Creator on the Rise & Artis yang Semakin Popular

Nota: Ciri ini tersedia pada YouTube di negara dan wilayah terpilih pada komputer serta peranti mudah alih.

Pencipta dan artis baharu dipaparkan pada YouTube setiap hari. Kami mahu berkongsi beberapa pencipta dan artis tersebut dengan dunia untuk meraikan kepelbagaian dan keceriaan YouTube. Kami juga mahu membantu pencipta dan artis mencari peminat mereka.

YouTube menyerlahkan pencipta dan artis baharu pada Sohor Kini:

  • Artis yang Semakin Popular: Menampilkan video muzik baharu daripada artis muzik baharu
  • Creator on the Rise: Menyerlahkan saluran YouTube (bukan muzik) baharu

Sohor Kini memaparkan artis dan pencipta yang dipilih selama 24 jam. Sepanjang tempoh itu, mereka juga mendapat lencana "Artis yang Semakin Popular" atau "Creator on the Rise" berwarna biru yang dipaparkan bersama nama saluran mereka pada Sohor Kini. Ketahui lebih lanjut tentang Sohor Kini.

Negara & wilayah yang disokong

  • Artis yang Semakin Popular: Kanada, Amerika Syarikat
  • Creator on the Rise: Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Great Britain, India, Indonesia, Itali, Jepun, Amerika Latin, Malaysia, Mexico, Timur Tengah, Afrika Utara, Pakistan, Filipina, Poland, Korea Selatan, Sepanyol, Taiwan, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam

Kriteria pemilihan

Creator on the Rise dan Artis yang Semakin Popular menyerlahkan pencipta dan artis yang meningkat naik pada YouTube. Tiada proses permohonan. Artis dan pencipta baharu dengan lebih 1,000 pelanggan daripada negara disokong yang disenaraikan di atas secara automatik layak di negara masing-masing. Negara yang layak ditentukan mengikut lokasi saluran atau lokasi saluran paling kerap melakukan muat naik.

Kami mempertimbangkan pelbagai faktor untuk mengenal pasti bakat baharu. Kiraan tontonan, peningkatan masa tontonan dan kekerapan video dimuat naik ialah beberapa faktor yang kami perhatikan. Sistem dan pasukan YouTube menyemak pemilihan berdasarkan metrik ini.

Pemberitahuan pemilihan

Jika anda dipilih sebagai Creator on the Rise, anda akan menerima e-mel dan pemberitahuan mudah alih daripada YouTube pada hari tersebut. Jika boleh, kami juga akan menghantar tweet daripada akaun rasmi kami @YouTubeCreators.

Jika anda terpilih, anda mungkin menerima lebih ramai pelawat daripada biasa pada saluran anda. Anda mungkin mahu menyemak tetapan saluran anda—terutamanya cara menyaring ulasan pada video anda.

Tidak melihat Creator on the Rise atau Artis yang Semakin Popular pada Sohor Kini?

Beberapa sebab anda mungkin tidak melihat Creator on the Rise atau Artis yang Semakin Popular pada Sohor Kini:

  • YouTube menyerlahkan pencipta dan artis baharu pada Sohor Kini beberapa kali seminggu di negara atau wilayah yang disokong. Anda mungkin melawati Sohor Kini semasa tiada pencipta/artis yang diserlahkan, oleh yang demikian semak kembali nanti.
  • Jika anda tidak berada di negara yang disokong, anda tidak akan melihat mana-mana Creator on the Rise atau Artis yang Semakin Popular. Anda boleh menukar tetapan lokasi anda tetapi tindakan itu akan menjejaskan keseluruhan pengalaman YouTube anda, bukan bahagian Sohor Kini sahaja.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14206157492964002384
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false