Jika anda tidak mahu melihat syor video pada suapan Laman Utama, anda boleh memadamkan dan mematikan sejarah tontonan anda.
Sejarah tontonan dan sejarah carian
- Alih keluar video berasingan daripada sejarah tontonan anda: Jika anda menemukan syor tentang subjek yang tidak anda minati, cuba alih keluar video yang anda tonton sebelum ini tentang topik itu. Tindakan itu mungkin mengurangkan kemungkinan syor yang serupa pada masa hadapan.
- Alih keluar carian berasingan daripada sejarah carian anda: Jika anda menemukan syor tentang subjek yang tidak anda minati, cuba alih keluar carian sebelum ini tentang topik itu. Tindakan itu mungkin mengurangkan kemungkinan syor yang serupa pada masa hadapan.
- Matikan sejarah: Anda boleh mematikan sejarah tontonan atau carian anda apabila anda tidak mahu tontonan atau carian anda mempengaruhi syor, hasil carian dan pengalaman YouTube lain pada masa hadapan yang bergantung pada sejarah anda. Sebagai contoh, apabila anda sedang menyelidiki subjek untuk projek sekolah yang tidak anda minati secara peribadi. Jangan lupa untuk menyambung semula sejarah anda apabila anda selesai menyelidik.
- Padamkan sejarah: Jika keseluruhan sejarah tontonan dan carian anda tidak berkaitan dengan minat anda lagi, anda boleh memadamkan sejarah tonton dan sejarah carian anda. Petua: Jika anda mahu menggunakan sejarah tontonan anda untuk menonton semula beberapa video, cuba tambahkan video tersebut pada senarai main atau "Tonton Kemudian" untuk menemukan video itu lagi.
Sesuaikan syor anda
TV pintar, peranti penstriman atau konsol permainanAlih keluar kandungan yang disyorkan daripada Laman Utama
Anda boleh mengalih keluar video yang disyorkan dengan memilih “Tidak berminat” daripada halaman Laman Utama dan Tonton Seterusnya pada TV pintar, peranti penstriman atau konsol permainan:
- Pada menu kiri, klik Laman Utama
.
- Pilih video yang disyorkan yang mahu anda alih keluar.
- Tekan dan tahan butang pilih pada alat kawalan jauh anda.
- Pilih Tidak berminat.
- Pilih Beritahu kami sebabnya untuk berkongsi sebab anda mahu video tersebut dialih keluar. Anda boleh memilih Saya telah menonton video tersebut, Saya tidak suka video tersebut atau Jangan syorkan saluran untuk menyesuaikan syor anda.
Kosongkan rak "Saluran popular yang anda tonton" pada halaman carian anda
- Pada menu kiri, klik Tetapan
.
- Dalam bahagian “SEJARAH & DATA”, klik Kosongkan sejarah carian.
- Pada halaman pengesahan, pilih Kosongkan sejarah carian.
Kosongkan maklum balas “Tidak berminat” dan “Jangan syorkan saluran”
Maklum balas “Tidak berminat” dan “Jangan syorkan saluran” anda mungkin digunakan untuk menyesuaikan syor anda. Untuk mengosongkan semua maklum balas “Tidak berminat” dan “Jangan syorkan saluran” yang telah anda serahkan, sila ikut arahan di bawah menggunakan komputer, Android atau iPhone atau iPad.
Syor menggunakan Aktiviti Google anda
YouTube juga mungkin menggunakan data daripada aktiviti Google Account anda untuk mempengaruhi syor, hasil carian, pemberitahuan dalam apl dan video disyorkan pada platform lain.
Anda boleh melihat dan mengawal aktiviti anda pada myactivity.google.com. Ketahui lebih lanjut tentang mengawal aktiviti untuk Google Account anda.
Pilih topik dalam syor anda
Jika anda log masuk, anda akan melihat topik pada Laman Utama dan halaman tontonan untuk membantu anda memperincikan syor anda. Topik ini dipilih berdasarkan cadangan diperibadikan anda yang sedia ada. Topik juga adalah berdasarkan kandungan yang berkaitan dengan interaksi anda. Topik ini bertujuan untuk membantu anda menemukan kandungan yang mahu ditonton dengan lebih cepat.
Jika anda menemukan video yang tidak berkaitan dengan topik yang telah anda pilih pada Laman Utama, maklumi kami dengan mengetik Lagi , kemudian Bukan <topic>.
Alih keluar kandungan yang disyorkan daripada Laman Utama
Untuk mengalih keluar video yang disyorkan daripada Laman Utama dan halaman Tonton Seterusnya pada mudah alih:
- Akses video yang disyorkan yang mahu anda alih keluar.
- Ketik Lagi
di sebelah tajuk video.
- Ketik Tidak berminat.
- Ketik Beritahu kami sebabnya untuk berkongsi sebab anda mahu video tersebut dialih keluar. Anda boleh memilih Saya telah menonton video tersebut atau Saya tidak suka video tersebut untuk menyesuaikan syor anda.
Anda juga boleh memastikan video daripada saluran tertentu tidak dipaparkan dalam syor anda. Pilih Lagi , kemudian Jangan syorkan saluran.
Kosongkan maklum balas “Tidak berminat” dan “Jangan syorkan saluran”
Maklum balas “Tidak berminat” dan “Jangan syorkan saluran” anda mungkin digunakan untuk menyesuaikan syor anda. Untuk mengosongkan semua maklum balas “Tidak berminat” dan “Jangan syorkan saluran” yang telah anda serahkan:
- Akses Aktiviti Saya. Anda mungkin perlu log masuk ke Google Account anda.
- Temukan dan pilih Aktiviti lain dalam Menu kiri atau dalam bahagian sepanduk Aktiviti Saya.
- Dalam bahagian "Maklum balas 'Tidak berminat' YouTube", pilih Padam.
Lihat artikel kami yang lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sejarah tontonan, sejarah carian dan meningkatkan syor anda.
Padamkan respons “Tunjukkan kurang video Shorts“
Jika anda memilih untuk ditunjukkan kurang video Shorts, anda boleh mengosongkan keputusan ini dalam Aktiviti Saya.
- Akses Aktiviti Saya.
- Temukan dan pilih Aktiviti lain dalam menu kiri atau dalam bahagian sepanduk Aktiviti Saya.
- Dalam bahagian “Tunjukkan kurang video Shorts”, pilih Padam.
Syor menggunakan Aktiviti Google anda
YouTube juga mungkin menggunakan data daripada aktiviti Google Account anda untuk mempengaruhi syor, hasil carian, pemberitahuan dalam apl dan video disyorkan pada platform lain.
Anda boleh melihat dan mengawal aktiviti anda pada myactivity.google.com. Ketahui lebih lanjut tentang mengawal aktiviti untuk Google Account anda.
Tunjukkan kurang video Shorts
Anda boleh menyesuaikan suapan Laman utama anda dengan memilih untuk melihat kurang YouTube Shorts.
- Pada apl YouTube, akses suapan Laman utama anda.
- Tatal kepada grid yang mengandungi Shorts.
- Pada bahagian atas grid, ketik Lagi
.
- Ketik Tunjukkan kurang Shorts.
Urus video yang disukai
Syor dan hasil carian anda juga adalah berdasarkan video yang telah anda sukai. Anda boleh menyukai, tidak menyukai dan mengalih keluar video yang disukai untuk mempengaruhi syor dan hasil carian anda.