Senarai main siri membolehkan anda menandai senarai main anda sebagai satu set video rasmi yang patut ditonton bersama. Tindakan menambahkan video pada senarai main siri membolehkan video lain dalam senarai main untuk ditampilkan dan disyorkan apabila seseorang menonton video dalam siri tersebut. YouTube boleh menggunakan maklumat ini untuk mengubah suai cara video dipersembahkan atau ditemukan.
Terdapat beberapa nota untuk diingat apabila menggunakan senarai main siri:
- Anda mestilah mempunyai akaun yang disahkan untuk menggunakan senarai main siri.
- Satu video tidak boleh dipaparkan dalam lebih daripada satu senarai main siri.
- Hanya video yang anda muat naik dan yang anda miliki hak boleh ditambahkan pada senarai main siri.
Untuk menghidupkan senarai main siri, lawati tetapan senarai main semasa menggunakan komputer anda dan hidupkan “Tetapkan sebagai siri rasmi untuk senarai main ini”.