Gunakan sari kata automatik

Sari kata ialah cara terbaik untuk menjadikan kandungan boleh diakses oleh penonton. YouTube boleh menggunakan teknologi pengecaman pertuturan untuk membuat sari kata secara automatik bagi video anda.
Nota: Sari kata automatik ini dijana oleh algoritma pembelajaran mesin, maka kualiti sari kata mungkin berbeza-beza. Kami menggalakkan pencipta menambahkan sari kata profesional dahulu. Teknologi pengecaman pertuturan yang digunakan oleh YouTube sentiasa ditingkatkan. Walau bagaimanapun, sari kata automatik mungkin tersalah nyata kandungan yang dituturkan disebabkan oleh salah sebutan, aksen, dialek atau bunyi latar. Anda hendaklah sentiasa menyemak sari kata automatik dan mengedit mana-mana bahagian yang belum ditranskripsi dengan betul.

Sari kata automatik pada video bentuk panjang dan video Shorts

Sari kata automatik tersedia dalam bahasa Arab, Bengali, Bulgaria, Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Perancis, Farsi, Filipina, Finland, Georgia, Jerman, Greek, Gujarat, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Kannada, Korea, Latvia , Lithuania, Malayalam, Marathi, Norway, Poland, Portugis, Punjabi, Romania, Rusia, Slovak, Sepanyol, Sweden, Tamil, Telugu, Thai, Turkiye, Ukraine dan Vietnam. Jika terdapat berbilang runut audio bahasa pada video, sari kata automatik akan menggunakan bahasa lalai.

Kami menggalakkan pencipta menambahkan sari kata profesional dahulu. Jika sari kata automatik tersedia, sari kata akan diterbitkan secara automatik pada video. Sari kata automatik mungkin belum tersedia pada masa anda memuat naik video. Masa pemprosesan bergantung pada kerumitan audio video.

Teknologi pengecaman pertuturan yang digunakan oleh YouTube sentiasa ditingkatkan. Akan tetapi, sari kata automatik mungkin tersalah nyata kandungan yang dituturkan disebabkan oleh salah sebutan, loghat, dialek atau bunyi latar. Sentiasa semak sari kata automatik dan edit mana-mana bahagian yang tidak ditranskripsi dengan betul.

Anda boleh menyemak sari kata automatik dan membuat perubahan dengan cara yang berikut, jika perlu:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Sari kata.
  3. Klik video yang diingini untuk penambahan kapsyen atau sari kata.
  4. Dalam bahagian “Sari kata”, klik Lagi  di sebelah sari kata yang mahu anda edit.
  5. Semak sari kata automatik dan edit atau alih keluar mana-mana bahagian yang tidak ditranskripsi dengan betul.

Selesaikan masalah sari kata automatik

Jika video anda tidak menjana sari kata automatik, hal ini mungkin disebabkan oleh satu atau beberapa sebab yang berikut:

  • Sari kata belum tersedia kerana pemprosesan audio yang kompleks dalam video.
  • Sari kata automatik tidak menyokong bahasa dalam video.
  • Video terlalu panjang.
  • Video mengandungi kualiti bunyi yang lemah atau YouTube tidak mengecam pertuturan.
  • Terdapat tempoh senyap yang lama pada permulaan video.
  • Terdapat berbilang penutur dengan pertuturan bertindih atau berbilang bahasa pada masa yang sama.
Sari kata automatik pada video strim langsung
Nota: Sari kata automatik untuk strim langsung tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja. Sari kata automatik hanya boleh dihidupkan untuk strim langsung secara berasingan, bukan keseluruhan saluran.

Sari kata automatik untuk strim langsung sedang dilancarkan pada saluran bahasa Inggeris. Saluran ini membuat penstriman pada "kependaman biasa" tanpa sari kata profesional. Kami menggalakkan pencipta menggunakan sari kata profesional dahulu. Ketahui keperluan sari kata langsung.

Selepas strim langsung tamat, sari kata automatik langsung tidak akan kekal pada video. Sari kata automatik baharu akan dijana berdasarkan proses VOD dan mungkin berbeza daripada sari kata yang dipaparkan semasa strim langsung.

Sediakan sari kata automatik secara langsung

Anda boleh menghidupkan sari kata automatik langsung dengan cara yang berikut (bahasa Inggeris sahaja):

  1. Akses YouTube.
  2. Dari bahagian atas sebelah kanan, klik Buat  kemudian Siarkan secara langsung.
  3. Pilih Strim  dalam menu kiri.
  4. Dalam tetapan strim, hidupkan Sari kata.
  5. Pilih “Sari kata automatik” sebagai sumber sari kata.
  6. Pilih bahasa video anda (bahasa Inggeris sahaja).

Selesaikan masalah sari kata automatik langsung

Jika strim langsung tidak memaparkan sari kata automatik, hal ini mungkin disebabkan oleh satu atau beberapa sebab yang berikut:

  • Ciri belum dihidupkan untuk saluran tersebut kerana kami sedang melancarkan ciri ini secara berperingkat kepada saluran dengan lebih daripada 1,000 pelanggan.
  • Saluran menstrim dalam kependaman ultrarendah atau rendah (seperti strim langsung mudah alih). Sari kata automatik langsung hanya tersedia untuk penstriman kependaman biasa.
  • Sari kata automatik tidak menyokong bahasa dalam video.
  • Video mengandungi kualiti bunyi yang lemah atau YouTube tidak mengecam pertuturan.
  • Terdapat berbilang penutur dengan pertuturan bertindih atau berbilang bahasa pada masa yang sama.
Nota: Untuk mengelakkan sari kata automatik daripada dipaparkan pada strim langsung anda, hubungi Pasukan Sokongan Pencipta.

Tetapan lanjutan sari kata automatik

Perkataan yang berkemungkinan tidak sesuai dalam sari kata automatik

Tetapan “Jangan paparkan perkataan yang mungkin tidak sesuai” dalam YouTube Studio menggantikan perkataan yang mungkin tidak sesuai dengan tanda kurung terbuka, dua garis bawah dan tanda kurung tertutup “[ __ ]” secara lalai dalam sari kata automatik. Tetapan ini tidak menjejaskan mana-mana runut audio atau sari kata yang diedit secara manual. Tetapan ini bertujuan untuk mengelakkan perkataan yang mungkin tidak sesuai daripada dipaparkan secara salah dalam sari kata automatik. Tetapan ini juga tidak menjejaskan status pengewangan video anda.

Sari kata automatik digunakan pada video yang dimuat naik dan strim langsung.

Kami masih menggalakkan pencipta menyemak semua sari kata yang dijana secara automatik sementara kami terus meningkatkan perisian pengecaman pertuturan kami dan mengurangkan ralat sari kata automatik.

Anda boleh mematikan tetapan “Jangan paparkan perkataan yang mungkin tidak sesuai” dengan cara yang berikut, jika perlu:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Pilih Saluran kemudian Tetapan lanjutan.
  4. Dalam bahagian "Sari kata yang dijana secara automatik", nyahpilih Jangan paparkan perkataan yang mungkin tidak sesuai.
Nota: Tetapan ini tersedia untuk sari kata automatik dan sari kata yang diterjemahkan secara automatik.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
5105985733341047191
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false