Tinjauan Tingkatan Jenama

Dasar ini memainkan peranan penting bagi mengekalkan pengalaman positif untuk semua orang yang menggunakan tinjauan Tingkatan Jenama. Pastikan anda menyemak kembali dari semasa ke semasa kerana dasar ini mungkin berubah.

Semua tinjauan Tingkatan Jenama mestilah mematuhi Dasar Iklan dan Dasar Program kami. Anda tidak boleh menggunakan tinjauan Tingkatan Jenama untuk mengumpulkan maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti.

Selain itu, sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan topik sensitif yang diperihalkan di bawah tidak akan dibenarkan mengikut budi bicara kami:

  • Maklumat demografi
  • Orientasi seksual
  • Umur
  • Bangsa
  • Kandungan dewasa, mengganggu atau tidak menyenangkan
  • Pertuturan berunsur kebencian atau tidak bertoleransi
  • Bahasa kesat
  • Kandungan tidak sesuai yang lain

Sekatan yang digunakan pada kategori sensitif dalam tinjauan Tingkatan Jenama

Apabila menggunakan tinjauan Tingkatan Jenama, anda tidak boleh mengumpulkan maklum balas penonton tentang topik sensitif. Untuk tujuan dasar ini, maklumat sensitif termasuk, antara lain:

  • minat atau penyertaan dalam aktiviti dewasa (termasuk dating dewasa, pornografi dan sebagainya)
  • gelagat atau orientasi seksual
  • maklumat bangsa atau etnik
  • fahaman politik
  • keahlian atau gabungan dalam kesatuan sekerja
  • agama atau kepercayaan agama
  • status atau situasi kewangan
  • maklumat kesihatan atau perubatan
  • status sebagai kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun

Selain itu, sebarang iklan yang telah dilarang oleh dasar kandungan iklan YouTube kami dilarang daripada membuat tinjauan Tingkatan Jenama.

Apakah yang berlaku jika saya melanggar dasar ini?

  • Pelumpuhan tinjauan: Tinjauan Tingkatan Jenama yang tidak mematuhi dasar ini mungkin akan digantung. Hal ini bermakna tinjauan ini tidak boleh digunakan dengan kempen pengiklanan lagi dan tinjauan baharu tidak boleh dibuat.
  • Penggantungan akaun: Jika anda mempunyai beberapa pelanggaran atau pelanggaran yang serius, akaun Google Ads anda mungkin akan digantung. Jika hal ini berlaku, semua iklan dalam akaun yang digantung akan dihentikan siaran dan kami mungkin tidak akan menerima lagi pengiklanan daripada anda. Mana-mana akaun yang berkaitan juga mungkin akan digantung selama-lamanya dan akaun baharu anda mungkin akan digantung secara automatik semasa persediaan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
17148902029311274015
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
59
false
false
false
false