Mengehadkan pembenaman

Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.

Secara lalai, pengguna Pengurus Kandungan boleh menambahkan video YouTube pada laman web dan apl mereka dengan membenamkan video tersebut. Anda boleh mengawal pembenaman video anda dengan menentukan laman web dan apl yang dihalang atau dibenarkan untuk membenamkan video anda. Peraturan ini boleh digunakan pada video milik anda (Kandungan berlesen) dan video yang anda tuntut (Kandungan yang dimuat naik oleh pengguna).

Nota: Sekatan pembenaman tidak boleh dikenakan pada apl iOS.

Mengehadkan pembenaman pada laman web

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Dalam bahagian Ikhtisar, tatal kepada Sekat pembenaman pada domain.
  4. Klik Kandungan yang dimuat naik oleh pengguna dan pilih peraturan yang mahu anda gunakan pada laman web yang membenamkan video yang dimuat naik oleh pengguna yang dituntut terhadap satu daripada aset anda:
    • Benarkan pada semua domain (pilihan lalai): Tiada sekatan dikenakan terhadap pembenaman pada mana-mana laman web.
    • Benarkan pada domain tertentu: Menyekat pembenaman pada setiap laman web kecuali laman web yang anda masukkan dalam kotak teks Domain.
    • Sekat pada domain tertentu: Tidak membenarkan pengguna membenamkan video pada laman web yang anda masukkan dalam kotak teks Domain.
    • Sekat pada semua domain: Tidak membenarkan sebarang pembenaman video pada mana-mana laman web.
  5. Masukkan URL dalam kotak teks Domain (satu URL domain dalam setiap baris).
  6. Klik Kandungan berlesen dan pilih peraturan yang mahu anda gunakan pada laman web yang membenamkan video daripada saluran anda.
  7. Masukkan URL dalam kotak teks Domain (satu URL domain dalam setiap baris).
  8. Klik SIMPAN.

Mengehadkan pembenaman pada apl

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Tetapan .
  3. Dalam bahagian Ikhtisar, tatal kepada Sekat pembenaman pada apl.
  4. Klik Kandungan yang dimuat naik oleh pengguna  dan pilih peraturan yang mahu anda gunakan pada apl yang membenamkan video yang dimuat naik oleh pengguna yang dituntut terhadap satu daripada aset anda:
    • Benarkan pada semua apl (pilihan lalai): Tiada sekatan dikenakan terhadap pembenaman pada mana-mana apl.
    • Benarkan pada apl berdasarkan ID: Menyekat pembenaman dalam setiap apl kecuali apl yang anda masukkan dalam kotak teks ID Apl.
    • Sekat pada apl berdasarkan ID: Tidak membenarkan pengguna membenamkan video dalam apl yang anda masukkan dalam kotak teks ID Apl
    • Sekat pada semua apl: Tidak membenarkan sebarang pembenaman video pada mana-mana apl.
  5. Masukkan URL dalam kotak teks ID Apl (satu ID Apl dalam setiap baris).
  6. Klik Kandungan berlesen  dan pilih peraturan yang mahu anda gunakan pada apl yang membenamkan video daripada saluran anda.
  7. Masukkan URL dalam kotak teks ID Apl (satu URL ID Apl dalam setiap baris).
  8. Klik SIMPAN.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
212644870064110456
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false