Kongsi video dan saluran

Kongsi video YouTube

  1. Mulakan tontonan video pada youtube.com.

  2. Dalam bahagian video, klik Kongsi .

  3. Panel akan dibuka dan memaparkan pelbagai pilihan perkongsian:
    • Rangkaian sosial: Klik ikon rangkaian sosial (sebagai contoh, Facebook, X) untuk berkongsi video pada platform tersebut.
    • E-mel: Pilih ikon e-mel untuk menghantar e-mel menggunakan perisian e-mel lalai pada komputer anda.
    • Benam: Klik butang Benam untuk menjana kod yang membolehkan anda membenamkan video pada laman web.
    • Salin pautan: Klik butang Salin untuk menyalin pautan kepada video yang boleh anda tampalkan pada tempat lain, seperti pada mesej e-mel.
    • Bermula pada: Untuk membuat pemautan kepada bahagian tertentu video, tandai kotak ini dan masukkan masa mula sebelum anda menyalin pautan. Sebagai contoh, untuk memulakan video pada 2 minit 30 saat, tandai kotak dan masukkan “2:30”.
    • Siaran: Jika anda mempunyai akses kepada tab Siaran, anda boleh berkongsi video dalam siaran umum.

Kongsi saluran YouTube

  1. Akses halaman Saluran.
  2. Dalam bar alamat penyemak imbas, salin URL.
  3. Tampalkan URL pada mana-mana lokasi diingini untuk berkongsi URL itu.

Jika anda mahu membuat URL saluran diperibadikan untuk dikongsi dengan mudah, tambahkan nama Saluran YouTube anda pada URL YouTube.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1216159250649484337
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false