Gunakan Google Account anda untuk YouTube

Anda memerlukan Google Account untuk log masuk ke YouTube. Google Account berfungsi merentas semua produk Google (seperti Gmail, Blogger, Maps, YouTube dan pelbagai lagi).

Jika anda telah log masuk ke mana-mana produk ini sebelum ini, anda sudah memiliki Google Account. Untuk log masuk, masukkan alamat e-mel yang anda gunakan untuk produk ini. Contohnya, jika anda menggunakan Gmail, alamat e-mel ialah nama pengguna Gmail anda. Jika anda tidak mempunyai Google Account, anda boleh membuat akaun pada YouTube.

Yang berikut ialah beberapa butiran penting yang perlu diingati tentang Google Account dan YouTube:

  • Anda log masuk ke YouTube dengan Google Account anda. Untuk log masuk ke YouTube, masukkan e-mel dan kata laluan Google Account anda. Selepas mendaftar untuk YouTube, log masuk ke Google Account anda pada perkhidmatan Google yang lain akan membuatkan anda log masuk secara automatik ke YouTube.
  • Pemadaman Google Account anda akan memadamkan data YouTube anda, termasuk semua video, ulasan dan langganan. Sebelum memadamkan Google Account, anda perlu mengesahkan bahawa anda memahami anda telah memadamkan data anda secara kekal pada semua perkhidmatan Google, termasuk YouTube.
Beberapa saluran YouTube lama yang tidak digunakan (dibuat sebelum bulan Mei 2009) mungkin bukan sebahagian daripada Google Account. Saluran ini mungkin perlu ditambahkan pada Google Account sebelum saluran dapat digunakan.

Apabila anda log masuk ke YouTube dengan Google Account, anda boleh memanfaatkan pelbagai ciri YouTube:

  • Menyukai video
  • Menyimpan Kegemaran
  • Melanggan saluran
  • Tonton Kemudian
  • Sejarah Tontonan
  • Melaporkan video

YouTube juga boleh memeribadikan syor video berdasarkan video yang telah anda tonton dan langganan anda.

Jika anda tiada sejarah tontonan yang banyak sebelum ini, ciri YouTube yang bergantung pada sejarah tontonan anda untuk memberikan syor video seperti syor pada halaman utama YouTube, akan dialih keluar.

Anda tidak akan mempunyai identiti pada YouTube melainkan anda membuat saluran. Aktiviti anda adalah peribadi sepenuhnya. Jika anda mahu memuat naik video anda sendiri, memberikan ulasan pada video atau membuat senarai main, anda boleh membuat Saluran YouTube pada bila-bila masa.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2046560028444315065
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false