Ikhtisar & kelayakan Program Rakan Kongsi YouTube

Kami telah memperluas Program Rakan Kongsi YouTube (YPP) kepada lebih banyak pencipta dengan memberikan akses lebih awal kepada pembiayaan peminat dan ciri Shopping. Program Rakan Kongsi YouTube yang diperluas tersedia kepada pencipta yang layak di negara/wilayah ini. Jika anda berada di satu daripada negara/wilayah ini, lihat artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang perubahan pada YPP.

Jika anda tidak berada di negara/wilayah yang tersedia, tiada perubahan pada Program Rakan Kongsi YouTube untuk anda.

Semak kelayakan anda untuk Program Rakan Kongsi YouTube yang diperluas. Jika anda belum layak, pilih Terima pemberitahuan dalam bahagian Jana Pendapatan pada YouTube Studio. Kami akan memaklumi anda melalui e-mel apabila program YPP tersedia kepada anda dan anda telah mencapai ambang kelayakan.
 

Program Rakan Kongsi YouTube (YPP) memberi pencipta akses yang lebih besar kepada sumber dan ciri pengewangan YouTube dan akses kepada pasukan Sokongan Pencipta kami. Program ini juga membolehkan perkongsian hasil daripada iklan yang disiarkan pada kandungan anda. Ketahui ciri, kriteria kelayakan dan butiran permohonan dalam artikel ini lebih lanjut.

Pengenalan tentang cara menjana wang pada YouTube

Anda mahu memohon kepada YPP tetapi memerlukan bantuan membina khalayak terlebih dahulu? Semak petua untuk menubuhkan kumpulan peminat anda dan petua Program Rakan Kongsi YouTube kami.

Perkara yang anda perlukan untuk menyertai

  1. Patuhi dasar pengewangan saluran YouTube.
    • Perkara ini merupakan koleksi dasar dan garis panduan yang membolehkan anda mengewangkan pada YouTube dan pematuhan yang diperlukan apabila anda menerima perjanjian rakan kongsi dengan YouTube.
  2. Tinggal di negara/rantau yang Program Rakan Kongsi YouTube tersedia.
  3. Tiada bantahan Garis Panduan Komuniti yang aktif pada saluran anda.
  4. Pastikan Pengesahan 2 Langkah dihidupkan untuk Google Account anda.
  5. Boleh mengakses ciri lanjutan pada YouTube.
  6. Mempunyai satu AdSense untuk akaun YouTube aktif yang dipautkan kepada saluran anda atau bersedia untuk menyediakan akaun tersebut dalam YouTube Studio jika anda belum mempunyai akaun (hanya buat AdSense untuk akaun YouTube baharu dalam YouTube Studio—ketahui lebih lanjut).

Cara anda melayakkan diri

Setelah anda memahami kriteria yang diperlukan untuk menyertai YPP, saluran anda layak untuk menyertai YPP dengan video Shorts atau video format panjang. Jika anda mahu kami memaklumi anda apabila anda layak, pilih Dapatkan pemberitahuan pada bahagian Pendapatan dalam YouTube Studio. Anda akan menerima e-mel apabila anda telah memenuhi satu daripada ambang kelayakan yang berikut.

1. Memperoleh 1,000 pelanggan dengan 4,000 jam tontonan umum yang sah dalam tempoh 12 bulan yang lalu atau
2. Memperoleh 1,000 pelanggan dengan 10 juta tontonan video Shorts umum yang sah dalam tempoh 90 hari yang lalu.

Sentiasa ingat bahawa sebarang jam tontonan umum daripada tontonan Shorts dalam Suapan Shorts tidak akan diambil kira dalam ambang 4,000 jam tontonan umum.

Lagi tentang ambang kelayakan

Ambang ini membantu kami membuat keputusan yang lebih termaklum tentang sama ada saluran anda memenuhi dasar dan garis panduan kami atau tidak. Setelah anda memohon, saluran anda akan melalui proses semakan standard untuk memastikan saluran anda memenuhi dasar dan garis panduan kami. Jika saluran anda memenuhi dasar dan garis panduan kami, kami akan menerima saluran anda untuk menyertai YPP. Sentiasa ingat bahawa kami menyemak saluran dalam YPP secara berterusan untuk memastikan saluran tersebut sentiasa memenuhi dasar dan garis panduan kami dari semasa ke semasa.

Tempat untuk membuat permohonan

✨ NEW✨ Earlier Access to YouTube Partner Program Features

Setelah anda memiliki perkara yang diperlukan dan saluran anda layak untuk memohon, daftar untuk menyertai YPP sama ada daripada komputer meja atau peranti mudah alih:

  1. Buka apl YouTube Studio 
  2. Dalam menu bawah, ketik Jana pendapatan
  3. Pilih Mohon Sekarang untuk bermula
  4. Klik Mula untuk menyemak dan Menerima Syarat asas
  5. Klik Mula untuk menyediakan AdSense untuk Akaun YouTube atau memautkan akaun aktif yang sedia ada
Nota: Pada masa ini hanya proses permohonan tersedia dalam apl YouTube Studio. Kami sedang berusaha untuk menambahkan lebih banyak ciri seperti mengurus iklan dan ciri pengewangan yang lain tidak lama lagi. Pada masa ini, akses YouTube Studio menggunakan penyemak imbas web pada telefon, tablet atau komputer untuk mengakses semua ciri.

Setelah selesai, anda akan melihat Dalam Proses dalam langkah Dapatkan Semakan, yang bermaksud kami telah menerima permohonan anda!

Cara kami menyemak permohonan anda

Sebaik sahaja anda menerima syarat YPP dan memautkan AdSense untuk akaun YouTube yang aktif, saluran anda akan diletakkan dalam baris gilir semakan secara automatik. Sistem automatik dan jurusemak kami akan menyemak saluran anda secara keseluruhan untuk memastikan saluran anda mematuhi semua dasar dan garis panduan kami. Semak semula pada bahagian Jana pendapatan dalam YouTube Studio pada bila-bila masa untuk melihat status permohonan anda.

Kami akan menghubungi anda semula untuk memaklumkan keputusan setelah saluran anda disemak (biasanya dalam tempoh 1 bulan).

Sentiasa ingat bahawa kelewatan mungkin berlaku akibat jumlah permohonan yang lebih tinggi daripada biasa, masalah sistem atau had sumber. Semua permohonan YPP disemak mengikut urutan permohonan yang kami terima. Kadangkala saluran memerlukan berbilang semakan, terutamanya apabila beberapa jurusemak tidak bersetuju tentang kesesuaian saluran untuk menyertai YPP. Hal ini boleh melanjutkan masa yang diperlukan untuk membuat keputusan.

Jika permohonan pertama anda tidak berjaya, jangan bimbang - anda boleh membuat rayuan terhadap keputusan tersebut dalam masa 21 hari atau teruskan memuat naik kandungan asal dan anda boleh memohon semula selepas tempoh 30 hari. Jika permohonan ini bukan permohonan pertama anda yang ditolak atau anda pernah memohon semula sebelum ini, anda boleh mencuba lagi selepas tempoh 90 hari. Jurusemak kami mungkin mendapati bahawa sebahagian besar daripada saluran anda tidak mematuhi dasar dan garis panduan kami. Oleh hal yang demikian, pastikan anda menyemak dasar dan garis panduan tersebut dengan saluran anda secara keseluruhan sebelum anda memohon semula. Ketahui langkah yang boleh anda ambil untuk memperkukuh saluran anda untuk permohonan seterusnya lebih lanjut.

Pilih cara menjana pendapatan dan menerima bayaran

Setelah anda menyertai YPP, mulakan pada YouTube Studio dengan Iklan Halaman Tontonan, Iklan Suapan Shorts, Keahlian, Supers, Shopping dan pelbagai lagi. Untuk menghidupkan ciri pengewangan, anda perlu menyemak dan menerima syarat modul yang berkaitan. Ketahui perihal modul lebih lanjut dan pilihan modul di sini.

Selepas memilih cara anda mahu mengewangkan, anda akan dapat mengurus pilihan iklan, menghidupkan pengewangan untuk muat naik anda dan pelbagai lagi. Yang berikut ialah senarai Soalan Lazim yang kami terima daripada pencipta yang baru menyertai YPP.

Mendapatkan bayaran

Lawati Pusat Bantuan kami untuk memperoleh pemahaman yang lebih mudah tentang pendapatan anda sebagai rakan kongsi YouTube, pelajari semua tentang AdSense untuk YouTube (program Google yang membenarkan pencipta dalam YPP mendapat bayaran) dan selesaikan masalah pembayaran lazim.

Kekal aktif untuk terus menjana pendapatan

Dengan Program Rakan Kongsi YouTube yang kian berkembang, mengekalkan ekosistem saluran yang sihat dan aktif adalah penting. Untuk menumpukan sokongan kami kepada pencipta yang aktif dan terlibat dengan komuniti, kami mungkin mematikan pengewangan pada saluran yang belum memuat naik video atau menyiarkan kepada tab Siaran selama sekurang-kurangnya 6 bulan.

Soalan Lazim tentang permohonan dan pelbagai lagi

Bagaimanakah sekiranya saya tidak mencapai ambang program?

Jika anda tidak memenuhi kriteria permohonan, terus berusaha untuk membuat kandungan asal dan membina khalayak anda. Yang berikut adalah beberapa sumber yang boleh membantu anda mengembangkan saluran anda:

Jika anda menerima bantahan Garis Panduan Komuniti yang aktif pada saluran anda, anda boleh memohon selepas bantahan tersebut tamat tempoh. Anda juga boleh memohon selepas anda berjaya membuat rayuan untuk mengalih keluar bantahan Garis Panduan Komuniti anda. Ahli semasa program tidak akan dialih keluar apabila menerima bantahan Garis Panduan Komuniti.

Apakah maksud “jam tontonan umum yang sah” and "tontonan Shorts umum yang sah"?

Jam tontonan umum yang sah

Perkara yang dikira sebagai jam tontonan umum yang sah:

  • Jam tontonan sah yang diperoleh daripada video format panjang yang telah anda tetapkan kepada umum

Jam tontonan yang diperoleh melalui jenis video yang berikut tidak diambil kira dalam ambang YPP:

  • Video peribadi
  • Video yang tidak disenaraikan
  • Video yang dipadamkan
  • Kempen pengiklanan
  • YouTube Shorts
  • Strim langsung yang tidak tersenarai, dipadamkan atau tidak ditukar kepada VOD (video atas permintaan)

Tontonan Shorts umum yang sah

Kriteria yang diambil kira sebagai tontonan video Shorts umum yang sah:

  • Tontotan sahih yang sah daripada video Shorts yang telah anda tetapkan sebagai umum dan dipaparkan dalam Suapan Shorts

Tontonan video Shorts yang diperoleh melalui jenis video yang berikut tidak dikira dalam ambang YPP:

  • Video Shorts peribadi
  • Video Shorts yang tidak tersenarai
  • Video Shorts yang dipadamkan
  • Kempen pengiklanan

Sentiasa ingat bahawa sebarang jam tontonan umum daripada tontonan video Shorts dalam Suapan Shorts tidak diambil kira dalam ambang 4,000 jam tontonan umum. Untuk mendapatkan maklumat tentang kelayakan tontonan video Shorts yang berkaitan dengan cara kami mengira bayaran, lihat dasar pengewangan YouTube Shorts kami.

Jika saya mencapai ambang, adakah saya dapat menyertai YPP secara automatik?

Tidak. Setiap saluran yang mencapai ambang akan melalui proses semakan standard. Pasukan kami akan menyemak saluran anda secara keseluruhan untuk memastikan saluran anda memenuhi dasar pengewangan saluran YouTube kami. Saluran anda juga tidak boleh mendapat sebarang bantahan Garis Panduan Komuniti untuk layak memohon. Saluran yang mematuhi dasar dan garis panduan kami boleh mengewangkan.

Apakah yang akan berlaku jika kiraan saya mengalami penurunan di bawah ambang selepas saya memohon?

Kami akan menghantar saluran anda untuk semakan setelah anda memenuhi jam tontonan umum kami yang sah dan ambang pelanggan. Oleh hal yang demikian, tidak kira sama ada kiraan pelanggan atau jam tontonan anda mengalami penurunan di bawah ambang sementara menunggu semakan. Jika anda telah memenuhi ambang dan memohon untuk menyertai YPP, kami akan menyemak saluran anda untuk kesesuaian YPP. Harap maklum bahawa saluran perlu melengkapkan semua langkah pendaftaran YPP (yang pada masa ini termasuk menandatangani kontrak dan mengaitkan AdSense untuk akaun YouTube) sebelum saluran tersebut disemak.

Jika saluran tidak aktif dan tidak memuat naik atau menyiarkan siaran selama sekurang-kurangnya 6 bulan, YouTube berhak untuk mengalih keluar pengewangan saluran tersebut.

Saluran akan kehilangan pengewangan jika saluran tersebut melanggar mana-mana dasar pengewangan saluran YouTube. Kehilangan pengewangan ini akan berlaku tanpa mengira jam tontonan dan kiraan pelanggan mereka.

Saya tidak menyertai YPP lagi (atau saya tidak pernah menyertai program) dan saya melihat iklan pada video saya. Adakah saya memperoleh pendapatan daripada iklan tersebut?

Menurut Syarat Perkhidmatan, YouTube berhak menyiarkan iklan pada semua kandungan melalui platform. Jika anda belum memenuhi kriteria kelayakan YPP yang lebih tinggi pada masa ini, anda masih boleh melihat iklan disiarkan pada kandungan anda. Dalam hal ini, anda belum layak menerima perkongsian hasil.

Setelah anda mencapai kriteria kelayakan yang lebih tinggi untuk YPP, anda akan layak menerima perkongsian hasil daripada iklan yang disiarkan pada kandungan anda.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
false
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
16722082074211173201
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false