Mod skrin penuh membolehkan anda memaksimumkan ruang skrin anda untuk mendapatkan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan.
Video viewing basics
Tonton video pada skrin penuh
- Akses video yang mahu ditonton.
- Pada bahagian bawah sebelah kanan pemain video, klik Skrin penuh
.
Keluar daripada skrin penuh
Untuk keluar daripada skrin penuh, klik ikon Keluar daripada skrin penuh pada bahagian bawah sebelah kanan pemain video. Anda juga boleh mengklik dua kali video untuk keluar.
Adakah anda menghadapi masalah dengan mod skrin penuh?
- Harap maklum bahawa video YouTube pada laman web lain, seperti blog atau rencana berita, mungkin tidak menawarkan pilihan skrin penuh.
- Jika anda menghadapi masalah untuk menonton video, pastikan anda menggunakan versi terkini penyemak imbas.
Semasa dalam mod skrin penuh, anda boleh menatal ke bawah untuk membaca ulasan dan menyemak video yang seterusnya. Tatal semula ke atas untuk menyembunyikan semua kecuali video tersebut.