda. Kebanyakan alat kawalan jauh TV disokong tanpa persediaan lanjut.
- Jika alat kawalan jauh anda tidak berfungsi, semak manual arahan bagi TV pintar anda untuk mengetahui sekiranya TV anda menyokong GEC. Jika ya, ikut arahan dalam manual untuk menghidupkan GEC dan cuba gunakan alat kawalan jauh anda untuk mengawal pengalaman penghantaran.
Gunakan kawalan suara untuk mengurus penghantaran anda
- Buka video dalam apl YouTube anda.
- Ketik Hantar
.
- Ketik mikrofon
.
- Bercakap pada peranti anda untuk mengawal pengalaman penghantaran anda.
Kawalan suara tidak tersedia pada semua peranti.