Pilih strategi untuk menjangkau khalayak global

Seiring dengan perkembangan saluran anda menjangkau penonton di seluruh dunia, pertimbangkan untuk membuat saluran yang berbeza untuk bahasa atau negara/wilayah yang berbeza. Yang berikut ialah tiga strategi untuk menjangkau khalayak global. Untuk menjangkau lebih ramai khalayak global, anda boleh menggunakan sari kata automatik menambahkan terjemahan secara manual atau menggunakan alatan dan perkhidmatan pihak ketiga.

Kekalkan satu saluran dengan kandungan dalam berbilang bahasa

Simpan semua kandungan anda pada satu saluran. Muat naik video dalam berbilang bahasa untuk pelbagai geografi.

Penjenamaan

Jenama anda akan kekal konsisten merentas negara/wilayah. Jika khalayak anda menggunakan istilah yang sama untuk mencari jenama anda tanpa mengira bahasa, saluran anda akan dapat ditemukan dengan lebih mudah.

Penglibatan

Penggunaan satu saluran menyepadukan penonton dan pelanggan anda. Hal ini juga memudahkan penonton untuk mencari saluran anda dalam Carian YouTube.

Saluran anda akan menerima siaran, ulasan dan kemaskinian suapan dalam pelbagai bahasa yang berbeza. Perkara ini mungkin mengelirukan khalayak anda.

Untuk membantu khalayak anda:

Pengurusan

Dengan kandungan anda pada satu tempat, pasukan anda boleh menumpukan perhatian mereka untuk mengurus satu saluran sahaja, memudahkan anda mengekalkan penjenamaan dan nada global yang konsisten.

Buat saluran yang berasingan untuk bahasa yang berbeza

Buat saluran yang berasingan untuk bahasa dan geografi yang berbeza. Strategi ini berguna untuk bahasa dengan abjad atau istilah carian yang pelbagai.

Penjenamaan

Anda boleh menyesuaikan setiap saluran mengikut khalayak setempat dan mengadakan acara dan promosi setempat dengan mudah. Jika jenama anda berbeza sedikit di beberapa negara/wilayah, strategi ini membolehkan anda menerapkan perbezaan tersebut dalam strategi saluran anda.

Penglibatan

Saluran yang berasingan membolehkan anda memfokuskan komunikasi anda untuk khalayak yang berbeza. Semua item pada setiap saluran boleh disesuaikan untuk khalayak tertentu, yang boleh meningkatkan pengalaman penonton. Penonton kurang berkemungkinan untuk terkeliru atau hilang minat disebabkan oleh kandungan yang menggunakan bahasa yang berbeza-beza.

Untuk meningkatkan kebolehtemuan:

  • Nyatakan bahasa atau geografi setiap saluran supaya penonton boleh menemukan saluran setempat mereka dalam carian YouTube.
  • Buat promosi silang bagi saluran pelbagai bahasa anda antara satu sama lain untuk meningkatkan kebolehtemuan.
  • Tambahkan saluran pada bahagian “saluran pilihan” pada halaman saluran anda untuk menarik minat penonton.

Pengurusan

Setiap saluran yang berasingan memerlukan penyelenggaraan dan perhatian berterusan. Pastikan jenama anda dapat menyalurkan sumber yang mencukupi untuk mengekalkan jadual muat naik dan penglibatan secara tetap bagi setiap saluran.

Buat satu saluran global dan beberapa saluran sokongan tempatan

Gunakan satu saluran sebagai saluran utama jenama anda untuk menampilkan kempen global. Buat saluran sokongan tempatan untuk bahasa dan negara/wilayah yang berbeza.

Penjenamaan

Gunakan saluran utama anda untuk kandungan global dan saluran tempatan untuk acara dan promosi. Buat templat yang tekal untuk metadata dan lakaran kecil video anda untuk mengekalkan ketekalan merentas saluran anda.

Penglibatan

Walaupun penonton dan pelanggan mungkin terbahagi antara berbilang saluran, penonton mendapat pengalaman yang tekal tetapi disetempatkan. Gunakan saluran global utama untuk mendorong penonton agar melawati saluran tempatan anda menggunakan metadata video, perihalan saluran dan pengaturcaraan saluran pilihan.

Muat naik yang lebih kerap pada saluran tempatan boleh membantu kebolehtemuan saluran tersebut dalam carian YouTube.

Pengurusan

Struktur organisasi saluran ini memerlukan koordinasi antara pasukan global dan tempatan tetapi membolehkan anda menyesuaikan mesej jenama anda untuk pasaran tempatan. Strategi ini memerlukan paling banyak masa dan usaha untuk dikekalkan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15653615269646501817
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false