Urus Super Chat & Super Stickers YouTube untuk Sembang Langsung

Super Chat dan Super Stickers merupakan cara mengewangkan saluran anda melalui Program Rakan Kongsi YouTube. Ciri ini membolehkan penonton anda membeli mesej sembang langsung yang menonjol dan kadangkala menyematkan mesej tersebut pada bahagian atas suapan sembang langsung. Ketahui lebih lanjut tentang kelayakan dan cara anda boleh menghidupkan ciri ini.

Nota:

  • Ciri ini mungkin tidak tersedia dengan pengalaman yang diawasi pada YouTube.
  • Had dikenakan pada bilangan senarai main dan saluran umum yang boleh dibuat setiap hari merentas YouTube Music, apl utama YouTube dan YouTube API. Anda boleh meningkatkan had harian anda dengan mendapatkan akses kepada ciri lanjutan. Ketahui lebih lanjut.
 
 

Lihat Super Chat & Super Stickers yang Dibeli

Super Chat & Super Stickers ditunjukkan sebagai mesej sembang berwarna dan mesej animasi dalam suapan sembang langsung anda. Apabila penonton membeli Super Chat atau Super Stickers, gambar profil mereka boleh kekal pada bahagian atas suapan sembang langsung. Tempoh masa bergantung pada jumlah pembelian mereka. Lebih banyak penonton berbelanja, lebih lama Super Chat atau Super Stickers kekal pada bahagian atas suapan sembang.

Lihat pembelian yang dibuat semasa strim langsung

Gunakan Bilik Kawalan Acara Langsung, apl mudah alih YouTube atau laman web YouTube untuk melihat aktiviti Super Chat dan Super Stickers dalam suapan sembang langsung anda.

  1. Untuk menapis suapan sembang langsung anda untuk melihat pembelian Super Chat dan Super Stickers sahaja:
    1. Pada komputer, klik Penapis sembang kemudian Pembiayaan Peminat.
    2. Pada apl mudah alih YouTube, ketik Tetapan kemudianPenapis sembang kemudian Pembiayaan peminat.

2. Untuk melihat semua mesej dalam suapan sembang langsung anda lagi, pilih Penapis sembang kemudian Semua mesej.

Nota: Penapisan suapan sembang langsung anda hanya akan melibatkan paparan anda sebagai pencipta. Penonton akan tetap menyertai dan mengikut sembang langsung biasa.

Lihat semua pembelian

  1. Gunakan komputer untuk log masuk ke YouTube Studio.
  2. Pada Menu kiri, pilih Jana pendapatan.
  3. Pilih tab Supers .
  4. Pembelian terbaharu dipaparkan dalam kad “Aktiviti Super Chat dan Super Stickers anda”. Jika anda mahu melihat semua maklumat transaksi yang tersedia, klik Lihat semua.

Berinteraksi dengan Super Chat & Super Stickers

Berinteraksi dengan Super Chat dan Super Stickers semasa strim langsung anda merupakan cara yang hebat untuk menunjukkan penghargaan kepada peminat anda. Anda boleh:

  • Mengiktiraf atau mengucapkan terima kasih kepada pembeli secara lisan dengan menyebut nama mereka semasa penstriman langsung.
  • Letakkan Hati pada Super Chat atau Super Sticker untuk menunjukkan penghargaan: Cari Super Chat atau Super Stickers dalam suapan sembang langsung anda dan pilih Hati di sebelah Super Chat atau Super Stickers itu. Semua penonton dapat melihat anda telah meletakkan hati pada Supar Chat atau Super Stickers tersebut. Bergantung pada tetapan pembeli, mereka juga mungkin menerima pemberitahuan bahawa anda menyukai ulasan mereka.

Mesej automatik lain mungkin dipaparkan pada suapan sembang langsung anda untuk mengiktiraf pencapaian dalam pembelian penonton pada YouTube. Sebagai contoh, mesej automatik mungkin dipaparkan untuk pembeli yang membuat pembelian pertama atau ke-10 mereka.

Tindakan menunjukkan penghargaan untuk pembelian dan pencapaian boleh membantu anda membina komuniti dan meningkatkan kumpulan peminat anda.

Saring Super Chat & Super Stickers

Super Chat & Super Stickers tersedia secara automatik pada strim langsung dan Tayangan Perdana yang layak yang menghidupkan sembang langsung. Sembang langsung dihidupkan secara lalai. Ketahui cara menggunakan sembang langsung.

Anda boleh menyaring Super Chat & Super Stickers dalam cara yang sama anda menyaring mesej Sembang langsung. Seperti semua kandungan pada YouTube, penonton perlu mematuhi Garis Panduan Komuniti kami apabila menghantar Super Chat dan Super Stickers. Jika Super Chat atau Super Sticker disaring dan dialih keluar kerana melanggar dasar kami, YouTube akan mendermakan hasil bahagian kami kepada badan kebajikan.

Pelaporan Hasil

Anda boleh melihat laporan hasil untuk Supers dalam YouTube Analytics kemudian Hasil kemudian Cara anda menjana pendapatan.

Perkongsian Hasil

Pencipta menerima 70% hasil Supers yang disahkan oleh Google. 70% dikira selepas penolakan cukai jualan tempatan dan yuran App Store pada iOS. Kos transaksi, termasuk yuran kad kredit ditanggung oleh YouTube pada masa ini.

Ucapan "terima kasih" dan interaksi kecil yang lain boleh membantu anda membina khalayak secara pantas dengan Super Chat.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
848855740395013042
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false