Apakah itu tuntutan hak cipta?

Tuntutan hak cipta merujuk kepada permintaan pengalihan keluar hak cipta atau tuntutan Content ID yang merupakan 2 cara berbeza untuk menegaskan pemilikan hak cipta pada YouTube.

Apakah perbezaan antara permintaan pengalihan keluar hak cipta dengan tuntutan Content ID?

Jika mana-mana pemilik hak cipta menemukan kandungan mereka yang dilindungi hak cipta pada YouTube tanpa keizinan mereka, mereka boleh menyerahkan permintaan pengalihan keluar hak cipta, yang juga dikenali sebagai "notis alih keluar" atau "pengalihan keluar". Permintaan ini merupakan permintaan perundangan untuk mengalih keluar kandungan daripada YouTube disebabkan oleh dakwaan pelanggaran hak cipta. Ketahui lebih lanjut di bawah.

Sesetengah pemilik hak cipta menggunakan Content ID, iaitu alat yang mengimbas YouTube secara automatik, untuk mengenal pasti kandungan dilindungi hak cipta. Apabila Content ID menemukan padanan, kandungan yang sepadan mendapat tuntutan Content ID. Tetapan Content ID pemilik hak cipta akan menentukan perkara yang berlaku kepada kandungan yang sepadan. Ketahui lebih lanjut di bawah.

Video ini menjelaskan perbezaan antara permintaan pengalihan keluar hak cipta dengan tuntutan Content ID dengan lebih lanjut:

Pengalihan Keluar Hak Cipta & Content ID - Hak cipta pada YouTube

Permintaan pengalihan keluar hak cipta

Undang-undang hak cipta menghendaki laman seperti YouTube untuk memproses permintaan pengalihan keluar hak cipta. Permintaan pengalihan keluar perlu memenuhi semua keperluan undang-undang untuk dianggap sah.

Apakah yang berlaku jika kandungan saya dialih keluar disebabkan oleh permintaan pengalihan keluar hak cipta?

Apabila kandungan anda dialih keluar disebabkan oleh permintaan pengalihan keluar hak cipta, bantahan hak cipta dikenakan pada saluran anda.

Dapatkan maklumat lanjut tentang cara anda boleh menyelesaikan bantahan hak cipta. Mana-mana pilihan ini akan membatalkan bantahan hak cipta daripada saluran anda.

Tuntutan Content ID

Tidak seperti permintaan pengalihan keluar hak cipta, yang ditakrifkan oleh undang-undang, Content ID merupakan alat yang dibuat oleh YouTube. ​​Apabila Content ID menemukan padanan, alat ini mengenakan tuntutan Content ID pada kandungan yang sepadan.

Apakah yang berlaku jika kandungan saya mendapat tuntutan Content ID?

Bergantung pada tetapan Content ID pemilik hak cipta, tuntutan Content ID boleh:

  • Menyekat kandungan daripada ditonton.
  • Mengewangkan kandungan dengan menyiarkan iklan pada kandungan tersebut dan kadangkala berkongsi hasil dengan pemuat naik.
  • Menjejaki statistik tontonan pada kandungan.

Mana-mana tindakan ini bergantung pada geografi. Sebagai contoh, video boleh diwangkan di sesebuah negara/rantau dan disekat atau dijejaki di negara/rantau yang lain.

Perlu diingat bahawa apabila kandungan dijejaki atau diwangkan, kandungan tersebut masih boleh ditonton pada YouTube meskipun terdapat tuntutan Content ID yang aktif pada kandungan itu. Kebiasaannya, pemilik hak cipta akan memilih untuk menjejaki atau mengewangkan video, bukan menyekat video tersebut.

Dapatkan maklumat lanjut tentang cara membalas tuntutan Content ID.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5190779588181318974
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false