Padamkan atau sembunyikan saluran YouTube anda

Anda boleh memilih untuk menyembunyikan kandungan pada saluran anda untuk sementara waktu atau memadamkan saluran anda secara kekal.

How to hide or delete your YouTube channel

Langgan saluran YouTube Viewers untuk mendapatkan berita, kemaskinian dan petua terkini.

Sembunyikan saluran anda untuk sementara waktu

Anda boleh menyembunyikan kandungan daripada saluran YouTube anda dan memilih untuk mendayakan semula saluran tersebut kemudian. Dengan menyembunyikan saluran anda, nama saluran, video, tanda suka, langganan dan pelanggan akan dijadikan peribadi. Selain itu, kiraan tontonan anda mungkin tidak tepat. Selepas anda mendayakan semula saluran anda, kiraan ini mungkin mengambil masa hingga seminggu untuk dikemaskinikan.

Sembunyikan saluran anda atau kandungan saluran anda:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Pada bar sisi sebelah kiri, pilih Tetapan .
  3. Pilih Saluran kemudian Tetapan Lanjutan.
  4. Pada bahagian bawah, pilih Alih Keluar Kandungan YouTube.
    1. Nota: Pautan ini akan menghalakan anda kepada halaman yang membolehkan anda memadamkan atau menyembunyikan saluran anda. Anda mungkin diminta untuk memasukkan butiran log masuk anda.
  5. Pilih Saya mahu menyembunyikan saluran saya.
  6. Pilih kotak untuk mengesahkan kandungan yang akan disembunyikan pada saluran anda.
  7. Pilih Sembunyikan saluran saya.

Jika anda mahu menjadikan kandungan anda boleh ditonton oleh pengguna lain atau mahu memuat naik, mengulas atau menggunakan senarai main, anda boleh mendayakan semula saluran.

Padamkan saluran anda secara kekal

Tindakan menutup saluran YouTube anda akan memadamkan kandungan anda secara kekal, termasuk video, ulasan, mesej, senarai main dan sejarah. Harap maklum bahawa anda tidak boleh memadamkan saluran melalui peranti mudah alih pada masa ini.

Jika anda memilih untuk memadamkan saluran anda secara kekal, hal ini akan menyukarkan kami memulihkan akaun anda.

Padamkan saluran YouTube anda:

  1. Log masuk ke YouTube Studio.
  2. Pada bar sisi sebelah kiri, pilih Tetapan .
  3. Pilih Saluran kemudian Tetapan Lanjutan.
  4. Pada bahagian bawah, pilih Alih Keluar Kandungan YouTube. Jika diminta, masukkan butiran log masuk anda.
  5. Pilih Saya mahu memadamkan kandungan saya secara kekal.
  6. Pilih kotak untuk mengesahkan bahawa anda mahu memadamkan saluran anda.
  7. Pilih Padamkan kandungan saya.

Pemadaman saluran secara kekal akan mengambil sedikit masa. Dalam jangka pendek, anda boleh terus melihat lakaran kecil video anda pada laman.

Nota: Langkah ini hanya akan memadamkan saluran YouTube anda dan bukan Google Account yang anda gunakan untuk log masuk. Ketahui cara memadamkan keseluruhan Google Account anda.

Selepas anda memadamkan saluran, URL saluran dan nama saluran tidak dapat dilihat atau dicari lagi pada YouTube Analytics. Data yang berkaitan dengan saluran tersebut, seperti masa tontonan, akan tetap menjadi sebahagian daripada laporan agregat tetapi tidak akan diatributkan kepada saluran yang dipadamkan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
7260308049253396356
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false