Fahami data penonton unik anda

Anda boleh menggunakan data penonton unik untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang saiz khalayak anda atau anggaran bilangan penonton yang datang untuk menonton video anda dalam tempoh masa tertentu. Sama ada mereka menonton video pada komputer atau peranti mudah alih atau menonton video lebih daripada sekali, tontonan itu dikira sebagai satu penonton unik.

Data mengukur jumlah pengguna yang menonton video atau saluran dengan mengambil kira keadaan apabila penonton mungkin menonton kandungan pada peranti yang berbeza atau apabila berbilang penonton berkongsi peranti yang sama. Sistem ini merangkumi data daripada peranti dan menyertakan trafik log masuk dan log keluar untuk menganggarkan bilangan penonton.

Untuk kualiti data, jumlah bilangan penonton unik tersedia untuk tempoh masa hingga 90 hari. Anda boleh membandingkan jangka masa 90 hari yang berbeza untuk melihat perubahan dari semasa ke semasa. Data untuk penonton unik tersedia mulai 1 Ogos 2017.

Untuk video Shorts, tontotan sahih digunakan untuk menganggarkan penonton unik dan menggambarkan penonton yang meneruskan tontonan kandungan.

Temukan data penonton unik anda

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam Menu kiri, pilih Analytics .
  3. Klik tab Khalayak untuk melihat penonton Unik anda.

Soalan Lazim tentang penonton unik

Bagaimanakah cara menggunakan data ini?
Terdapat beberapa cara menggunakan data tentang "Penonton unik":
  • Anda boleh menyemak purata bilangan penonton unik anda yang telah menonton pada saluran anda dengan melihat metrik “Purata tontonan bagi setiap penonton” dalam tab LIHAT LAGI.
  • Bandingkan saiz khalayak anda dengan pangkalan pelanggan anda dan kenal pasti video yang membantu anda memanfaatkan khalayak yang lebih luas selain pelanggan anda.
  • Kenal pasti keadaan video anda menarik minat khalayak baharu dengan membandingkan penonton unik saluran anda sebelum dan selepas menerbitkan video.
  • Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk membimbing strategi kandungan anda.
Mengapakah saya melihat kurang penonton unik berbanding dengan apabila saya menjumlahkan penonton untuk video saya?
Jika penonton menonton lebih daripada satu video pada saluran anda, data akan dipaparkan sebagai penonton unik untuk setiap video. Akan tetapi, tontonan tersebut akan digabungkan menjadi satu penonton unik untuk saluran anda.
Mengapakah saya mempunyai kurang penonton unik berbanding dengan bilangan pelanggan saya?
Bilangan pelanggan bukanlah cara paling tepat untuk menganggarkan saiz khalayak anda. Secara purata, penonton melanggan berpuluh-puluh saluran dan mungkin tidak kembali untuk setiap muat naik baharu bagi setiap saluran yang dilanggan.
Jika anda mempunyai kurang penonton unik berbanding dengan pelanggan, hal ini mungkin kerana pelanggan anda tidak menghidupkan pemberitahuan saluran atau tidak segera menonton muat naik terbaharu anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1896874958310567800
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false