Tonton video pada iOS tanpa sambungan Internet

Jika sambungan Internet anda terputus semasa menggunakan apl YouTube pada iPhone atau iPad, anda akan mendapat mesej ralat dalam pemain video. Anda juga mungkin mendapat mesej ralat dalam tab Laman Utama, Sohor Kini, Langganan atau Anda. 

Untuk menggunakan semula apl

  1. Pastikan anda disambungkan kepada Internet.
  2. Jika anda tidak disambungkan kepada Wi-Fi:
    • Akses apl Tetapan pada peranti anda.
    • Pastikan Data Selular dihidupkan untuk YouTube. 
    • Mulakan semula sambungan rangkaian anda dengan mematikan dan menghidupkan semula sambungan.
  3. Pada apl YouTube, tarik ke bawah untuk memuatkan semula skrin.
  4. Mulakan semula apl, jika perlu.

Tonton luar talian dengan YouTube Premium

Jika anda log masuk ke akaun YouTube Premium anda pada peranti mudah alih, anda boleh menonton video yang telah anda muat turun sebelum ini. Anda akan menemukan video ini dalam tab Anda. Sesetengah tindakan, seperti mengulas dan menyukai, hanya tersedia apabila peranti anda dalam talian.

Muat turun video untuk ditonton luar talian di negara terpilih

Di lokasi terpilih, video tertentu pada apl mudah alih YouTube tersedia untuk dimuat turun bagi main balik luar talian. Video ini boleh ditonton semasa sambungan perlahan atau tiada sambungan kepada Internet. Anda akan menemukan video ini dalam tab Anda.

Anda perlu log masuk untuk menggunakan ciri Muat turun. Sesetengah ciri, seperti mengulas dan menyukai, hanya tersedia apabila peranti anda dalam talian.

Video yang dimuat turun boleh dimainkan luar talian hingga 48 jam. Selepas tempoh itu, anda perlu menyambung semula peranti anda kepada rangkaian mudah alih atau Wi-Fi setiap 48 jam untuk membolehkan apl menyemak perubahan pada video atau ketersediaan video tersebut.

Nota: Di sesetengah negara/rantau, kandungan bukan muzik boleh dimainkan hingga 29 hari tanpa memerlukan sambungan Internet. Anda perlu menyambung semula kepada Internet sekurang-kurangnya sekali setiap 29 hari selepas itu. 

Lokasi ciri muat turun tersedia

  • Afghanistan
  • Algeria
  • Angola
  • Antartika
  • Armenia
  • Azerbaijan
  • Bangladesh
  • Benin
  • Bhutan
  • Botswana
  • Pulau Bouvet
  • Jajahan Lautan Hindi British
  • Brunei Darussalam
  • Burkina Faso
  • Burundi
  • Kemboja
  • Cameroon
  • Cape Verde
  • Republik Afrika Tengah
  • Chad
  • Comoros
  • Congo (Brazzaville) 
  • Congo (Kinshasa) 
  • Kepulauan Cook
  • Cote d’Ivoire
  • Djibouti
  • Mesir
  • Guinea Khatulistiwa
  • Eritrea
  • Ethiopia
  • Negeri-negeri Bersekutu Micronesia
  • Fiji
  • Guyana Perancis
  • Polinesia Perancis
  • Gabon
  • Gambia
  • Georgia
  • Ghana
  • Grenada
  • Guinea
  • Guinea-Bissau
  • India
  • Indonesia
  • Iran
  • Iraq
  • Jordan
  • Kenya
  • Kiribati
  • Kyrgyzstan
  • Lao PDR
  • Lubnan
  • Lesotho
  • Liberia
  • Libya
  • Macau 
  • Madagascar
  • Malawi
  • Malaysia
  • Maldives
  • Mali
  • Kepulauan Marshall
  • Mauritania
  • Mauritius
  • Mayotte
  • Moldova
  • Mongolia
  • Maghribi
  • Mozambique
  • Myanmar
  • Namibia
  • Nauru
  • Nepal
  • New Caledonia
  • Niger
  • Nigeria
  • Kepulauan Mariana Utara
  • Pakistan
  • Palau
  • Palestin
  • Papua New Guinea
  • Filipina
  • Reunion
  • Rwanda
  • Saint Helena
  • Saint Pierre dan Miquelon
  • Samoa
  • Sao Tome dan Principe
  • Senegal
  • Seychelles
  • Sierra Leone
  • Kepulauan Solomon
  • Somalia
  • Afrika Selatan
  • Sudan Selatan
  • Sri Lanka
  • Sudan
  • Kepulauan Svalbard dan Jan Mayen
  • Swaziland
  • Tajikistan
  • Tanzania
  • Thailand
  • Togo
  • Tonga
  • Tunisia
  • Turkmenistan
  • Tuvalu
  • Uganda
  • Uzbekistan
  • Vanuatu
  • Vietnam
  • Sahara Barat
  • Yaman
  • Zambia
  • Zimbabwe

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
4265240617580529235
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false