Muat naik video Julat Dinamik Tinggi (HDR)

Anda boleh memuat naik video Julat Dinamik Tinggi (HDR) kepada YouTube. Video HDR menunjukkan kontras yang lebih tinggi dengan lebih banyak warna daripada video digital standard.

Penonton boleh menonton video HDR pada peranti mudah alih dan TV HDR yang serasi. Mereka juga boleh menstrim video HDR menggunakan Chromecast Ultra kepada TV HDR. Penonton akan melihat "HDR" selepas setiap pilihan kualiti dalam pemain video (sebagai contoh, HDR 1080p).

Penonton yang menonton pada peranti bukan HDR akan melihat video sebagai video julat dinamik standard (SDR).

Muat naik video HDR

Video HDR mestilah mengandungi metadata HDR dalam codec atau bekas untuk dimainkan kembali dengan baik pada YouTube. Cara paling andal untuk merekodkan metadata adalah dengan mengeksport daripada apl yang disokong.

Jika anda tidak dapat mengeksport metadata HDR standard, maka anda boleh menggunakan alat metadata HDR YouTube untuk menambahkan metadata HDR pada video. Alat ini hanya akan berfungsi dengan betul jika video anda telah digredkan dengan menggunakan fungsi pemindahan HDR.

Nota: Jika anda tidak pasti sama ada video anda telah digredkan dengan menggunakan fungsi pemindahan HDR atau tidak, penggunaan alat ini akan mengherotkan video anda dengan teruk. Banyak video yang mengandungi "HDR" dalam tajuk tidak digredkan dengan menggunakan fungsi pemindahan HDR. Alat ini tidak akan berfungsi pada video tersebut. Jangan gunakan alat metadata HDR YouTube jika anda tidak biasa dengan penggredan warna atau tidak menggredkan video anda sendiri dalam HDR.

Jika anda menggredkan video anda sendiri, gredkan dalam Rec. 2020 dengan PQ atau HLG. Penggunaan konfigurasi lain, termasuk DCI P3, akan menghasilkan keputusan yang salah.

Setelah video ditandai dengan betul sebagai HDR, video akan dimuat naik mengikut proses biasa untuk memuat naik video. YouTube akan mengesan metadata HDR dan memproses metadata, menghasilkan transkod HDR untuk peranti HDR dan penukaran turun SDR untuk peranti lain.

Nota: Pada masa ini video HDR tidak dapat diedit dengan editor YouTube Web.

Keperluan video HDR

Setelah anda memuat naik video, YouTube menyokong semua peleraian dan akan secara automatik menukar video HDR kepada video SDR apabila perlu.

Syarat muat naik

Peleraian 720p, 1080p, 1440p, 2160p
Untuk mendapatkan hasil terbaik, gunakan UHD dan bukan lebar DCI (contohnya, 3840x1600 dan bukan 4096x1716).
Kadar bingkai 23.976, 24, 25, 29.97, 30, 48, 50, 59.94, 60
Kedalaman warna 10 bit atau 12 bit
Primer warna Rec. 2020
Matriks warna Luminans bukan malar Rec. 2020
EOTF PQ atau HLG (Rec. 2100)
Kadar bit video Untuk H.264, gunakan tetapan pengekodan muat naik yang disyorkan
Audio Sama seperti tetapan pengekodan muat naik yang disyorkan

Pengekodan fail video HDR

Bekas ini telah diuji untuk berfungsi:

  • MOV/QuickTime
  • MP4
  • MKV


Codec ini disyorkan kerana menyokong pengekodan 10-bit dengan metadata HDR dan menghantar kualiti yang tinggi pada kadar bit yang munasabah:

  • VP9 Profil 2
  • AV1
  • HEVC/H.265


Codec ini juga berfungsi tetapi memerlukan kadar bit yang amat tinggi untuk mencapai kualiti tinggi, yang boleh menyebabkan masa muat naik dan pemprosesan yang lebih lama:

  • ProRes 422
  • ProRes 4444
  • DNxHR HQX
  • H.264 10-bit

Metadata HDR

Untuk diproses, video HDR mestilah diletakkan tag yang betul:
  • Fungsi pemindahan (PQ atau HLG)
  • Primer warna (Rec. 2020)
  • Matriks (Luminans bukan malar Rec. 2020)
Video HDR yang menggunakan isyarat PQ juga harus mengandungi maklumat tentang paparan yang digunakan untuk pengindukan video (metadata pengindukan SMPTE ST 2086). Video juga harus mengandungi butiran tentang kecerahan (CEA 861-3 MaxFALL dan MaxCLL). Sekiranya tiada, kami akan menggunakan nilai untuk paparan pengindukan Sony BVM-X300.
Sebagai pilihan, video HDR mungkin mengandungi metadata (HDR10+) dinamik sebagai kod terminal ITU-T T.35 atau sebagai pengepala SEI.

Alatan pengarang HDR

Yang berikut ialah contoh alatan yang boleh anda gunakan untuk memuat naik video HDR kepada YouTube:

  • DaVinci Resolve
  • Adobe Premiere Pro
  • Adobe After Effects
  • Final Cut Pro X

Isu lazim

Penandaan ruang warna yang salah

Di pawagam, video HDR lazimnya dijadikan induk dalam ruang warna DCI P3, dengan sama ada titik putih DCI (~D50) atau D65. Ruang warna tersebut bukan format yang disokong untuk penghantar kepada peranti elektronik pengguna. Semasa pengindukan, pilih warna primer Rec. 2020 (standard Rec. 2100 bermaksud warna Rec. 2020 dalam pelbagai apl).
Kesilapan yang lazim dilakukan adalah untuk membuat pengindukan dalam P3, kemudian mengetag hasil pengindukan menggunakan primer Rec. 2020. Langkah itu akan menghasilkan rupa yang terlalu tepu dengan rona yang beralih.

Lebih kawalan terhadap penukaran SDR

Penukaran turun SDR automatik YouTube ialah pilihan mudah yang dapat memberikan hasil yang baik tanpa usaha. Walau bagaimanapun, pada klip yang mencabar, pilihan itu mungkin tidak dapat memberikan hasil yang sempurna. Kami sedang berusaha untuk meningkatkan penukaran turun SDR automatik agar ciri itu berfungsi dengan baik untuk semua bahan.
Anda mungkin memberikan pembayang kepada penukaran turun SDR YouTube dalam bentuk Jadual Carian atau LUT 3D. Untuk menghasilkan LUT ini:
  1. Muatkan video HDR anda dalam apl penggredan warna tanpa menggunakan sebarang pengurusan warna.
  2. Tetapkan paparan pengindukan anda kepada warna Rec. 709 dan fungsi pemindahan Gamma 2.4.
  3. Gunakan LUT sedia ada yang menukar daripada Rec. 2020 + ST. 2084 kepada Rec. 709, kemudian dalam nod seterusnya, tukar pembetul primer, lengkung dan kekunci untuk mendapatkan rupa yang dikehendaki.
  4. Eksport LUT dalam format .cube kepada folder yang sama seperti video HDR.
  5. Pilih LUT dan video HDR kemudian seret dan lepaskan pada alat metadata.

Alat tersebut akan menggunakan metadata untuk BVM-X300, serta memasukkan LUT untuk memberikan pembayang kepada penukaran turun SDR.

Nota: Pada masa ini, tiada kawalan ruang atau temporal untuk pembayangan penukaran turun SDR. Tetingkap dan kekunci kuasa melibatkan kawalan seperti Kabur, tidak akan berfungsi dengan betul, begitu juga dengan pelarasan yang digunakan pada gambar berasingan.

Hingar dalam bebayang

Semasa melakukan pengindukan dalam PQ (ST 2084), kebanyakan julat isyarat digunakan bagi butiran bayang. Codec pertengahan digital seperti ProRes dan DNxHR menahan butiran merentas julat imej. Video anda mungkin mengandungi hingar pada kawasan imej yang lebih gelap yang dilindungi secara visual oleh serlahan dalam imej tersebut.
Pemprosesan video YouTube mungkin mengalih keluar sedikit hingar untuk mencapai kadar bit penstriman. Anda boleh mendapatkan lebih kawalan dengan menyahhingar video anda sebelum memaparkan video untuk muat naik. Penyahhingaran juga boleh membantu jika video anda kelihatan terlalu "termampat" semasa distrim.
Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti video YouTube, termasuk mengendalikan kes ini dengan lebih baik.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15475003076989980054
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false