Selesaikan masalah audio atau video berkenaan dengan muat naik pada YouTube

Jika anda menghadapi masalah berkenaan dengan audio atau video muat naik anda, cuba langkah penyelesaian masalah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Masalah audio

Audio dan video tidak segerak

Pastikan tempoh runut audio dan video anda sama. Jika runut audio anda lebih pendek atau lebih panjang daripada video anda, audio dan video anda mungkin tidak disegerakkan dengan betul.

Untuk mengedit runut audio dan video anda, gunakan perisian pengeditan video sebelum memuat naik kandungan anda pada YouTube.

Audio dimainkan pada komputer tetapi tidak pada peranti mudah alih

Jika bunyi video anda dimainkan dengan betul pada komputer tetapi tidak pada peranti mudah alih, keserasian mono audio anda mungkin lemah.
Video selalunya dilengkapi audio stereo, yang mengandungi audio untuk pembesar suara kiri dan kanan (seperti fon kepala). Kebanyakan peranti mudah alih hanya memiliki satu pembesar suara. Apabila peranti mudah alih anda memainkan audio stereo, peranti tersebut perlu menukar audio stereo kepada audio mono (pembesar suara tunggal) sebelum video anda dimainkan.
Jika “keserasian mono” audio dalam video anda lemah, proses penukaran mono boleh mengurangkan kualiti audio atau meredamkan audio. Masalah ini sering berlaku apabila beberapa rakaman audio digunakan dalam satu video.
Pastikan audio anda "dalam fasa".
Masalah audio atau video yang lain

Tindakan mengedit tetapan video anda boleh menyelesaikan masalah audio dan video biasa. Untuk menyemak dan menukar tetapan video anda:

Buka video dalam atur cara pengeditan video

Untuk membuka video mentah anda, gunakan atur cara pengeditan video pada komputer. Jika anda merakam video anda pada peranti mudah alih, anda boleh membuka video menggunakan apl pengeditan mudah alih.

Sahkan tetapan video

Dalam editor video anda, semak semula sama ada tetapan video anda sepadan dengan tetapan muat naik kami yang disyorkan atau tidak.

Tetapan video:
  • Jenis Pemampatan: H.264
  • Kadar Bingkai: Kadar 24, 25, 30, 48, 50, 60 FPS diutamakan. Kadar bingkai lain yang kurang biasa digunakan seperti 23.98, 29.97 dan 59.94 juga diterima.
  • Kadar Data: Automatik
  • Bingkai Utama: Automatik
  • Penyusunan Semula: Nyahtanda
Tetapan Audio/Bunyi:
  • Format: AAC-LC
  • Kadar bit: 128 kbps—256 kbps
  • Kadar sampel: 44100 atau 48000
Tetapan lain:
  • Saiz: Pilih saiz asal video.

Simpan dan eksport

Setelah video dilengkapi tetapan yang disyorkan, muat naik semula video pada YouTube.

Masalah video

Video baharu tidak boleh dimainkan dalam kualiti yang lebih tinggi (4K, 1080p)

Apabila anda memuat naik video, pada mulanya video tersebut akan diproses dalam kualiti yang rendah. Proses ini membantu anda melengkapkan aliran muat naik dengan lebih pantas. Kualiti yang lebih tinggi, seperti 4K atau 1080p, mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diproses. Semasa pemprosesan ini berlaku, video anda mungkin kelihatan kehilangan kualiti yang lebih tinggi selama beberapa jam.

Jika anda mahu muat naik baharu tersedia dalam semua kualiti, cuba muat naik video anda sebagai tidak tersenarai dahulu. Kemudian, anda boleh menukar tetapan video anda kepada umum setelah semua kualiti tersedia. Ketahui lebih lanjut kualiti video untuk muat naik baharu.

Nota: Kualiti yang lebih tinggi seperti 4K mungkin tidak tersedia pada peranti atau penyemak imbas tertentu kerana pengehadan platform.

Warna tidak dipaparkan dengan betul

Jika warna tidak dipaparkan dengan betul, pastikan ciri pemindahan video anda, primer warna, dan metadata pekali matriks warna sepadan dengan cara pengindukan video.

Jika warna masih tidak dipaparkan dengan betul, hal ini mungkin disebabkan oleh penyemak imbas atau peranti anda. Untuk mengatasi masalah ini, uji video asal anda dan muat naik YouTube anda pada penyemak imbas yang lain.

Masalah audio atau video yang lain

Tindakan mengedit tetapan video anda boleh menyelesaikan masalah audio dan video biasa. Untuk menyemak dan menukar tetapan video anda:

Buka video dalam atur cara pengeditan video

Untuk membuka video mentah anda, gunakan atur cara pengeditan video pada komputer. Jika anda merakam video anda pada peranti mudah alih, anda boleh membuka video menggunakan apl pengeditan mudah alih.

Sahkan tetapan video

Dalam editor video anda, semak semula sama ada tetapan video anda sepadan dengan tetapan muat naik kami yang disyorkan atau tidak.

Tetapan video:
  • Jenis Pemampatan: H.264
  • Kadar Bingkai: Kadar 24, 25, 30, 48, 50, 60 FPS diutamakan. Kadar bingkai lain yang kurang biasa digunakan seperti 23.98, 29.97 dan 59.94 juga diterima.
  • Kadar Data: Automatik
  • Bingkai Utama: Automatik
  • Penyusunan Semula: Nyahtanda
Tetapan Audio/Bunyi:
  • Format: AAC-LC
  • Kadar bit: 128 kbps—256 kbps
  • Kadar sampel: 44100 atau 48000
Tetapan lain:
  • Saiz: Pilih saiz asal video.

Simpan dan eksport

Setelah video dilengkapi tetapan yang disyorkan, muat naik semula video pada YouTube.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2265498756295782436
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false