Anda boleh melihat senarai pelanggan terbaharu anda pada papan pemuka saluran. Anda juga boleh menyemak bilangan pelanggan dari semasa ke semasa pada YouTube Studio.
Lihat pelanggan terbaharu anda
- Log masuk ke YouTube Studio.
- Pada Papan pemuka, cari kad “Pelanggan terbaharu”.
- Klik Lihat semua untuk mengembangkan kad.
Petua: Daripada atas, anda boleh memilih rangka masa dan mengisih senarai mengikut bilangan pelanggan.
Pelanggan yang ditunjukkan
Pelanggan ditunjukkan pada senarai pelanggan terbaharu anda jika:
- Mereka memilih untuk menetapkan langganan mereka kepada umum
- Mereka melanggan saluran anda dalam tempoh 28 hari yang lalu
Pelanggan yang tidak ditunjukkan
Pelanggan mungkin tidak ditunjukkan pada senarai pelanggan terbaharu anda jika:
- Mereka memilih untuk menetapkan langganan mereka kepada peribadi
- Akaun mereka digantung atau dikenal pasti sebagai spam
Soalan Lazim Pelanggan
Kadangkala kami menerima pertanyaan daripada komuniti YouTube tentang cara pelanggan berfungsi.
Adakah YouTube menyahlanggan penonton daripada saluran secara automatik?- Kebanyakan masa, kami mendapati penonton tersebut masih melanggan saluran itu.
- Sesetengah penonton telah dinyahlanggan daripada saluran secara tidak disengajakan. Sejak itu kami telah menambahkan pengesahan timbul apabila menyahlanggan (pada masa ini ciri ini tidak tersedia pada peranti iPhone dan iPad).
- Kebanyakan orang menyangka mereka telah dinyahlanggan daripada saluran kerana video tidak dipaparkan pada tab Laman Utama mereka. Apabila kami menyiasat kes ini, kami mendapati mereka masih melanggan saluran dan tidak dinyahlanggan. Tab Laman Utama direka bentuk untuk memaparkan kepada anda video yang menurut pendapat kami paling menarik untuk anda tonton. Anda tidak dijamin akan melihat semua video daripada langganan anda pada tab Laman Utama tetapi anda boleh menemukan senarai penuh dalam suapan Langganan.
- Sesetengah pencipta menganggap bahawa penonton tertentu telah dinyahlanggan kerana penonton tersebut tidak ditunjukkan dalam Senarai Pelanggan saluran. Senarai ini hanya menunjukkan pelanggan yang telah memilih untuk menetapkan langganan mereka kepada umum. Langganan ditetapkan kepada peribadi secara lalai.
- Setiap video yang anda terbitkan sebagai pencipta ditunjukkan dalam suapan Langganan pelanggan anda secara lalai. Walau bagaimanapun, terdapat tetapan lanjutan yang boleh anda gunakan semasa menerbitkan video untuk menghalang video daripada ditunjukkan dalam mana-mana suapan Langganan. Sesetengah pencipta yang menerbitkan video setiap hari menggunakan tetapan ini untuk menunjukkan video tertentu sahaja secara strategik dalam suapan Langganan.
- Apabila anda memuat naik video, kami menerbitkan video itu kepada suapan Langganan secepat mungkin. Biasanya, proses ini hanya mengambil masa beberapa minit. Menyelesaikan proses ini secepat mungkin menjadi keutamaan pasukan Langganan. Sepanjang tempoh 6 bulan yang lalu, kami telah memendekkan dua pertiga daripada masa penerbitan.
Mengapakah pelanggan saya memberitahu saya video saya tidak ditunjukkan dalam suapan Langganan mereka?
Kami menerbitkan setiap video kepada suapan Langganan melainkan anda menukar pilihan pengagihan anda. Apabila kami menerima aduan daripada penonton bahawa mereka tidak melihat video di situ, hal ini biasanya berlaku kerana satu daripada dua sebab:
- Jika anda melanggan banyak saluran, memang mudah untuk terlepas sesuatu. Ramai penonton memiliki puluhan — malah ratusan! — langganan. Kadangkala, video yang anda cari mungkin sukar untuk ditemukan di antara banyak video langganan yang lain. Jika saluran yang anda langgani kerap membuat siaran, terdapat kemungkinan video yang lebih lama tidak ditunjukkan dalam suapan Langganan.
- Penting untuk anda maklumi bahawa walaupun semua video ditunjukkan dalam suapan Langganan, tidak semua video dipaparkan pada tab Laman Utama. Tab Laman Utama memaparkan video yang menurut pendapat kami paling menarik minat anda untuk ditonton sekarang. Tiada jaminan bahawa video daripada langganan anda akan dipaparkan pada tab tersebut.
Jika anda berpendapat ada perkara lain yang berlaku, anda boleh menghantar maklum balas kepada kami dan kami akan melakukan semakan.
Secara umum, turun naik dalam bilangan pelanggan anda merupakan perkara biasa. Jika bilangan pelanggan anda kelihatan telah berubah atau merosot, hal itu mungkin kerana salah satu sebab yang berikut:
- Penonton melanggan dan menyahlanggan saluran anda seperti biasa.
- Kami telah mengalih keluar pelanggan spam daripada saluran anda. Jika terkesan, anda akan menerima makluman dalam YouTube Studio.
- Kami telah mengalih keluar akaun yang ditutup daripada saluran anda.
- Akaun yang terjejas mungkin telah ditutup oleh pengguna atau ditamatkan oleh YouTube kerana pelanggaran dasar.
Jika perubahan pelanggan kelihatan seperti tidak disebabkan oleh purata kadar turun naik, hal itu mungkin berlaku akibat masalah yang diketahui. Jika anda berpendapat anda mengalami masalah selain turun naik purata kadar bilangan pelanggan, anda boleh melaporkan masalah.