Runut Seni merupakan versi YouTube bagi lagu pada album muzik yang dijana secara automatik. Runut Seni terdiri daripada rakaman bunyi dan seni album.
Tujuan Runut Seni adalah untuk menyediakan versi YouTube bagi setiap lagu pada setiap album. Pada masa ini, video muzik rasmi tersedia untuk rakaman hanya apabila label atau artis melaburkan masa dan sumber (bukan remeh) untuk menghasilkan video muzik tersebut. Runut Seni mengautomasikan pembuatan versi untuk rakaman walaupun Runut Seni itu tidak mengeluarkan video muzik.
YouTube membuat satu Runut Seni untuk setiap lagu yang anda muat naik menggunakan suapan DDEX YouTube Music atau hamparan muat naik pukal "Audio - Runut Seni". Lagu dikenal pasti berdasarkan ISRC, pengecam keluaran (UPC, EAN, GRid) dan rakan kongsi. YouTube akan membuat Runut Seni bagi setiap gabungan unik medan ini.
Runut Seni memastikan bahawa YouTube mempunyai katalog muzik yang lengkap dan dipaparkan dalam senarai main album dan dalam hasil carian.
Ulasan pada Runut Seni
Jika anda mempunyai Saluran Rasmi Artis, anda boleh memaparkan ulasan pada Runut Seni pada saluran rasmi anda. Untuk berbuat demikian, pilih “Benarkan semua ulasan” atau “Tahan ulasan yang mungkin tidak sesuai untuk semakan” sebagai tetapan ulasan saluran anda pada Studio (Tetapan Status dan ciri saluran
Komuniti
Lalai).
Setelah tetapan ulasan saluran ditetapkan kepada “Benarkan semua ulasan” atau “Tahan ulasan yang mungkin tidak sesuai untuk semakan”, anda akan dapat memilih Alih keluar bersebelahan ulasan pada Runut Seni anda untuk menyembunyikan ulasan.
Ulasan pada Runut Seni yang dijana secara automatik akan dimatikan jika artis utama tidak mempunyai Saluran Rasmi Artis.