Anda boleh menambahkan senarai main yang telah anda buat, senarai main yang telah dibuat oleh Pencipta lain dan video yang telah anda tambahkan pada Tonton Kemudian dalam tab Anda. Tindakan menyimpan senarai main membolehkan anda mencari dan melihat senarai itu dengan mudah kemudian.
Jika anda memiliki senarai main, anda boleh menambahkan senarai itu pada Pustaka anda secara umum supaya penonton anda boleh menambahkan senarai tersebut pada Pustaka mereka sendiri. Anda boleh mengemaskinikan tetapan privasi anda untuk mengalih keluar senarai main anda daripada paparan. Dengan mengalih keluar senarai main, anda masih boleh melihat senarai main yang disimpan pada saluran anda tetapi tidak dapat dilihat oleh penonton lain.
Apl YouTube
Tambahkan senarai main pada Pustaka anda
Daripada halaman saluran
- Ketik tab SENARAI MAIN untuk melihat senarai main bagi saluran tersebut.
- Ketik Lagi
bersebelahan dengan butiran senarai main.
- Ketik Simpan.
Semasa menonton video
Jika anda menonton video yang merupakan sebahagian daripada senarai main, ketik Simpan .
Lihat senarai main yang telah anda simpan dan buat
Untuk melihat senarai main yang telah anda simpan dan buat, akses tab Anda.
Tapak mudah alih
Tambahkan senarai main pada Pustaka anda
Semasa menonton video
Semasa anda menonton video yang merupakan sebahagian daripada senarai main, ketik Simpan .
Lihat senarai main yang telah anda tambahkan pada Pustaka
Anda boleh melihat senarai main yang telah anda tambahkan pada Pustaka anda dan yang telah anda buat dengan mengetik tab Pustaka .