Lihat, susun atau padamkan ulasan

Cara menyiarkan dan berinteraksi dengan ulasan pada YouTube

Langgan saluran YouTube Viewers untuk mendapatkan berita, kemaskinian dan petua terkini.

Jika pemilik video telah menghidupkan ulasan, anda boleh menyiarkan ulasan dan menyukai, tidak menyukai atau membalas ulasan lain pada video

Lihat ulasan pada video

Untuk melihat ulasan pada video, tatal pada halaman video. Balasan diletakkan secara berurutan untuk memudahkan anda mengikuti perbualan. Ulasan YouTube adalah umum dan sesiapa sahaja boleh membalas ulasan yang anda siarkan.

Jika anda tidak menemukan ulasan selepas menerima pemberitahuan, ulasan tersebut telah berkemungkinan telah dialih keluar. Ulasan boleh dialih keluar oleh penyiar asal, pemilik saluran atau kerana pelanggaran dasar.

Jika anda berpendapat ulasan itu tidak sesuai, anda boleh melaporkan ulasan sebagai spam atau penyalahgunaan. Jika anda seorang pencipta, anda juga boleh menggunakan alatan penyaringan ulasan untuk mengurus ulasan pada video anda.

Semasa membaca ulasan, anda mungkin melihat kata kunci tertentu dalam teks biru pada peranti mudah alih. Anda boleh mengklik kata kunci ini, yang dipanggil “pintasan carian”, untuk mencari istilah tersebut pada YouTube. Ketahui pintasan carian dengan lebih lanjut.

Lihat sejarah ulasan anda

Anda boleh melihat ulasan umum yang telah anda tinggalkan merentas YouTube.

  1. Akses Sejarah Ulasan.
  2. Untuk mengakses tempat asal anda menyiarkan ulasan anda, klik atau ketik kandungan.

Jika anda mengulas pada video yang dipadamkan atau jika YouTube mengalih keluar ulasan anda kerana pelanggaran dasar, ulasan itu tidak akan dipaparkan dalam sejarah ini.

Dapatkan pautan boleh kongsi untuk ulasan

Anda boleh mengklik atau mengetik cap masa ulasan untuk membuat pautan ulasan yang diserlahkan. Tindakan ini akan memberi anda pautan boleh kongsi dalam bar alamat untuk ulasan khusus itu dan urutan ulasan tersebut.

Tukar ulasan yang dipaparkan dahulu

Pada web, anda boleh menukar cara ulasan dipaparkan di bawah video. Gunakan pilihan Isih Mengikut untuk memilih Ulasan popular atau Terbaharu dahulu.

Klik cap masa untuk membuat pautan 'Ulasan Diserlahkan'. Tindakan ini akan mengasingkan urutan ulasan anda dan memberikan pautan yang boleh kongsi dalam bar alamat.

Padamkan ulasan
  1. Akses Sejarah Ulasan.
  2. Klik atau ketik pautan video.
  3. Bersebelahan ulasan dalam YouTube, pilih Lagi .
    1. Pilih Edit  atau Padam .

Berinteraksi dengan ulasan pada TV pintar anda

Kini anda boleh melihat dan berinteraksi dengan ulasan semasa menonton kandungan pada TV pintar atau konsol permainan anda. Untuk melihat ulasan untuk video, akses halaman tontonan video dan pilih tajuk video. Bahagian Perihalan akan dipaparkan dan menampilkan panel ulasan video. Pilih jubin ulasan untuk melihat senarai penuh ulasan untuk video, termasuk:

  • Ulasan yang telah disematkan oleh pencipta
  • Kiraan disukai
  • Kiraan balasan 

Pilih ulasan untuk membaca ulasan sepenuhnya, melihat balasan, suka atau tidak suka ulasan tersebut.

Untuk membalas atau menyiarkan ulasan, segerakkan TV pintar atau konsol permainan anda dengan telefon anda dan tinggalkan ulasan menggunakan telefon anda. 

Untuk menambahkan ulasan atau balasan:

  1. Buka apl YouTube pada telefon anda.
  2. Pastikan anda log masuk ke Google Account yang sama pada kedua-dua peranti. 
  3. Menu timbul akan dibuka pada apl YouTube anda, meminta anda menyambung kepada YouTube pada TV anda.
  4. Ketik Sambung.
  5. Ulasan untuk video yang anda tonton pada TV anda akan dimuatkan pada apl YouTube, membolehkan anda menyiarkan dan berinteraksi dengan ulasan tersebut dengan lancar.
Nota: Semasa anda log keluar, anda boleh melihat ulasan tetapi tidak boleh membalas ulasan tersebut atau menyiarkan ulasan anda sendiri.

 

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
11334407097421967143
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false