YouTube Prihatin membolehkan pencipta menyokong aktiviti kebajikan yang penting bagi mereka. Saluran yang layak boleh memungut derma untuk organisasi bukan untung dengan menambahkan butang derma pada video dan strim langsung mereka. Penonton boleh menyumbangkan derma secara langsung pada halaman tontonan video atau dalam sembang langsung.
Soalan Lazim Pencipta & pungutan derma
Untuk menyediakan pungutan derma Prihatin, saluran anda perlu mematuhi keperluan yang berikut:
- Saluran berpusat operasi di satu daripada lokasi yang tersedia
- Saluran memiliki sekurang-kurangnya 10k pelanggan
- Saluran merupakan sebahagian daripada Program Rakan Kongsi YouTube
- Saluran TIDAK ditetapkan sebagai dihasilkan untuk kanak-kanak
Nota: Anda mungkin menemukan pungutan derma pada sesetengah saluran yang tidak mematuhi kriteria kelayakan di atas. Kami merancang untuk menjadikan YouTube Prihatin tersedia secara lebih meluas pada masa hadapan.
Apakah negara/wilayah yang boleh menyediakan Pungutan Derma YouTube Prihatin?
Jika anda berada di satu daripada negara/wilayah yang berikut, anda boleh menyediakan Pungutan Derma YouTube Prihatin.
- Argentina
- Austria
- Belgium
- Bolivia
- Kanada
- Colombia
- Croatia
- Estonia
- Perancis
- Jerman
- Ghana
- Hong Kong
- Iceland
- Indonesia
- Ireland
- Israel
- Itali
- Kuwait
- Latvia
- Lithuania
- Luxembourg
- Malaysia
- Mexico
- Montenegro
- Belanda
- New Zealand
- Norway
- Peru
- Filipina
- Poland
- Puerto Rico
- Romania
- Slovakia
- Sepanyol
- Sweden
- Switzerland
- Thailand
- Türkiye
- United Kingdom
- AS
Saya mendapati bahawa saya tidak dapat mengakses YouTube Prihatin lagi. Bagaimanakah cara menyediakan YouTube Prihatin?
Bagaimanakah sekiranya saya tidak melihat butang derma selepas saya membuat pungutan derma?
Yang berikut ialah beberapa sebab butang derma tidak dipaparkan pada pungutan derma anda:
- Pastikan anda telah menyediakan pungutan derma YouTube Prihatin.
- Pastikan pungutan derma telah bermula. Butang derma hanya akan dipaparkan pada halaman tontonan anda atau sembang langsung selepas tarikh mula yang ditentukan.
- Peranti mudah alih mestilah berada dalam mod potret untuk melihat sembang langsung. Anda akan melihat butang derma dalam sembang pada peranti mudah alih jika sembang langsung dihidupkan untuk strim langsung pungutan derma anda. Ketahui lebih lanjut tentang derma sembang langsung.
- Jika anda menetapkan video atau saluran anda kepada "dihasilkan untuk kanak-kanak", butang derma akan dialih keluar.
Apakah itu pungutan derma komuniti?
Apakah yang berlaku kepada Super Chat for Good?
Kini Super Chat for Good dikenali sebagai Derma Sembang Langsung. Pencipta masih boleh mengehoskan kutipan derma pada strim langsung mereka dan penonton masih boleh menyumbangkan derma secara terus daripada tetingkap sembang. Super Chat dan Super Stickers akan dimatikan untuk strim langsung dengan derma untuk mengelakkan kekeliruan. Anda boleh memantau derma penonton pada Bilik Kawalan Acara Langsung dengan
Widget Aktiviti Penonton.
Untuk menghidupkan Derma Sembang Langsung, tambahkan strim langsung anda yang dijadualkan pada pungutan derma anda. Ketahui
cara menyediakan pungutan derma YouTube Prihatin. Strim langsung dengan sembang langsung akan memaparkan ikon derma

dalam sembang. Strim langsung tanpa sembang langsung akan memaparkan butang derma bersebelahan atau pada bahagian bawah strim.
Super Thanks tidak tersedia untuk video dengan Derma.
Bolehkah saya mengewangkan video atau strim langsung yang mengandungi pungutan derma?
Iklan tidak akan terjejas apabila anda menambahkan pungutan derma pada video dan strim langsung anda. Untuk mengelakkan kekeliruan, Super Chat dan Super Stickers tidak tersedia pada strim langsung dengan Derma Sembang Langsung. Pencipta tidak boleh mengehoskan sembang langsung untuk ahli sahaja dengan butang derma. Super Thanks tidak tersedia untuk video dengan Derma.
Bagaimanakah organisasi bukan untung mendapatkan derma?
Google bekerjasama dengan Network for Good untuk mengumpulkan dan mengagihkan derma mengikut permintaan Google. 100% daripada sumbangan akan diberikan kepada organisasi bukan untung dan YouTube akan membayar yuran transaksi. Sebagaimana yang dikehendaki oleh IRS di A.S., Network for Good memiliki kawalan undang-undang secara eksklusif terhadap derma tersebut setelah dikumpulkan. Jika Network for Good tidak dapat membayar dana kepada organisasi bukan untung pencipta YouTube, Network for Good akan mengagihkan dana tersebut kepada organisasi bukan untung lain di A.S. yang layak. Ketahui lebih lanjut tentang
cara pengagihan Network for Good berfungsi.
Bagaimanakah sekiranya organisasi bukan untung yang ditetapkan untuk mendapatkan derma saya didapati tidak layak?
Jika Network for Good, rakan kongsi dana saranan penyumbang Google, tidak dapat mengagihkan dana untuk projek kepada organisasi bukan untung yang dimaksudkan atas sebarang sebab (termasuk bahawa organisasi bukan untung itu bukan organisasi 501(c)(3) Amerika Syarikat yang sah), Google akan bekerjasama dengan Network for Good untuk memilih organisasi bukan untung alternatif yang layak.
Apakah yang diwakili oleh jumlah keseluruhan dan bar kemajuan?
Jumlah keseluruhan mewakili dana yang dikumpulkan untuk pungutan derma itu secara keseluruhan, daripada semua saluran dan video yang mengambil bahagian dalam pungutan derma. Anda boleh menemukan jumlah atau bar kemajuan pada bahagian bawah butang Derma.
Di manakah boleh saya menemukan analitis tentang pungutan derma saya?
Untuk menemukan analitis tentang pungutan derma anda:
- Log masuk ke YouTube pada komputer.
- Akses YouTube Studio.
- Akses Jana pendapatan.
- Pilih Prihatin.
- Dalam bahagian “Jumlah Pungutan”, anda akan melihat data asas pungutan derma bersebelahan kempen yang telah anda sertai atau buat.
- Tuding dengan tetikus anda pada jumlah pungutan untuk melihat butiran lanjut tentang pungutan derma anda.
Untuk layak mendapat wang daripada pungutan derma YouTube Prihatin, organisasi bukan untung mestilah:
Nota: Yayasan persendirian tidak disokong pada masa ini.
Bagaimanakah sekiranya saya tidak melihat organisasi bukan untung yang mahu saya minta dalam alat membuat permintaan?
Perkara yang berikut merupakan beberapa sebab organisasi bukan untung yang anda cari tidak dipaparkan dalam alat membuat permintaan:
- Organisasi bukan untung itu bukan sebahagian daripada Google untuk Organisasi Bukan Untung. Organisasi bukan untung boleh membuat permintaan untuk akaun Google untuk Organisasi Bukan Untung.
- Organisasi bukan untung itu bukan organisasi bukan untung 501(c)(3) yang berpusat operasi di AS. Cari organisasi bukan untung pada guidestar.org untuk mengesahkan bahawa organisasi tersebut sebahagian daripada senarai tersebut.
- Organisasi bukan untung telah menarik diri daripada pungutan derma dalam talian. Organisasi bukan untung mestilah memberikan kebenaran untuk memungut derma dalam talian bagi pihak mereka. Ketahui lebih lanjut tentang pengumpulan dana sebagai organisasi bukan untung pada YouTube.
Saya membuat permintaan untuk organisasi bukan untung yang mahu saya sokong. Berapa lama masa yang diperlukan untuk menambahkan organisasi bukan untung tersebut?
Selepas anda menyerahkan
organisasi bukan untung yang layak anda, kami akan memaklumkan status permintaan anda kepada anda melalui e-mel. Sesetengah permintaan boleh mengambil masa hingga 5 hari perniagaan. Untuk membantu kami mempercepat proses, pastikan organisasi bukan untung yang anda minta itu memenuhi
kriteria kelayakan.
Bagaimanakah dana diagihkan kepada Organisasi Bukan Untung?
Google bekerjasama dengan Network for Good, sebuah badan kebajikan AS 501(c)(3) dan dana saranan penyumbang untuk mengumpulkan dan mengagihkan dana kepada organisasi bukan untung. Biasanya, Network for Good mengagihkan dana setiap bulan. Jika kurang daripada $10 dipungut, dana tersebut akan dibayar secara tahunan. Ketahui lebih lanjut tentang
pengagihan dana dan Network for Good.
Bagaimanakah boleh saya mengetahui lebih lanjut tentang Google untuk Organisasi Bukan Untung?
S. Bagaimanakah boleh saya mengetahui lebih lanjut tentang pengumpulan dana sebagai organisasi bukan untung pada YouTube?
Soalan Lazim Penyumbang
Saya melihat butang derma pada halaman tontonan video. Bagaimanakah butang ini berfungsi?
Apakah itu Derma Sembang Langsung?
Apabila pencipta menambahkan pungutan derma pada strim langsung atau tayangan perdana dengan sembang langsung didayakan, penonton akan melihat butang derma yang dipaparkan dalam sembang. Apabila penonton menyumbangkan derma dengan Derma Sembang Langsung, mereka boleh memilih untuk menambahkan nama mereka pada derma mereka dalam sembang langsung. Ketahui lebih lanjut tentang
Derma Sembang Langsung.
Jika anda berada di negara/wilayah yang berikut, anda boleh menyumbangkan derma.
- Argentina
- Austria
- Belgium
- Bolivia
- Kanada
- Colombia
- Croatia
- Estonia
- Perancis
- Jerman
- Ghana
- Hong Kong
- Iceland
- Indonesia
- Ireland
- Israel
- Itali
- Korea
- Kuwait
- Latvia
- Lithuania
- Luxembourg
- Malaysia
- Mexico
- Montenegro
- Belanda
- New Zealand
- Norway
- Peru
- Filipina
- Poland
- Puerto Rico
- Romania
- Slovakia
- Korea Selatan
- Sepanyol
- Sweden
- Switzerland
- Taiwan
- Thailand
- Türkiye
- United Kingdom
- AS
Adakah derma saya layak untuk potongan cukai?
Lihat maklumat cukai penyumbang mengikut lokasi
di sini.
Berapakah jumlah derma saya yang akan disalurkan kepada organisasi bukan untung?
100% dana yang anda dermakan akan disalurkan kepada organisasi bukan untung. YouTube turut membiayai yuran transaksi kad kredit.
Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik bagi derma saya?
Derma secara sukarela kepada organisasi bukan untung tidak akan dibayar balik. Jika anda menghadapi masalah semasa membuat pembayaran, sila hubungi pasukan sokongan kami.
Apakah maklumat yang anda kongsi dengan organisasi bukan untung apabila saya menyumbangkan derma?
Apabila anda menyumbangkan derma, maklumat hubungan anda tidak dikongsi dengan organisasi bukan untung atau pencipta. Jika anda menyumbangkan derma “umum” semasa sembang langsung, pencipta yang mengehos strim langsung boleh melihat nama akaun anda dan jumlah derma. Ketahui lebih lanjut
tentang cara maklumat anda digunakan.
- Derma pengguna: Dana yang disumbangkan oleh pengguna YouTube.
- Derma syarikat: Dana yang disumbangkan oleh YouTube atau syarikat lain, seperti yang disahkan oleh organisasi bukan untung.
- Derma luaran: Dana yang dikumpulkan oleh penganjur dan disahkan oleh organisasi bukan untung pada laman selain YouTube sebagai sebahagian daripada kempen ini.
Jika syarikat telah berjanji untuk membuat padanan derma, mereka akan menderma $1 bagi setiap $1 yang disumbangkan kepada pengumpul derma melalui butang Derma YouTube. Padanan ini akan berterusan sehingga padanan tepat diperoleh atau kempen tamat, mana-mana yang lebih awal.