Jika video anda tidak sesuai untuk kebanyakan pengiklan, ikon tanda dolar berwarna kuning akan dipaparkan di sebelah video tersebut: . Artikel ini menjelaskan sebab video ditandai “terhad” dan cara meminta semakan lain.
Video ditandai "Tidak sesuai untuk kebanyakan pengiklan" jika:
- Sistem automatik kami mendapati kandungan anda tidak sesuai untuk semua jenama.
- Pakar kami mengesahkan bahawa video anda tidak mematuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan kami.
Cara status pengewangan digunakan
Semasa proses muat naik, kami menggunakan proses semakan kesesuaian iklan untuk memastikan video mematuhi garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Kami turut menyemak strim langsung yang dijadualkan. Sebelum strim disiarkan secara langsung, sistem kami akan melihat tajuk, perihalan, lakaran kecil dan tag.
Jika anda tidak pasti akan sebab ikon kuning dipaparkan pada video anda, semak garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Pastikan anda menyemak tajuk, perihalan, lakaran kecil, dan tag video. Video tanpa tajuk atau metadata mungkin tidak memberikan konteks yang mencukupi untuk membantu sistem kami memahami sama ada kandungan itu sesuai untuk semua pengiklan atau tidak.
Waktu untuk meminta semakan
Semak video anda berdasarkan kriteria yang disenaraikan dalam garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Jika video anda memenuhi semua kriteria untuk “Kandungan ini boleh menjana hasil iklan”, anda perlu meminta semakan. Ketahui lebih lanjut tentang cara semakan pengewangan berfungsi.
Buat rayuan terhadap sekatan kesesuaian iklan
Selepas anda memuat naik video dan video anda telah melalui proses semakan kesesuaian iklan kami dan anda telah menerima ikon kuning, anda masih boleh membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Rayuan anda akan dihantar kepada pakar dan keputusan mereka membantu sistem kami menjadi lebih pintar dari semasa ke semasa.
Nota: Tindakan memadamkan dan memuat naik semula video tidak akan membantu.
Untuk menyerahkan rayuan:
- Buka apl YouTube Studio
.
- Daripada menu pada bahagian bawah, ketik Kandungan
.
- Cari dan pilih video yang mahu disertakan dalam rayuan.
- Ketik Pengehadan.
- Ketik Minta semakan. Ikut arahan pada skrin.
Nota: Anda hanya diberi pilihan untuk membuat rayuan jika video anda layak. Selepas anda menyerahkan rayuan, teks di sebelah video akan dikemaskinikan berdasarkan status rayuan anda.
Minta semakan sekatan kesesuaian iklan tambahan
Video anda mungkin layak untuk seorang jurusemak tambahan. Untuk mengetahui sama ada video anda layak atau tidak, gunakan aliran bantuan kendiri ini.
Semak kelayakan semakan tambahan
Sekiranya anda berpusat operasi di Kesatuan Eropah dan tidak bersetuju dengan cara video anda diberi rating, pilihan penyelesaian tambahan mungkin tersedia untuk anda. (ID Laluan: MHQU)
Tatacara proses rayuan
Apabila anda meminta semakan oleh jurusemak, pakar akan melihat video itu. Mereka meluangkan masa menonton video dan menyemak kandungan, tajuk, dan metadata video berdasarkan garis panduan kandungan mesra pengiklan kami. Ketahui lebih lanjut tentang cara semakan pengewangan berfungsi.
Apabila keputusan muktamad telah dibuat pada video anda, anda akan menerima kemaskinian e-mel.
Nota: Jangan lupa bahawa status ikon video mungkin berubah selepas anda menyerahkan video anda untuk semakan. Sistem kami akan terus menjalankan imbasan sehingga semakan selesai.
Tempoh masa yang diambil untuk semakan
Kami tahu bahawa semakan ini penting untuk anda dan hasil anda. Semakan oleh jurusemak boleh mengambil masa hingga 7 hari. Selepas semakan selesai, anda akan mendapat e-mel yang mengandungi keputusan pengewangan. Selepas satu semakan tambahan, keputusan jurusemak adalah muktamad, dan status pengewangan video tidak akan berubah.