Pulihkan saluran YouTube yang digodam

Sebagai pengguna YouTube, anda melaburkan banyak masa pada kandungan dan saluran anda. Kami memahami bahawa anda akan berada dalam keadaan yang tertekan dan situasi yang sukar apabila saluran anda digodam. Namun, terdapat langkah yang boleh anda ambil untuk memulihkan saluran anda.

Sebelum mengambil tindakan, anda perlu menyemak semula tanda saluran anda mungkin telah digodam.

Setiap saluran YouTube dikaitkan dengan sekurang-kurangnya satu Google Account. Apabila saluran YouTube digodam, hal ini bermakna sekurang-kurangnya satu daripada Google Account yang dikaitkan dengan saluran itu turut terjejas.

Jika anda melihat mana-mana tanda yang berikut, Google Account anda mungkin telah digodam, dirampas atau terjejas:

  • Perubahan yang tidak anda lakukan: Gambar profil, perihalan, tetapan e-mel, perkaitan AdSense untuk YouTube atau mesej yang dihantar anda adalah berbeza.
  • Video yang dimuat naik yang bukan milik anda: Seseorang telah menyiarkan video sebagai Google Account anda. Anda mungkin menerima pemberitahuan e-mel tentang video ini untuk penalti atau bantahan terhadap kandungan yang teruk.

Google Account mungkin digodam, dirampas atau terjejas atas pelbagai sebab. Sebab ini termasuk kandungan berbahaya (perisian hasad) dan e-mel mengelirukan yang menyamar sebagai jenis perkhidmatan yang biasa anda gunakan (pancingan data). Untuk memastikan akaun anda selamat, jangan sekali-kali berkongsi maklumat alamat e-mel dan kata laluan anda dengan orang lain. Jangan sekali-kali memuat turun fail atau perisian daripada sumber yang tidak dipercayai.

Untuk memulihkan saluran YouTube yang digodam, anda perlu memulihkan Google Account yang digodam yang dikaitkan dengan saluran YouTube dahulu.

Terdapat 3 langkah untuk memulihkan saluran YouTube anda:

1. Pulihkan dan lindungi Google Account yang digodam yang dikaitkan dengan saluran YouTube
2. Balikkan perubahan yang tidak diinginkan pada saluran YouTube dengan segera untuk mengelakkan kesan dasar seperti Garis Panduan Komuniti atau bantahan hak cipta
3. Kurangkan risiko akses tanpa kebenaran kepada Google Account anda menggunakan amalan terbaik keselamatan dengan semua pengguna saluran yang berkaitan

Pulihkan Google Account anda

Anda masih boleh log masuk ke Google Account anda

Anda perlu mengemaskinikan kata laluan anda dan melindungi Google Account anda. Kemudian, teruskan kepada langkah seterusnya.

Anda tidak dapat log masuk ke Google Account anda

Untuk mendapatkan bantuan mendapatkan semula akses kepada Google Account anda:

  1. Ikut langkah untuk memulihkan Google Account atau Gmail anda.
  2. Tetapkan semula kata laluan anda apabila digesa. Pilih kata laluan kukuh yang belum pernah anda gunakan dengan akaun ini. Ketahui cara membuat kata laluan yang kukuh.

Minta pengurus atau pemilik saluran anda mengikut langkah yang sama untuk melindungi Google Account mereka.

Balikkan saluran anda kepada keadaan sebelum digodam

Apabila penggodam mengawal saluran anda, terdapat beberapa perubahan yang boleh dilakukan oleh mereka pada akaun anda dan Google Account yang berkaitan dengan akaun tersebut. Ketahui cara membersihkan saluran YouTube yang digodam dengan lebih lanjut.

Kurangkan risiko akses tanpa izin

Setelah anda melengkapkan langkah di atas, anda perlu melindungi Google Account yang dipautkan kepada saluran YouTube anda.

Jika saluran anda ditamatkan selepas Google Account anda digodam

Setelah anda memulihkan Google Account anda, anda boleh menemukan e-mel dengan butiran lanjut tentang cara membuat rayuan terhadap penamatan saluran dalam peti masuk anda. Setelah anda memulihkan Google Account anda yang digodam, anda boleh membuat rayuan menggunakan borang ini. Rayuan anda mungkin tidak diterima jika pemulihan akaun tidak lengkap.

Get additional help from YouTube

If your channel is eligible (for example, if you’re in the YouTube Partner Program), once you recover your Google Account, you can get in touch with the YouTube Creator Support team for help.

If you’re not eligible for Creator Support, you can get help from @TeamYouTube on Twitter.

Frequently asked questions

I’ve recovered my channel, but how do I know whether the hacker has been kicked out?

It's not always possible for us to determine that the hijacker has been removed. We recommend you review your YouTube channel and make sure your Google account is secure to prevent future hacks from occurring.  

If the hacker uploaded videos that violate YouTube’s Community Guidelines, will I get in trouble? Could my channel be terminated?

Make sure you delete any videos you didn’t upload immediately, as all content on YouTube must comply with our Community Guidelines. If your channel was terminated after being hacked, you can appeal here once you recover your Google Account. Your appeal may not be accepted if the account recovery is incomplete. If you have more questions, please get in touch with the Creator Support team.

One of the people who manages my channel had their account hacked. What can I do to prevent hijacking in the future?

It’s common for channels on YouTube to have more than one manager. You can improve the safety and security for your channel with these steps: 

  • Make sure you and the people on your team have taken steps to secure your accounts
  • Use the Channel Permissions tool and Brand Account tools to make sure only authorized accounts have access to manage your channel, and only at the permission level you want. Don’t share passwords or sign-in info with anyone else. The only access to your channel should be through the accounts authorized with the channel permissions feature.
  • To help prevent data breaches, use a different email for your YouTube channel than the one you use for other accounts. If you use the same email across platforms and someone gets access to it, they can take over your YouTube and other accounts all at once.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10761648341653702924
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false