Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.
Mengedit metadata aset
Untuk mengemaskinikan metadata aset:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Klik tajuk aset yang mengandungi metadata yang mahu anda edit.
- Pada halaman butiran Aset, klik medan yang mahu anda edit dan buat perubahan anda.
- Jika anda membuat kesilapan, anda boleh mengklik BUAT ASAL PERUBAHAN.
- Untuk menyimpan edit anda, klik SIMPAN.
Menjejaki sejarah metadata
Untuk melihat versi lama metadata aset:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Klik tajuk aset yang mengandungi metadata yang mahu anda semak.
- Pada halaman butiran Aset, temukan kotak Sejarah di sebelah kanan. Sejarah menunjukkan sejarah kemaskinian metadata yang dibuat pada aset.
- Untuk melihat versi lama metadata aset, klik baris yang terletak di bawah baris yang pertama. Untuk kembali melihat versi terkini, pilih baris yang pertama.
- Untuk memulihkan versi lama metadata aset, klik BERBALIK.
- Untuk membatalkan pembalikan kepada versi lama, klik BUAT ASAL PERUBAHAN.
- Untuk menyimpan perubahan anda, klik SIMPAN.
- Nota: Untuk mengedit versi lama metadata, klik BERBALIK, buat edit anda, kemudian klik SIMPAN.
Membandingkan versi metadata
Gunakan ciri Bandingkan Metadata untuk melihat metadata paparan yang aktif bagi aset. Jika aset telah digabungkan atau pemilikan aset dikongsi, anda juga boleh melihat metadata yang dimuat naik oleh rakan kongsi yang lain. Untuk menggunakan ciri Bandingkan Metadata:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Aset
.
- Klik tajuk aset yang mengandungi versi metadata yang mahu anda bandingkan.
- Pada halaman butiran Aset, klik BANDINGKAN METADATA pada bahagian atas sebelah kanan. Halaman Bandingkan Metadata akan dibuka.
- Ikon Paparan berwarna hijau
menunjukkan bahawa set metadata tersebut ialah metadata paparan yang aktif bagi aset. Versi inilah yang dipaparkan kepada pemuat naik apabila mereka mendapat tuntutan dan dalam ciri seperti Muzik dalam Video ini.
- Set metadata yang paling lengkap dan baharu ditandakan dengan ikon Paparan
.
- Set metadata yang paling lengkap dan baharu ditandakan dengan ikon Paparan
- Sempadan berwarna biru cerah di sekeliling nilai menunjukkan bahawa data ini berbeza daripada metadata terbaharu yang telah anda muat naik. Nilai yang tidak sepadan dipaparkan dalam huruf tebal.
- Ikon Paparan berwarna hijau
Petua: Pada halaman Bandingkan Metadata, anda boleh mengeksport metadata kepada fail .CSV dengan mengklik ikon muat turun
pada bahagian atas sebelah kanan.