Membuat atau mengurus tahap & manfaat keahlian saluran YouTube anda

Jika anda menghidupkan Keahlian untuk saluran anda, anda boleh menyediakan pelbagai manfaat khas untuk ahli saluran anda. Manfaat ini boleh termasuk emoji tersuai, lencana dan video untuk ahli sahaja.

Program keahlian saluran anda boleh merangkumi beberapa tingkat harga yang berbeza dan memberi ahli manfaat untuk setiap tahap. Akan tetapi, jika anda menyediakan lebih daripada satu tahap, manfaat setiap tahap ditambahkan pada manfaat tahap yang sebelumnya. Hal ini bermakna, tahap yang paling mahal mendapat manfaat yang diberikan pada tahap yang lebih murah secara automatik. Anda boleh membuat hingga 6 tahap keahlian dan setiap tahap mestilah menawarkan 1 hingga 5 manfaat. Sebagai peringatan, semua manfaat yang anda sediakan kepada ahli anda mestilah mematuhi dasar keahlian saluran kami.

Setelah anda membuat tahap dan manfaat keahlian anda, anda boleh:

Keahlian Saluran

Tahap keahlian saluran

Anda boleh membuat hingga 6 tahap keahlian pada harga yang berbeza. Jika anda menyediakan lebih daripada satu tahap, ingat bahawa semua manfaat daripada tahap yang lebih murah akan disertakan dalam tahap yang lebih mahal. Lihat jumlah yang akan dibayar oleh ahli di negara/wilayah lain, bergantung pada harga yang anda tentukan untuk tahap keahlian.

Menambahkan tahap keahlian

Anda boleh menambahkan hingga 6 tahap pada harga yang berbeza. Setiap tahap mestilah menawarkan 1 hingga 5 manfaat.

Menambahkan tahap keahlian

  1. Pada komputer, akses YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Jana pendapatan.
  3. Klik tab Keahlian.
  4. Dalam kotak yang tertera “Langkah 1: Tambahkan tahap dan manfaat”, klik Edit.
  5. Ikut arahan pada skrin. Setelah selesai, klik Terbitkan.

Kami menyemak tahap dan manfaat anda untuk memastikan pematuhan terhadap dasar keahlian saluran kami sebelum tahap dan manfaat itu boleh dilancarkan. Proses ini mengambil masa kira-kira sehari.

Alih keluar tahap keahlian

Jika anda mengalih keluar tahap, anda akan memadamkan semua ahli pada tahap itu. Semua ahli pada tahap yang dialih keluar akan kehilangan akses kepada manfaat dengan serta-merta dan bayaran mereka untuk bulan yang terakhir akan dibayar balik.

Mengalih keluar tahap

  1. Pada komputer, akses YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Jana pendapatan.
  3. Klik tab Keahlian.
  4. Dalam kotak yang tertera “Langkah 1: Tambahkan tahap dan manfaat”, klik Edit.
  5. Klik tahap yang mahu anda alih keluar kemudian klik Padam .
  6. Ikut arahan pada skrin yang selebihnya. Setelah selesai, klik Terbitkan.

Matlamat keahlian saluran

Buat dan terbitkan sekurang-kurangnya satu manfaat (dan maksimum lima manfaat) yang akan anda berikan kepada ahli anda. Anda perlu menyampaikan manfaat ini kepada ahli anda, maka pertimbangkan sama ada anda dapat menyampaikan matlamat tersebut sehingga ahli anda berpuas hati.

Manfaat anda mestilah mematuhi dasar dan syarat kami. YouTube tidak bertanggungjawab atas manfaat pencipta anda.

Anda boleh menyertakan jenis manfaat khas ahli ini untuk ahli saluran anda:

Lencana Saluran Tersuai atau Lalai
Ahli boleh menonjolkan diri dalam sembang langsung, ulasan dan tab Siaran dengan lencana eksklusif untuk ahli sahaja. Terdapat 8 lencana yang berlainan dan setiap satu menyerlahkan tempoh seseorang telah menjadi ahli berbayar yang aktif pada saluran anda. Maka, jika seorang ahli aktif telah menyertai saluran anda sejak setahun lalu tetapi hanya membuat bayaran untuk 9 bulan dalam tempoh 12 bulan yang lepas, lencana mereka akan menunjukkan bahawa mereka telah menjadi ahli selama 9 bulan.
Setiap lencana dikaitkan dengan tempoh yang berlainan:
  • Baharu
  • 1 bulan
  • 2 bulan
  • 6 bulan
  • 1 tahun
  • 2 tahun
  • 3 tahun
  • 4 tahun
  • 5 tahun

Anda boleh menggunakan lencana lalai YouTube atau memuat naik lencana tersuai untuk saluran anda. Anda juga boleh mencampurkan penggunaan lencana tersuai untuk tempoh yang tertentu dan penggunaan lencana lalai untuk tempoh yang lain.

Nota: Semua ahli mendapat lencana yang sama berdasarkan kesetiaan.

Memuat naik lencana saluran tersuai

Anda boleh menggunakan lencana lalai YouTube atau memuat naik lencana tersuai untuk saluran anda. Anda juga boleh mencampurkan penggunaan lencana tersuai untuk tempoh yang tertentu dan penggunaan lencana lalai untuk tempoh yang lain.

Apabila anda memuat naik lencana tersuai, anda perlu mengisi setiap slot dengan lencana yang berlainan tetapi jika tidak diisi, slot yang kosong akan diisi dengan:

  • Lencana tersuai tertinggi yang anda muat naik atau
  • Lencana lalai YouTube untuk tempoh itu

Untuk memuat naik dan menyesuaikan lencana saluran anda:

  1. Gunakan komputer untuk log masuk ke YouTube Studio.
  2. Akses Jana Pendapatan kemudian Keahlian kemudian Lencana Kesetiaan.

Spesifikasi untuk lencana saluran

Format fail: Fail JPEG atau PNG.

Saiz fail: Kurang daripada 1 MB.

Dimensi imej: Minimum 32px x 32px.

Lencana dipaparkan pada dimensi 14px x 14px dalam ulasan dan tab Siaran. Dalam sembang langsung, lencana dipaparkan pada dimensi 16px x 16px.

Siaran ahli sahaja
Anda boleh menggunakan tab Siaran untuk berkongsi kandungan dengan ahli saluran anda sahaja. Jika terdapat beberapa tahap pada saluran anda, anda juga boleh berkongsi siaran dengan ahli pada tahap tertentu.
Untuk membuat siaran ahli sahaja:
  1. Klik gambar profil anda .
  2. Klik Lihat saluran anda.
  3. Klik tab Siaran.
  4. Dalam menu “Keterlihatan”, pilih sama ada untuk menjadikan siaran umum, untuk ahli sahaja atau untuk ahli pada tahap tertentu. Umum ialah tetapan lalai.
  5. Masukkan butiran siaran anda.
  6. Klik Siar.
Emoji Tersuai untuk Ahli Sahaja
Emoji tersuai membolehkan ahli saluran anda menggunakan emoji eksklusif dalam ulasan video anda dan dalam sembang langsung anda.
Tiada emoji tersuai yang tersedia secara lalai, maka anda perlu memuat naik emoji tersuai anda sendiri. Untuk memuat naik emoji tersuai, akses halaman Keahlian dan pilih Edit pada kad “Lencana dan emoji anda”. Ketahui lebih lanjut tentang cara membuat reka bentuk emoji.
Nota: Semua ahli, tanpa mengira tahap, boleh mengakses emoji yang anda muat naik.

Nama Keluarga

Apabila anda memuat naik emoji yang pertama, anda akan membuat nama awalan untuk semua emoji anda, yang dipanggil 'nama keluarga'. Ahli saluran anda akan menggunakan nama ini untuk autolengkap emoji anda. Anda juga boleh menggunakan :_ untuk autolengkap emoji saluran anda.

Nama keluarga tidak unik merentas YouTube dan mestilah terdiri daripada 3–10 aksara. Sebagai amalan terbaik, kami mengesyorkan anda memilih nama keluarga yang mudah dikenal pasti sebagai jenama anda.

Custom emoji can be sent in video comments or any live chats.

Nama Emoji

Setiap emoji akan memiliki nama yang boleh digunakan oleh ahli untuk autolengkap dalam sembang langsung. Untuk menukar nama emoji, anda perlu memadamkan dan memuat naik semula emoji. Nama emoji mestilah terdiri daripada 3–10 aksara abjad angka dan unik dalam keluarga emoji (tetapi tidak merentas YouTube).

Jumlah emoji tersuai yang boleh anda muat naik

Seiring dengan pertambahan ahli saluran anda, anda boleh membuka kunci lebih banyak slot untuk emoji tersuai baharu. Anda tidak akan diberitahu apabila slot baharu dibuka kunci.
# Ahli # Emoji
0 4
2 5
5 6
10 7
15 8
20 9
30 10
40 11
50 12
75 13
100 14
125 15
150 16
175 17
200 18
225 19
250 20
300 21
350 22
400 23
450 24
500 25
600 26
700 27
800 28
900 29
1000 30
1200 31
1400 32
1600 33
1800 34
2000 35
2200 36
2400 37
2600 38
2800 39
3000 40
3200 41
3400 42
3600 43
3800 44
4000 45
4200 46
4400 47
4600 48
4800 49
5000+ 54

Spesifikasi emoji tersuai

Format fail: Fail JPEG, PNG dan GIF diutamakan.
  • Nota: GIF akan dipaparkan sebagai imej statik, bukan animasi.
Saiz fail: Kurang daripada 1 MB.
Dimensi imej: 48px x 48px (diutamakan) hingga 480px x 480px.

Perbezaan peranti

Emoji akan dipaparkan dalam saiz yang berbeza pada peranti mudah alih dan monitor komputer. Yang berikut ialah cara memastikan emoji anda dipaparkan dengan baik pada kedua-dua platform:
Pada peranti mudah alih: Emoji dipaparkan pada 24x24 mata. Imej diskalakan supaya sepadan dengan ketumpatan piksel peranti.
Pada kebanyakan monitor: Emoji dipaparkan pada 24x24 mata. Pada peranti Retina dan HiDPI, imej dipaparkan pada 48x48 mata atau lebih tinggi.
Video Akses Awal untuk Ahli
Dengan ciri ahli sahaja kepada umum, anda boleh memuat naik kandungan yang boleh ditonton hanya oleh ahli saluran anda untuk tempoh tertentu sebelum akses dibuka kepada pengguna yang lain. Tindakan memberi ahli saluran anda akses awal kepada kandungan anda membolehkan mereka menonton dan berinteraksi dengan kandungan anda sebelum kandungan itu disiarkan kepada umum.
Apabila anda memuat naik kandungan sebagai “Ahli sahaja kepada umum”, kami akan memaklumi ahli anda bahawa kandungan anda tersedia hanya untuk ahli saluran dahulu. Kemudian, apabila status video bertukar kepada umum, semua pelanggan anda akan mendapat pemberitahuan.
Menurut pemerhatian kami, secara purata, apabila pencipta memberi ahli akses awal kepada video, prestasi video itu sama sahaja dan tidak terjejas apabila video itu disiarkan kepada umum.
  • Pada saluran yang menerbitkan sekurang-kurangnya satu video akses awal dan satu video umum sahaja dari bulan Januari hingga Februari 2023.

Menetapkan muat naik baharu sebagai ahli sahaja kepada umum

  1. Muat naik video.
  2. Untuk Keterlihatan, pilih Ahli sahaja kepada umum.
  • Jika anda menyediakan lebih daripada satu tahap, pilih tahap yang mahu diberi akses awal kepada video.
  1. Pilih tarikh dan masa status video akan bertukar kepada umum.

Mempromosikan video untuk ahli sahaja

Video untuk ahli sahaja boleh dipaparkan pada suapan Laman Utama dan langganan ahli. Ahli juga boleh menemukan video pada kandungan halaman saluran dan tab Siaran anda. Untuk memaklumi semua penonton anda bahawa video telah tersedia, anda boleh berkongsi URL secara umum pada:

  • Kad
  • Siaran
  • Senarai main

Ahli anda boleh menonton video untuk ahli sahaja dengan serta-merta jika mereka berada pada tahap yang dibenarkan. Pengguna yang bukan ahli akan melihat nota yang menyatakan bahawa video tersebut tersedia kepada ahli sahaja dan cara mereka boleh menjadi ahli akan ditunjukkan.

Sembang Langsung untuk Ahli Sahaja
Anda boleh menetapkan sembang semasa strim langsung umum sebagai sembang untuk ahli sahaja. Semua orang masih boleh menonton strim langsung tetapi hanya ahli yang boleh menyertai sembang. Untuk menghidupkan sembang langsung untuk ahli sahaja:
  1. Gunakan komputer untuk log masuk ke YouTube Studio.
  2. Klik BUAT .
  3. Pilih Siarkan secara langsung .
  4. Pada bahagian sebelah kiri, klik Strim.
  5. Buat strim:
    1. Untuk menyalin strim sebelumnya: Pilih strim sebelumnya dan klik Gunakan semula tetapan.
    2. Untuk membuat strim baharu: Masukkan maklumat strim baharu anda dan klik Buat strim.
  6. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Tetapan .
  7. Di bawah "Sembang langsung", pilih Dayakan sembang untuk ahli sahaja.
  8. Klik Simpan.
Strim Langsung untuk Ahli Sahaja

Anda boleh berkongsi strim langsung secara eksklusif dengan ahli saluran anda.

Pada komputer:

  1. Pada komputer, log masuk ke YouTube Studio.
  2. Klik BUAT .
  3. Klik Siarkan secara langsung .
  4. Ikut langkah untuk membuat strim langsung.
  5. Dalam tetapan Keterlihatan, anda boleh memilih ahli saluran yang boleh menonton strim langsung:
    • Untuk membenarkan semua ahli menonton strim langsung, pilih “Semua ahli berbayar”.
    • Untuk membenarkan tahap tertentu menonton strim langsung, pilih tahap (dan tahap lebih tinggi) yang dibenarkan untuk menonton.
  6. Untuk membuat siaran untuk ahli sahaja dengan pautan kepada strim langsung, ikut arahan pada skrin. Jika ahli anda menghidupkan pemberitahuan, mereka akan diberitahu apabila anda membuat strim langsung baharu untuk ahli sahaja.

Pada peranti mudah alih:

  1. Pada peranti mudah alih anda, buka apl YouTube.
  2. Pada bahagian bawah, ketik Buat .
  3. Ketik Siarkan secara langsung.
  4. Ketik Lagi Pilihan.
  5. Ketik Tunjukkan lagi.
  6. Dalam tetapan keterlihatan, pilih Ahli sahaja dan pilih ahli saluran yang boleh menonton strim langsung anda:
    • Untuk membenarkan semua ahli menonton strim langsung, pilih “Semua ahli berbayar”.
    • Untuk membenarkan tahap tertentu menonton strim langsung, pilih tahap (dan tahap lebih tinggi) yang dibenarkan untuk menonton.
  7. Ketik Seterusnya.
  8. Ketik Siarkan secara langsung.
Sembang Peristiwa Penting Ahli
Untuk mengiktiraf dan meraikan kesetiaan ahli, ahli saluran boleh menghantar satu mesej istimewa yang diserlahkan setiap bulan dalam sembang langsung. Hanya ahli yang telah menjadi ahli selama sekurang-kurangnya dua bulan berturut-turut mendapat sembang peristiwa penting. Ahli hanya boleh menghantar sembang peristiwa penting semasa strim langsung atau Tayangan Perdana. Walaupun hanya ahli saluran boleh menghantar sembang peristiwa penting, sembang ini boleh dilihat oleh semua penonton.
Ciri ini dihidupkan secara automatik untuk saluran anda. Jika anda tidak mahu ahli anda mendapat sembang peristiwa penting, anda boleh mematikan ciri ini. Untuk mematikan sembang peristiwa penting ahli:
  1. Log masuk ke YouTube Studio kemudian Jana Pendapatan.
  2. Pilih Keahlian kemudian Matikan ‘Sembang Peristiwa Penting Ahli’.
Nota: Memandangkan semua ahli yang layak boleh menggunakan sembang peristiwa penting, anda mungkin mendapati kadar penggunaan yang tinggi pada beberapa strim langsung pertama anda selepas ciri ini dihidupkan. Lama-kelamaan kadar penggunaan akan menjadi normal memandangkan setiap ahli hanya boleh menebus Sembang Peristiwa Penting Ahli sekali sebulan.
Rak Pengiktirafan Ahli

Untuk memberikan pengiktirafan umum kepada ahli saluran anda, anda boleh menampilkan avatar mereka dalam rak pada bahagian atas halaman saluran anda. Rak ini membolehkan anda menunjukkan tanda terima kasih anda kepada ahli saluran anda secara umum dan menunjukkan tanda penghargaan anda kepada ahli anda. Ahli yang ditampilkan dipilih secara rawak dan akan ditukar secara kerap untuk memberi lebih banyak ahli peluang untuk menyinar. Ahli yang menonton halaman saluran anda akan sentiasa menemukan avatar mereka pada rak. Jika ahli membatalkan keahlian, mereka tidak akan ditampilkan pada rak lagi.

Ciri ini dihidupkan secara automatik apabila bilangan ahli saluran anda mencecah 8 ahli atau lebih. Jika anda tidak mahu rak pengiktirafan ahli dipaparkan, anda boleh mematikan ciri ini.

Untuk mematikan rak pengiktirafan ahli:

  1. Gunakan komputer untuk log masuk ke YouTube Studio.
  2. Akses Jana Pendapatan kemudian Keahlian.
  3. Matikan “Rak Pengiktirafan Ahli”.
Video Shorts untuk Ahli Sahaja
Video Shorts untuk ahli sahaja merupakan cara yang sesuai untuk menyiarkan kandungan ringan secara kerap untuk ahli saluran anda. Anda boleh berkongsi video pendek dengan kandungan di sebalik tabir, klip video yang akan datang, Soal Jawab pendek dan pelbagai lagi. Memandangkan video Shorts ini hanya boleh ditonton oleh ahli, anda boleh mencuba kandungan yang lebih kasual atau semula jadi/organik, berbanding dengan kandungan umum anda.

Menetapkan muat naik baharu untuk ahli sahaja

  1. Pilih fail video pendek:
  • Maksimum 60 saat.
  • Dengan nisbah bidang segi empat sama atau menegak.
  1. Untuk keterlihatan, pilih Ahli sahaja.
  2. Selesaikan proses muat naik yang selebihnya.

Menetapkan video Shorts yang sedia ada untuk ahli sahaja

  1. Gunakan komputer untuk mengakses YouTube Studio atau buka apl mudah alih YouTube Studio .
  2. Pilih Kandungan.
  3. Pilih video Shorts yang mahu anda tetapkan untuk ahli sahaja.
  4. Pilih Edit kemudian Keterlihatan kemudian Pilih Ahli sahaja kemudian Simpan.
Nota: Jika anda merakam dan memuat naik video Shorts sekaligus, pilihan untuk menetapkan video itu untuk ahli sahaja mungkin tidak dipaparkan. Anda masih boleh memuat naik video Shorts anda dengan status tidak tersenarai, kemudian menukar tetapan keterlihatan kepada ahli sahaja.

Video Shorts untuk ahli sahaja, sama seperti video untuk ahli sahaja, mestilah kandungan asal sepenuhnya dan tidak boleh mengandungi muzik yang dimiliki oleh pihak ketiga, termasuk muzik daripada pustaka muzik Shorts.

Ahli anda boleh menemukan video Shorts untuk ahli sahaja dalam suapan Shorts dan Laman Utama mereka serta dalam Tonton Seterusnya. Video Shorts untuk ahli sahaja tidak mencetuskan pemberitahuan untuk ahli saluran anda.

Video untuk Ahli Sahaja
Ciri video untuk ahli sahaja membolehkan anda memuat naik video yang boleh ditonton hanya oleh ahli saluran anda. Anda juga boleh menukar tetapan keterlihatan video yang sedia ada untuk menjadikan video itu eksklusif untuk ahli anda. Sesiapa sahaja boleh menemukan video untuk ahli sahaja tetapi hanya ahli pada tahap yang dibenarkan boleh menonton video tersebut.
Video untuk ahli sahaja mestilah kandungan asal sepenuhnya. Jangan sertakan video yang mengandungi tuntutan hak cipta, termasuk video yang mengandungi tuntutan daripada rakan kongsi muzik.

Menetapkan muat naik baharu untuk ahli sahaja

  1. Muat naik video.
  2. Untuk Keterlihatan, pilih Ahli sahaja.
  • Jika anda menyediakan lebih daripada satu tahap, pilih tahap yang dibenarkan untuk menonton video anda.
  1. Selesaikan proses muat naik yang selebihnya.

Menetapkan video yang sedia ada untuk ahli sahaja

  1. Gunakan komputer untuk mengakses YouTube Studio atau buka apl mudah alih YouTube Studio .
  2. Pilih Kandungan.
  3. Pilih video yang mahu anda tetapkan untuk ahli sahaja.
  4. Pilih Edit kemudian Keterlihatan kemudian Pilih Ahli sahaja kemudian Simpan.
  • Jika anda menyediakan lebih daripada satu tahap, pilih tahap yang dibenarkan untuk menonton video anda.

Mempromosikan video untuk ahli sahaja

Ahli anda boleh menemukan video untuk ahli sahaja pada tab Keahlian, Kandungan dan Siaran. Video ini juga mungkin dipaparkan pada suapan Laman Utama dan langganan ahli.

Penonton yang disyorkan untuk menonton kandungan anda tetapi bukan ahli juga boleh melihat video untuk ahli sahaja dipaparkan pada suapan Laman Utama mereka. Tindakan memaparkan video untuk ahli sahaja kepada pengguna yang bukan ahli boleh membantu mereka menemukan program keahlian saluran dan mungkin dapat menarik minat mereka untuk mendaftar. Pengguna yang bukan ahli boleh melihat lakaran kecil dan tajuk video tetapi tidak boleh menonton video untuk ahli sahaja melainkan mereka mendaftar sebagai ahli.

Untuk memaklumi penonton anda bahawa video telah tersedia, anda boleh berkongsi URL secara umum pada:

  • Kad
  • Siaran
  • Senarai main

Ahli saluran pada tahap yang dibenarkan boleh menonton video untuk ahli sahaja dengan serta-merta. Pengguna yang bukan ahli akan melihat nota yang menyatakan bahawa video tersedia hanya kepada ahli dan cara mereka boleh menjadi ahli akan ditunjukkan.

Members Only Content: Videos, Shorts, Live Streams, & Posts for Channel Memberships

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
536577906144288483
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false