Soalan Lazim tera & kadar klikan

Dapatkan jawapan kepada soalan teratas tentang data tera dan kadar klikan melalui Soalan Lazim yang berikut.

Mengapakah video saya mendapatkan kadar klikan dan purata tempoh tontonan yang tinggi tetapi tera yang rendah?

Pencipta membuat perbandingan dengan video lain pada saluran mereka manakala sistem YouTube membandingkan setiap video dengan semua video lain yang mungkin ditonton oleh penonton. Walaupun sesebuah video memperoleh prestasi yang baik berbanding dengan video lain pada saluran anda, mungkin video daripada saluran lain memperoleh prestasi yang lebih baik. Video dengan tera dan tontonan yang lebih rendah juga kerap mendapat kadar klikan dan purata tempoh tontonan yang lebih tinggi. Jumlah yang lebih tinggi ini adalah kerana video telah ditonton oleh khalayak lebih kecil yang lebih setia. Semasa membandingkan prestasi video, sentiasa ingat bahawa data mungkin lebih menggambarkan perbezaan dalam khalayak.

Apakah tindakan yang patut saya elakkan dengan data kadar klikan saya?

  • Membuat keputusan tanpa data yang mencukupi. Penting untuk anda meneliti kadar klikan anda selepas mendapat jumlah tera yang besar. Elakkan daripada menyemak kadar klikan anda dengan serta-merta selepas memuat naik video.
  • Lakukan peningkatan untuk mendapatkan perubahan kecil dalam kadar klikan. Beberapa variasi dalam kadar klikan ialah perkara biasa dan tidak memerlukan tindakan serta-merta. Peningkatan mungkin berguna jika perubahan dalam kadar klikan adalah ketara secara statistik.
  • Menguji beberapa lakaran kecil atau tajuk pada video yang sama. Sukar untuk anda memastikan setiap video dilihat oleh khalayak yang sama. Perbezaan dalam kadar klikan mungkin disebabkan oleh sumber trafik, bukannya tajuk atau lakaran kecil.

Bagaimanakah saya dapat mengetahui sama ada kadar klikan tera saya tinggi atau rendah?

Kadar klikan tera mengukur kekerapan penonton menonton video selepas melihat tera berdaftar pada YouTube. Kadar klikan berkemungkinan mewakili subset jumlah tontonan saluran anda, memandangkan tidak semua tera dikira dalam metrik ini, seperti tera pada laman web luar atau skrin penamat.

Kadar klikan tera akan berbeza-beza berdasarkan jenis kandungan, khalayak dan tempat tera tersebut dipaparkan pada YouTube. Sentiasa ingat bahawa lakaran kecil video anda sentiasa bersaing dengan video lain, sama ada pada halaman utama, “Seterusnya” pada halaman tontonan, dalam hasil carian, malah dalam suapan langganan.

Separuh daripada semua saluran dan video pada YouTube memiliki julat CTR tera antara 2% hingga 10%.

Video atau saluran baharu (seperti yang berumur kurang daripada seminggu) atau video dengan kurang daripada 100 tontonan dapat melihat julat yang lebih luas. Jika video mendapat banyak tera (seperti sekiranya video dipaparkan pada Halaman Utama), biasanya CTR adalah lebih rendah. Video dengan kebanyakan tera adalah daripada sumber seperti halaman saluran anda mungkin memiliki kadar yang lebih tinggi.

Akhir sekali, CTR antara video sebaik-baiknya dibandingkan dalam jangka panjang dan sentiasa ingat bahawa sumber trafik tera akan mempengaruhi CTR tera tersebut.

Elakkan daripada cuba menaikkan CTR anda menggunakan lakaran kecil atau tajuk yang merupakan umpan klik. YouTube akan mengesyorkan video kepada penonton jika video itu berkaitan dengan mereka dan jika purata tempoh tontonan video itu menunjukkan bahawa penonton mendapati video itu menarik. Video umpan klik cenderung untuk memiliki purata tempoh tontonan yang rendah dan kurang berkemungkinan untuk disyorkan oleh YouTube. Anda boleh mengetahui sekiranya lakaran kecil anda ialah umpan klik jika video mendapat CTR yang tinggi tetapi purata tempoh tontonan yang rendah dan Tera yang lebih rendah daripada jangkaan. 

Mengapakah saya mendapat lebih banyak tontonan daripada tera?

Jika sejumlah besar trafik kepada video anda adalah dari luar YouTube, anda mungkin mendapat lebih banyak tontonan berbanding dengan tera. Bukan setiap tika apabila penonton melihat lakaran kecil video akan dikira sebagai tera dan bukan setiap tontonan bersumberkan tera lakaran kecil. Ketahui perkara yang dikira sebagai tera berdaftar.

Mengapakah metrik kadar klikan tidak sepadan dengan pengiraan saya?

Kadar klikan adalah berdasarkan tontonan daripada tera yang dikira. Jika anda membahagikan jumlah tontonan pada video anda dengan bilangan tera, anda mungkin tidak melihat jumlah yang sama seperti kadar klikan. Sesetengah tontonan tidak berasal daripada tera lakaran kecil.

Apakah kaitan tera dengan pengewangan?

Jika video tidak sesuai untuk khalayak yang luas menurut Garis Panduan Komuniti kami, hal tersebut boleh mengehadkan bilangan tera yang diperoleh video tersebut. Had ini juga boleh mengakibatkan kurang tontonan dan kurang hasil. Selain itu, jika video tidak sesuai untuk kebanyakan pengiklan menurut garis panduan kandungan mesra pengiklan, video mungkin mendapat iklan terhad atau tiada iklan.

Nota: Sentiasa ingat bahawa cadangan ini adalah berdasarkan kadar kejayaan agregat merentas YouTube. Cadangan ini tidak menjamin sebarang hasil tertentu untuk kes anda secara khusus.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16697781725246272866
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false