Anda mempunyai kawalan muktamad terhadap paparan kandungan anda pada YouTube dan anda boleh melaksanakan kawalan itu pada bila-bila masa dengan mengalih keluar kandungan anda. Jika anda mempunyai kebimbangan tentang ketersediaan kandungan anda pada YouTube Kids secara khusus, anda boleh menyerahkan permintaan untuk mengalih keluar kandungan tertentu pada saluran anda daripada YouTube Kids.
Harap maklum bahawa borang ini hanya boleh diserahkan oleh pemuat naik kandungan yang berkaitan. Untuk mengesahkan bahawa anda pemuat naiknya, anda perlu log masuk ke akaun yang digunakan untuk memuat naik video.