Saluran dikecualikan daripada tuntutan Content ID

Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.
Apabila anda menghidupkan padanan Content ID, YouTube menjana tuntutan secara automatik terhadap kandungan muat naik pengguna lain yang sepadan dengan (sebahagian daripada) fail rujukan anda.

Dalam sesetengah situasi, anda mungkin mahu menghalang Content ID daripada menuntut video yang dimuat naik oleh saluran YouTube tertentu. Sebagai contoh, studio filem mungkin tidak mahu menuntut video daripada saluran yang menyemak dan mempromosikan filem daripada studio itu. Anda boleh mengecualikan saluran daripada tuntutan Content ID dengan menambahkan saluran pada senarai putih anda.

Nota
  • Oleh kerana Content ID tidak menuntut video daripada saluran yang dipautkan kepada Pengurus Kandungan anda, anda tidak boleh menambahkan saluran ini pada senarai putih anda.
  • Aset yang berasingan tidak boleh ditambahkan pada senarai putih, hanya saluran boleh ditambahkan.

Tambahkan saluran pada senarai putih anda

Anda boleh menambahkan satu atau beberapa saluran pada senarai putih anda untuk dikecualikan daripada tuntutan Content ID. Untuk menambahkan saluran pada senarai putih anda:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Senarai putih.
  3. Pada penjuru atas sebelah kanan, klik TAMBAH SALURAN.
  4. Masukkan ID saluran atau URL. ID saluran ialah rentetan abjad angka 24 aksara yang bermula dengan 'UC' dalam URL saluran.
    • Untuk menambahkan lebih daripada satu saluran pada satu masa, tampalkan senarai ID saluran yang dipisahkan koma dalam kotak teks.
  5. Klik TAMBAH.

Selepas anda menambahkan saluran pada senarai putih anda, Content ID tidak akan menuntut sebarang video yang dimuat naik kepada saluran tersebut pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, sebarang tuntutan sedia ada yang dibuat sebelum menambahkan tuntutan pada senarai putih anda tidak akan dilepaskan secara automatik. Ketahui cara melepaskan tuntutan.

Jika lebih daripada seorang rakan kongsi memiliki aset, setiap rakan kongsi perlu menambahkan saluran pada senarai putih mereka untuk mengelakkan tuntutan terhadap aset ini.

Alih keluar saluran daripada senarai putih anda

Pengalihan keluar saluran daripada senarai putih anda bermakna Content ID tidak akan mengecualikan saluran daripada tuntutan. Jika saluran ini memuat naik video yang sepadan dengan fail rujukan anda dan saluran tiiada lagi dalam senarai putih anda, maka Content ID akan menjana tuntutan. Untuk mengalih keluar saluran daripada senarai putih anda:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Senarai putih .
  3. Klik bar penapis kemudian ID Saluran atau Nama saluran.
  4. Tampalkan senarai ID saluran atau nama saluran yang dipisahkan koma kemudian GUNAKAN.
  5. Klik kotak pilihan bersebelahan saluran yang mahu anda alih keluar daripada senarai putih anda.
    • Untuk memilih semua saluran, klik kotak pilihan di atas senarai hasil carian kemudian Pilih semua.
  6. Dalam sepanduk bahagian atas, klik ALIH KELUAR.
Nota: Pengalihan keluar saluran daripada senarai putih anda tidak memadamkan saluran daripada YouTube.

Eksport maklumat tentang saluran pada senarai putih anda

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang saluran pada senarai putih anda, seperti ID saluran, nama saluran dan tarikh saluran dikecualikan. Untuk mengeksport maklumat ini:

  1. Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
  2. Dalam menu kiri, pilih Senarai putih .
  3. Klik kotak pilihan bersebelahan saluran dengan maklumat yang mahu dieksport.
  4. Dalam sepanduk pada bahagian atas, klik Eksport  dan pilih Nilai dipisahkan koma (.csv) atau Google Sheets (tab baharu). Fail tersebut akan mula diproses.
  5. Selepas fail diproses:
    • Untuk fail .csv: Klik MUAT TURUN daripada sepanduk pada bahagian atas.
    • Untuk fail Google Sheets: Klik BUKA SHEETS DALAM TETINGKAP BAHARU daripada sepanduk pada bahagian atas.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3267752903114492433
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false