Pratonton video

Pratonton video membolehkan anda melihat pratonton video selama 3 saat sebelum ditonton.

Apabila anda menuding di atas lakaran kecil video pada komputer anda atau menatal melepasi video pada carian mudah alih, anda akan melihat pratonton selama 3 saat. Selepas pratonton video dimainkan, anda akan melihat lakaran kecil video.

Anda hanya akan melihat pratonton video jika anda telah mematikan pemain sebaris .

Tambahkan pratonton video pada video anda yang dimuat naik

Penonton boleh menonton pratonton video pada tab Laman Utama, Langganan dan Sohor Kini. Mereka juga boleh melihat pratonton tersebut pada halaman tontonan dan dalam hasil carian. Pratonton hanya tersedia pada penyemak imbas komputer terpilih (Chrome versi 32 ke atas dan Opera versi 19 ke atas).

Pratonton video tersedia untuk kebanyakan video yang berdurasi lebih daripada 30 saat. Jika penonton telah mematikan pemain sebaris, pratonton video dihidupkan secara automatik untuk video yang layak. Pratonton video tidak boleh ditambahkan pada semua video yang berdurasi lebih daripada 30 saat.

Kami menggunakan beberapa kriteria, termasuk topik dan kandungan video, untuk mengetahui video yang boleh mengandungi pratonton. Jika anda tidak melihat pratonton untuk video dalam masa 2 hari, video itu tidak layak pada masa ini.

Gunakan pratonton video

Klip daripada separuh pertama video anda dipilih secara automatik untuk dipaparkan sebagai pratonton video.

Walaupun video mengandungi pratonton video, anda masih perlu menyesuaikan lakaran kecil video anda. Lakaran kecil dipaparkan apabila pratonton video tidak aktif.

Matikan pratonton dengan bunyi pada TV Pintar anda

  1. Buka Tetapan.
  2. Pilih Pratonton dengan bunyi dan pilih Matikan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
9954763785279537991
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false