YouTube menyokong muat naik dan main balik video sfera 180° atau 360° pada komputer dalam penyemak imbas Chrome, Firefox, MS Edge dan Opera.
Anda juga boleh menonton video 180° dan 360° pada apl YouTube atau pada YouTube VR yang tersedia pada kebanyakan set kepala VR. Untuk pengalaman yang mengasyikkan, ketahui lebih lanjut tentang menonton dengan set kepala VR.
Ketahui lebih lanjut tentang pembuatan video 360 darjah dan 180 darjah.
- Cantumkan fail menggunakan perisian jahitan yang disertakan dengan kamera atau perisian jahitan 180° atau 360° yang berasingan.
- Gunakan perisian pengeditan untuk memastikan tetapan urutan adalah dalam VR dan sepadan dengan bahan visual sumber anda.
Beberapa petua:
- Kodkan video anda pada peleraian tinggi.
- Pastikan video anda mengikut spesifikasi lanjutan YouTube.
Untuk memuat naik fail video 180° atau 360° , anda perlu mengubah suai fail dengan apl seperti Adobe Premiere (2019 atau versi lebih baharu) ata skrip sebelum memuat naik. Ketahui lebih lanjut tentang pemuatan naik 360° atau untuk 180° .
Sebelum menerbitkan, anda boleh mengesahkan bahawa fail itu mengandungi main balik 360° didayakan dengan menonton video pada komputer anda. Pengesahan mengambil masa hingga satu jam untuk main balik 360° tersedia.
Video 360° menampilkan butang sorot pada bahagian atas sebelah kiri dan boleh diputar menggunakan kekunci WASD. Oleh itu, cari ciri ini untuk mengesahkan video anda adalah dalam 360°. Anda juga boleh leret video dengan mengklik dan menyeret video melalui ruang itu.