Ciri ini hanya tersedia kepada rakan kongsi yang menggunakan Pengurus Kandungan YouTube Studio.
Anda boleh menggunakan Pengurus Kandungan Studio untuk membuat saluran baharu yang dipautkan secara automatik kepada akaun Pengurus Kandungan anda. Setelah anda membuat saluran baharu dalam Pengurus Kandungan anda, anda boleh:
- Mengawal pengewangan untuk video pada saluran itu
- Menghidupkan padanan Content ID untuk video pada saluran itu
- Menetapkan kebenaran untuk pemilik saluran individu
Nota: MCN ahli gabungan tidak layak untuk membuat saluran baharu.
Buat saluran
Bagi membuat saluran baharu untuk dipautkan kepada Pengurus Kandungan anda:
- Akses YouTube Studio.
- Pada bahagian sebelah kiri, klik Tetapan.
- Klik Saluran
Tetapan terperinci.
- Tatal ke bawah dan klik Urus akaun YouTube.
- Klik Tambahkan atau urus saluran anda
Buat saluran
.
- Atau klik Buat saluran baharu.
- Anda boleh memasukkan nama saluran dan membuat saluran baharu anda.
Selepas saluran dibuat, anda akan melihat saluran baharu pada halaman Saluran anda. Google Account akan menjadi pemilik saluran yang baharu. Anda juga boleh menambahkan pemilik dan pengurus atau mengalihkan saluran tersebut kepada akaun lain.
Wangkan saluran baharu anda
Untuk mengewangkan saluran baharu anda, saluran itu mestilah memenuhi kriteria kelayakan Program Rakan Kongsi YouTube. YouTube akan menyemak saluran anda secara automatik setelah salurn itu melepasi ambang masa tontonan dan bilangan pelanggan. Semakan biasanya diselesaikan dalam tempoh sebulan atau kurang selepas saluran mencapai ambang.
Selepas semakan terhadap saluran anda selesai, anda akan menerima pemberitahuan e-mel.