Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube untuk mengurus kandungan berhak cipta mereka.
Jika kualiti audio rendah, semak untuk memastikan fail yang anda hantar memenuhi spesifikasi. Contohnya, jika anda menghantar fail MP3, fail tersebut berkemungkinan memiliki kadar bit yang rendah dan menyebabkan bunyi fail tersebut berkualiti rendah pada YouTube. Hantar semula runut dengan fail audio berkualiti lebih tinggi, sebaik-baiknya dalam format yang tidak dimampatkan.