Pengurusan Hak Muzik pada YouTube

Penegasan Pemilikan

Berdekad yang lalu, peminat berkongsi lagu atau persembahan kegemaran mereka pada pita campuran. Kini, perkongsian dan penghargaan itu telah beralih ke dalam talian. Beribu-ribu label dan pemegang hak mempunyai perjanjian lesen dengan YouTube untuk mengekalkan video peminat dalam talian dan mendapat hasil daripada video itu. Mereka bersetuju bahawa sebuah dunia yang membolehkan peminat meluahkan kasih sayang mereka terhadap artis kegemaran masing-masing dengan memuat naik bahan visual konsert dan adunan semula merupakan sesuatu yang patut diraikan. Selain itu, mereka juga menyedari bahawa kandungan yang dimuat naik oleh peminat boleh menjadi kaedah untuk mendorong pendedahan dan meningkatkan jualan.

Semua ini dapat dilakukan kerana Content ID mengautomasikan pengurusan hak. Apabila peminat memuat naik video kepada YouTube, video itu diiimbas terhadap pangkalan data kandungan yang telah disediakan oleh pemilik kandungan. Apabila padanan ditemukan, Content ID membuat tuntutan pada video itu bagi pihak pemilik kandungan dan membolehkan mereka memutuskan tindakan yang akan dikenakan pada video tersebut. Hanya 0.5 peratus daripada semua tuntutan muzik dikemukakan secara manual; kami mengendalikan baki 99.5 peratus dengan ketepatan sebanyak 99.7 peratus. Kini, 50 peratus daripada hasil industri muzik pada YouTube terdiri daripada hasil kandungan yang dimuat naik oleh peminat. 

Content ID telah membolehkan YouTube membayar berbilion dolar kepada industri muzik dan jumlah itu meningkat secara ketara tahun demi tahun. Itulah sebabnya begitu mengejutkan untuk melihat sesetengah label dan artis mencadangkan bahawa YouTube telah membolehkan kewujudan lambakan muzik “tidak berlesen” pada platform ini, sekali gus merampas hasil artis. Sebenarnya, YouTube sangat memandang serius pengurusan hak cipta dan kami berusaha memastikan pemegang hak menjana wang tidak kira siapa yang memuat naik muzik mereka. Tiada platform lain yang memulangkan wang sebanyak ini kepada pencipta -- sama ada kecil atau besar -- merentas pelbagai jenis kandungan.

Pengurusan Lesen Muzik

Pelbagai set hak yang berlainan diperlukan untuk memainkan lagu pada YouTube dan biasanya setiap hak ini ditadbir oleh pihak yang berbeza. Setiap kali lagu digunakan, bayaran YouTube mestilah dibahagikan kepada pelbagai pemegang hak ini di seluruh dunia dan semua orang mengambil bahagian masing-masing. 

Kami berpendapat bahawa ketelusan adalah penting untuk memastikan industri muzik berfungsi untuk artis, maka ayuh kita lihat hak dan pemegang hak yang memainkan peranan.

Hak Penggunaan Induk

Lazimnya, label rakaman yang merakam lagu akan memegang hak untuk penggunaan rakaman induk. Bila-bila rakaman induk digunakan dalam video, label rakaman yang mengawal katalog dibayar royalti untuk pemilikan mereka terhadap rakaman itu, yang dikongsi dengan artis. Label biasanya bekerjasama dengan beberapa label lain untuk mengurus rakaman bunyi yang berhak cipta, dengan label yang berbeza bertanggungjawab atas hak di wilayah yang lain. Walau bagaimanapun, label mungkin tidak mempunyai sumber untuk menyampaikan kandungan atau mengurus kandungan sendiri. Dalam situasi ini, mereka mungkin memilih untuk bekerja menerusi pengagregat atau pengedar.

Hak Persembahan Umum

Terdapat karya muzik (gubahan) yang mendasari semua rakaman muzik (rakaman induk) dan set hak yang berbeza dikenakan pada karya dasar ini. Untuk tujuan YouTube, hak ini boleh dibahagikan kepada dua kategori - hak persembahan umum dan hak lain-lain.

Lesen persembahan umum selalunya dikawal oleh organisasi hak prestasi (PRO). PRO memastikan bar, restoran, lobi hotel, dsb. membayar untuk muzik yang digunakan di perniagaan mereka. Apabila lagu distrim pada YouTube, organisasi ini mengutip royalti agar dapat diedarkan kepada penulis lagu dan penerbit muzik untuk meliputi persembahan umum gubahan itu. Sering kali entiti yang dipanggil sebagai “persatuan pengumpul” akan bertanggungjawab atas tugas yang sama ini di negara lain. Organisasi ini direka bentuk untuk mengendalikan fungsi pengurusan hak umum dan selalunya akan menawarkan lesen menyeluruh, yang membolehkan pemegang lesen menggunakan seluruh katalog persatuan pengumpul untuk tempoh masa yang tertentu dan bukan memperoleh lesen berasingan untuk setiap karya.

Hak Lain-lain

Hak lain-lain untuk gubahan biasanya dikawal oleh penerbit. Serupa dengan label rakaman, sesetengah penerbit mungkin tidak mempunyai sumber untuk mengurus hak ini sendiri dan mungkin memilih untuk meminta entiti yang lebih besar mengurus hak bagi pihak mereka. Entiti ini selalunya akan berfungsi sebagai pengagregat atau pengedar. Sekali lagi, persatuan pengumpul mungkin bertanggungjawab untuk menjual lesen tidak eksklusif untuk menggunakan karya di samping mengumpulkan dan mengedar royalti di negara lain.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18237578804968822502
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false