Apl YouTube Studio untuk iPhone & iPad
- Buka apl YouTube Studio
.
- Dalam Menu bawah, ketik Kandungan
.
- Pilih video yang mahu anda edit.
- Ketik Edit
.
- Edit tetapan video dan ketik SIMPAN.
Apl iPhone & iPad YouTube
- Buka apl YouTube
.
- Ketik gambar profil anda
.
- Pada bahagian bawah, ketik Video anda.
-
Bersebelahan video yang mahu diedit, ketik Lagi
Edit
.
-
Buat perubahan pada tetapan anda dan Simpan.
Tetapan video yang tersedia
Tajuk |
Tajuk video anda. Nota: Had aksara bagi tajuk video ialah 100 dan tidak boleh mengandungi aksara tidak sah. |
Perihalan |
Maklumat yang dipaparkan di bawah video anda. Untuk atribusi video, gunakan format yang berikut: [Nama Saluran] [Tajuk Video] [ID Video] Untuk menyatakan pembetulan pada video anda, tambahkan “Correction:” atau “Corrections:” Perkataan ini mestilah dalam bahasa Inggeris, walaupun video atau perihalan lain dalam bahasa lain. Pada baris berasingan, anda boleh menambahkan cap masa dan penjelasan untuk pembetulan anda. Contohnya: Correction: 0:35 Sebab untuk pembetulan Bahagian ini mestilah dipaparkan selepas mana-mana bab video. Apabila khalayak anda menonton video anda, kad info Lihat Pembetulan akan dipaparkan. Untuk menggunakan teks yang diformatkan dalam perihalan anda, pilih huruf tebal, huruf condong atau garis batal daripada pilihan pada bahagian bawah kotak perihalan. Had aksara bagi perihalan video ialah 5,000 dan tidak boleh mengandungi aksara tidak sah. Nota: Jika saluran mengandungi sebarang bantahan aktif atau jika kandungan mungkin tidak sesuai untuk sesetengah penonton, ciri pembetulan tidak akan tersedia. |
Lakaran kecil | Imej yang akan dilihat oleh penonton sebelum memilih video anda. |
Senarai main | Tambahkan video anda pada satu daripada senarai main anda yang sedia ada atau buat senarai main. |
Khalayak | Untuk mematuhi Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA), anda dikehendaki untuk memaklumi kami sama ada video anda dihasilkan untuk kanak-kanak. |
Sekatan umur | Video yang dikenakan sekatan umur mungkin tidak sesuai untuk khalayak tertentu. |
Video Berkaitan |
Video daripada saluran anda yang dipaparkan sebagai pautan dalam pemain Shorts untuk menghalakan penonton daripada video Shorts anda kepada kandungan YouTube anda yang lain. Dengan akses ciri lanjutan, anda boleh mengedit video Shorts untuk menyertakan pautan kepada video daripada saluran anda. Video, video Shorts dan kandungan Langsung boleh dipautkan. Nota: Video yang anda pilih hendaklah ditetapkan kepada umum atau tidak tersenarai dan mestilah mematuhi Garis Panduan Komuniti kami. |
Pada bahagian bawah halaman Butiran, pilih TUNJUKKAN LAGI untuk memilih tetapan lanjutan anda.
Promosi berbayar | Maklumi penonton dan YouTube bahawa video anda mengandungi promosi berbayar. |
Kandungan yang diubah | Untuk mematuhi dasar YouTube, anda perlu memberitahu kami jika kandungan anda diubah atau sintetik dan kelihatan sebenar. Ketahui lebih lanjut tentang cara mendedahkan penggunaan kandungan yang diubah atau sintetik. |
Bab automatik |
Anda boleh menambahkan tajuk bab video dan cap masa pada video anda untuk memudahkan tontonan. Anda boleh membuat bab video anda sendiri atau menggunakan bab yang dijana secara automatik dengan menandai kotak pilihan 'Benarkan bab automatik (apabila tersedia dan layak)'. Sebarang bab video yang dimasukkan akan menggantikan bab video yang dijana secara automatik. |
Tempat yang ditampilkan | Tempat yang ditampilkan (jika tersedia dan layak) menggunakan destinasi yang telah anda serlahkan dalam perihalan, transkrip video dan bingkai video dengan jelas untuk menyerlahkan tempat utama dalam perihalan video anda atau dalam Pemain Shorts. Untuk menarik diri daripada menggunakan Tempat yang ditampilkan secara automatik, nyahpilih kotak pilihan 'Benarkan Tempat yang ditampilkan secara automatik'. Nota: Tempat yang ditampilkan tidak menggunakan data lokasi peranti anda atau mempengaruhi iklan yang dipaparkan pada video anda (jika anda membuat pengewangan). |
Tag |
Tambahkan kata kunci deskriptif untuk membetulkan kesilapan carian. Tag akan lebih berguna jika kandungan video anda sering mengandungi salah ejaan. Jika tidak, tag memainkan peranan minimum dalam penemuan video anda. |
Bahasa dan pensijilan sari kata | Pilih bahasa asal video dan pensijilan sari kata. |
Tarikh dan lokasi rakaman | Masukkan tarikh rakaman video dan lokasi video anda dirakamkan. |
Lesen dan pengedaran | Pilih sama ada video anda boleh dibenamkan pada laman web yang berbeza atau tidak. Nyatakan sama ada anda mahu menghantar pemberitahuan kepada pelanggan anda tentang video baharu anda atau tidak. |
Adunan semula Shorts | Benarkan orang lain membuat video Shorts menggunakan audio video anda. |
Kategori |
Pilih kategori supaya penonton boleh menemukan video anda dengan lebih mudah. Untuk kandungan Pendidikan, anda boleh memilih pilihan yang berikut:
|
Ulasan dan rating | Pilih sama ada penonton boleh meninggalkan ulasan pada video atau tidak. Pilih sama ada penonton boleh menemukan jumlah suka pada video anda atau tidak. |
Keterlihatan | Pilih tetapan privasi video anda untuk mengawal tempat video anda boleh dipaparkan dan individu yang boleh menonton video tersebut. |
Sari kata | Tambahkan sari kata pada video anda untuk menjangkau khalayak yang lebih luas. |
Skrin penamat | Tambahkan elemen visual pada penghujung video anda. Video anda mestilah 25 saat atau lebih lama untuk membolehkan skrin penamat ditambahkan. |
Kad | Tambahkan kandungan interaktif pada video anda. |