Apabila anda mengundang pengguna kepada Pengurus Kandungan anda, anda harus menetapkan peranan mereka. Peranan menentukan kebenaran yang diberikan kepada pengguna semasa menggunakan akaun Pengurus Kandungan anda. Secara khusus, peranan menentukan ciri yang boleh diakses dan sekatan yang harus dikenakan.
Peranan Pentadbir boleh mengakses semua ciri Pengurus Kandungan. Untuk memberi pengguna akses yang lebih khusus, anda boleh membuat peranan tersuai dan mengedit peranan tersebut mengikut keperluan.
Untuk membuat peranan tersuai:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Tetapan
.
- Klik Kebenaran.
- Klik URUS PERANAN.
- Klik menu lungsur
Buat baharu.
- Dalam bahagian Nama peranan, masukkan nama untuk peranan.
- Pilih nama yang sesuai supaya peranan itu dapat dikenal pasti dengan mudah dan dapat dibezakan daripada peranan yang lain.
- Panjang maksimum ialah 100 aksara.
- Klik kotak pilihan di sebelah ciri dan sekatan yang mahu anda tentukan untuk peranan tersebut.
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang setiap kebenaran, tuding tanda soal
.
- Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang setiap kebenaran, tuding tanda soal
- Klik SELESAI.
- Pada halaman Kebenaran, klik SIMPAN untuk menyimpan peranan baharu.
Kini peranan baharu ini boleh ditetapkan kepada pengguna Pengurus Kandungan.
Setelah peranan dibuat, anda boleh mengedit nama peranan atau melaraskan ciri dan sekatan yang ditentukan untuk peranan tersebut. Perlu diingat bahawa apabila anda mengedit peranan, edit anda akan mempengaruhi kebenaran bagi semua pengguna yang ditetapkan kepada peranan tersebut.
Untuk mengedit peranan yang sedia ada:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Tetapan
.
- Klik Kebenaran.
- Klik URUS PERANAN.
- Klik menu lungsur
dan pilih peranan yang mahu diedit.
- Buat pengeditan. Anda boleh mengubah nama peranan serta melaraskan ciri dan sekatan yang mahu anda tentukan untuk peranan.
- Klik SELESAI.
- Pada halaman Kebenaran, klik SIMPAN untuk menyimpan perubahan.
Kini edit anda akan mempengaruhi kebenaran bagi semua pengguna yang ditetapkan kepada peranan tersebut.
Untuk menukar peranan yang ditetapkan kepada pengguna:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Tetapan
.
- Klik Kebenaran.
- Cari pengguna yang mahu anda kemas kinikan.
- Untuk memperincikan senarai, klik Pilih penapis
Kata kunci dan masukkan nama atau alamat e-mel mereka.
- Untuk memperincikan senarai, klik Pilih penapis
- Klik nama peranan yang ditetapkan kepada mereka.
- Pilih peranan baharu yang mahu anda tetapkan kepada mereka.
- Klik SIMPAN untuk menyimpan perubahan.
Untuk melihat senarai semua pengguna Pengurus Kandungan yang ditetapkan kepada peranan tertentu:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Tetapan
.
- Klik Kebenaran.
- Klik Pilih penapis
Peranan. Senarai semua peranan yang telah anda buat dalam Pengurus Kandungan anda akan dipaparkan.
- Tandai kotak di sebelah peranan yang mahu anda tapis. Anda juga boleh mula memasukkan nama peranan untuk memperincikan senarai.
Jika peranan tidak ditetapkan kepada mana-mana pengguna, anda boleh memadamkan peranan itu. Perlu diingat bahawa peranan dengan pengguna aktif tidak boleh dipadamkan.
Untuk memadamkan peranan:
- Log masuk ke Pengurus Kandungan Studio.
- Dalam menu kiri, pilih Tetapan
.
- Klik Kebenaran.
- Pilih URUS PERANAN.
- Cari peranan yang mahu anda padamkan.
- Klik PADAMKAN PERANAN.
- Pada halaman Kebenaran, klik SIMPAN untuk menyimpan perubahan.
Mesej akan dipaparkan pada bahagian bawah halaman untuk mengesahkan bahawa peranan telah berjaya dipadamkan.